Wednesday, June 27, 2007

KETAM BATU PUNYA PASAL....


Gara2 berhajat nak makan ketam sambal punyer pasal. Dekat rm 90 aku abis mlm tadi. Sebenarnya aku dah lama berhajat nak pekene ketam batu nie ( bukan mengidam ek). Selalu aku tgk org mkn cam sedap aje. Tue yang terasa gian nak pekene ketam tue. Tue yang mlm tadi lepas aku pegi JJ Tebrau. Aku ajak Ebet teman aku makan kat Senibong... kira mlm tadi gian aku dah mencecah dinding dah dan mmg dah tak boleh handle lagi arr tue.

So dengan selamba nyer aku suruh la mamat tue pilih kan aku ketam. Nasib baik la Ebet tanyakan harga dulu. Mak ai... RM 55 sekilo tue. Aku ambik la 2 ekor aje. 1 tue aku dan 1 lagi tuk Ebet. Tue pun dah jejak rm 40 lebih dah harga dia. Order la siakap sweet sour plus kupang sambal. Tapi bila time makan. Ebet la pulak tak lalu mkn mlm tue. Biasa la awek wat hal, tue yang terus potong nafsu mkn dia. Last2 aku jugak la yang abiskan. Tercungap2 gak la aku mkn sensorang. Hahaha.

Tapi la kan serius la, even aku spend a lot that nite. Aku rasa tak puas hati la. Tak berapa sedap dan tak seperti yang aku harapkan. Lepas nie tak mau la mkn ketam batu lagi. Tapi kalu org belanja aku nak.hahahaha

Tuesday, June 19, 2007

Outbot Transform!!

“Autobot…Transform”…”Decepticon…Transform”…


Bring back the memory tak….for those yang lahir pada zaman 80an (like me la). for sure tahu quote popular nie. Coz in those year this cartoon character la yang paling popular. Ader yang sanggup ponteng sekolah Agama, ponteng mengaji atau ponteng kelas tuisyen nak tgk citer kartun nie dulu…(bring back the old memory la…) hahaha…

and now at last..Transformer the movie akan keluar. Sikit punyer lama citer nie nak keluar. Berapa kali delay la and now ia akan ditayang kan tak lama lagi. Huhuhu….for sure penuh siot panggung.live action movie tau not a cartoon character. Kalu tak gempak gak citer nie nanti tak tau la. so now aku bagi sikit preview sikit…




Amacam gempak tak...kasi bisa korang ke panggung tak...huhuhu..."Transfomer..more than meet the eyes".For those yang kisah susah mati Optimus Prime….”Autobot let’s roll out”, kita kasi penuh panggung.

Lagu Best kene Share




Song Title : Separuh Hidupku
Artist: Titi DJ
-----------------------------


Pernahkah selama ini
Ku berhenti mencintai mu
Pernahkah kau mendengar
Ku tak ucap sayang padamu

Di setiap detak jantung
Ku selalu sebutkan namamu
Ooo...
Cintamu t’lah membuat hatiku
Terukir jelas dirimu

Engkaulah jiwaku
Engkaulah mimpiku
kaulah separuh dari hidupku
Hanyalah dirimu
Yang membuat s'galanya indah
Ooo...

Bilakah yang kurasa
Semua itu akan abadi
Ooo...
Kan kulakukan segalanya
Agar kudapat cintamu

Engkaulah jiwaku
Engkaulah mimpiku
kaulah separuh dari hidupku
Hanyalah dirimu
Yang membuat s'galanya indah
Ooo...

Kusayang dirimu
Ku jaga hatimu
Disini tempatmu di sisi ku
Tetap ku terjaga dalam tidurku
Memikirkanmu
Dirimu...

(Inilah yang kurasa semuanya kan abadi) separuh hidupku ... ohh
(Kan kulakukan segalanya agar dapatkan cintamu)

Engkaulah jiwaku
Engkaulah mimpiku
Engkaulah separuh dari hidupku
Hanyalah dirimu
Yang membuat s'gala-galanya indah
Ooo...

ku sayang dirimu (ku sayang dirimu...)
ku jaga hatimu
di sini tempatmu di sisiku
tetap ku terjaga
dalam tidurku
memikirkanmu
Dirimu...

(Bilakah yang kurasa)
(Semua akan abadi) engkaulah jiwa ku...
(Bilakah yang kurasa)
(Semua akan abadi) engkaulah mimpi ku
(Bilakah yang kurasa)
(Semua akan abadi) separuh hidup ku
(Bilakah yang kurasa)
(Semua akan abadi) engkaulah jiwa ku

Aku dapat lagu nie pun secara kebetulan. Tue pun Ebet yg surf kat net. Tah camner leh jumpa lagu nie. TITI DJ yang menyanyikan lagu nie. tapi tule. Never heard bout this song, tah bila masa dia kuar pun aku tak tau. Tapi definitely lagu nie mmg layan. Best buat layan lentok…hehehehe…click Sini kalu nak DL.

Monday, June 18, 2007

sEkLI LaGi kECoH

Pepagi lagi opis dah gempar. Tapi tak berapa kuat sangat la skala Richter dia. Ari tue gampar pasal kenaikan gaji. Tapi kali nie pasal result pengisian jawatan telah pun kuar. Huhuhu...dan cam biasa gak ghamai yang puas hati..dan ghamai gak yang tak puas hati. Yang puas hati bila diorg tak berubah tempat, kira dok kat Jaybe aje…tapi yang tak puas hati nie bila kene posting kat HQ la.

kesian gak aku tgk kengkawan aku nie. ader tue mintak jawatan lain dapat jawatan lain. Plus ader tue dah bertahun kerja sebagai part time kat sini. Alih2 dapat jawatan yang rendah. Mcm member aku Azreen. Dah bertahun kerja ngan jawatan penolong pegurus sambilan. Alih2 bila dapat jawatan kontrak nie. turun lak jawatan ke PAR. Rasanyer cam tak pAtut la pulak. mamat nie nak resign dari kerja nie sebab frust. Ghamai lagi yang senasib ngan dia.

Tah la ek. Tak tau nak ckp camner dah nie. nasib aku lepas nie tah camner lepas nie. huhuh takut gak nie.

Sunday, June 17, 2007

Aku, The Mariaci dan Taman Negara Tanjung Piai







Sabtu lepas aku ngan The Mariaci (Ebet, Ajie, Mata dgn Chika) pegi bercuti kat Tanjung Piai (credit given tue Mata ngan Ajie coz diorg nie dapat voucher percutian 2 hari satu mlm stay kat Tanjung Piai Beach Resort). Plan ke tempat nie dah lama rancang dah, Cuma la nie la baru nak laksanakan, ialah pasal masing2 sibuk.

Kitaorg bertolak ke Tanjung Piai pun agak lambat sikit dari yang dirancangkan, dah masing2 bangun lambat. Diorg tue semua balik dari umah aku dah pukul berapa masa tue. Dan aku lak tak pukul 4.30 pg baru tido kan. Pukul 12.30 tgh baru aku bangun.

Tapi percutian yg dirancang sunggah la tak sangka. Ingat kan mmg gila babeng punyer gempak. Ialah dapat cuti kat Taman Negara. Tapi indah kabar dari ghuper. tapi dah disebabkan dapat percuma, so tak leh la nak komplen banyak kan dan kalu sekali lagi di ajak dating ke sini. Huhuhu sory naik lori arrr…banyak lagi tempat yang cantik2. dah la tak merasa mandi laut.

Keadaan cuaca pun tak mengizinkan la sepanjang kitorg bercuti nie. asyik hujan aje. Kitaorg bertolak pun dalam hujan. Mlm masa bbq pun hujan plus pagi pun hujan la. banyak masa hanya dihabiskan dengan berborak aje dlm bilik. Nasib baik ader penyelamat dunia “My PS2”. Takde la bosan sangat. Tapi pemandangan mmg tak dinafikan la, mmg cantik. Nak2 pada waktu mlm. Kalau la kemudahan dia ok. Huhuhu…seronok siot kalu dapat duduk lama sikit.tapi nak wat camner. Tapi takpe….nie baru acara memanaskan badan. Coz the grand vacation will be the trip to Langkawi hujung tahun nie. hehehe….wait for me la Langkawi….i’ll be there….

Friday, June 15, 2007

Berita Gembira Ke?

ari nie kecoh lagi kat opis. Kali nie bukan pasal bangunan nie bergegar lagi. Tapi pasal masing2 baru dapat email ttg struktur gaji baru dan pengredan baru . Mcm biasa la ader yang tak puas hati tue. Ialah masa citer2 dulu. Ckp cam nie. alih2 bila dapat email. Lain lak citer dia. Sapa la tak bising2. example…. Ari tue HR memo suruh budak PT anta kelulusan masing2 pasal dia nak nilai. Memana budak PT yang ader diploma akan dapat gaji extra la. but bila email nie kuar.

“PT TIADA KENAIKAN GAJI KEKAL SEPERTI SEKARANG”.

mana tak bebudak bising. Tapi nak buat camner, dah HR decide cam tue. Kene terima aje la. bukan nyer kita boleh buat ape2 pun. Kalu tak suka boleh chaow….kalu saying keje nie duduk diam2 aje la kan.hahahaTapi ialah…jgn la bagi harapan setinggi gunung kalu tahu harapan tue tak boleh nak ditunaikan. Org pun tak sakit hati dan org tak ckp belakang.

Bila cite pasal naik gaji nie. sebenarnya ader bagus dan ader tak bagusnye. Tapi kebiasaannya banyak org terasa peritnya. Mcm yang berlaku sekarang nie, bila dengar aje kerajaan buat kenaikan gaji. Barang2 keperluan atau makanan terus aje naik. Kita tak boleh jugak nak salahkan peniaga2 yang ader. Kerana diorg nie pun rasa terasa sakit akibat berlaku kenaikan harga2 barang yang dikenekan oleh pembekal2 atau pengilang keatas mereka. Bila diorg terima bekalan dari org tengah atau secara terus dah mahal. So by hook or by crook, diorg terpaksa gak menaikkan harga barang. Betul tak. Tapi tue pada peniaga yang betul la. but for yg sengaja letak harga yang tinggi or sorok barang tue. Ah! Pegi jahanam sama ko.

Apapun….bagi aku walaupun kenaikan yang diterima tak seperti yang di gembar-gemburkan. But still naik jugak la kan. Ader rasa selesa sikit la, daripada tak naik terus…ye tak…

P/S…baru merancang nak angkat VIVA la Vanza….tapi kenaikan tak seperti dijangka…huhuhuhu….alamat terkaburla.

Wednesday, June 13, 2007

uNeXPEcTED cALL



WEI nuar, aku nie “TooT”…..wei ko tak plan ke nak pindah seremban? Dekat sikit
ngan family ko kan. Aku nak kawin, sisah ar dok jauh. Aku tanyer aje. Ko jangan
kecoh2 lak….


Tgh sedap2 aku shopping… dapat lak msg dari minah nie. terus potong la nak bershopping. Dalam berjuta rakyat Malaysia yang ader kat dunia nie. kenapa dia tanyer aku. Ek dulu bukan ke dia nie paling anti kat aku. Ape yg aku buat serba tak kene aje kat mata dia….

Tapi tue la manusia… mudah lupa ape yg dia pernah buat ape yang di pernah citer ape yang dia pernah heboh. Dan aku sebagai manusia pun bebuat la bodoh dan bebuat dah lupa. Walaupun hati nie penah sakit. Hahaha….bukan dia bayar gaji aku pun selama nie. jadi nie nak kata2 aku pun tarak hal la brader….

Tapi menarik gak permintaan dia tue. Hehehe…ialah aku bukan kisah sangat family dekat ke jauh. Tapi ialah working environment baru, dekat ngan KL and cost of living yang agak murah sikit berbanding ngan Jay Bee nie. but bila pikir balik…. dah la pindah secara suka rela…tak dapat claim, nak pindah2 nie bukan murah siot kos dia. kalu aku ader toto ngan almari plastic tak kisah la nak pindah2 nie. nie mau kene pakai lori kalu nak pindah nanti. Kalu minah nie nak support aku tak kisah. Lagi yang aku pikir. Nak kene cari umah lagi, member baru lagi…working environment keje kat seremban tue tah camner lak…..ish!! cam cancel la pulak….hahah. takpe la Cik TooT….i’ll passed…..

Monday, June 11, 2007

Ocean 13 & Kematian...

Semalam aku pegi menonton Ocean 13. citer dia ok la and not bad la and a bit ngantuk la.. So tak mau la citer lelebih..... pasal bebudak nie kata citer nie best tapi pada aku ok je. So tak mau la komen lelebih. maybe tak sesuai ngan jiwa aku kut.

Mak call aku. mak aku bagi tau ader sorang member sekampung aku meninggal. muda lagi tue, juz setahun aje atas aku dah arwah. arwah meninggal pasal sakit perut. maybe ader ketumbuhan kut. tak lak aku tanyer lebih lanjut. kepada Arwah Hassan....semoga Allah mencucuri rahmat pada mu. Al - Fatihah....

Sunday, June 10, 2007

Melaka, Match Maker, ikan Bakar, Cahaya Mata dan dot....dot....

kan aku dah ckp bila weekend aje. for sure aku tak lekat kat umah. Sabtu lepas Mata ajak aku pegi Melaka. Reason "uknown". pasal dah kene culik terpaksa la ikutkan aje. takkan aku nak terjun dari kereta lak kan nanti. hahaha...so cam aku ckp kat Mata... "Masa Depan aku la nie kat tangan ko la Mata"....:P

anyway tahu gak aku ghuper nyer mamat nie bawak aku, ajie ngan wan pegi umah Akak kepada makcik dia. tue dah satu hal, pulak tue Akak Makcik dia nie buat Family day merangkap Birthday party dah satu hal lagi. and the worst part (betul atau pun tak). ader match making la pulak.... warghh!! kenapa la aku boleh terjebak nie......

dah la pegi Family day org....org tue la aku tak kenal..... tang match making tue yang aku tak leh nak handle. Makcik dia nak cari kan jodoh tuk anak2 dia. huyooo!!! kalu aku tau. dah lama aku balik kampung ke....pegi melancong ke.....ambik MC ke.

tak senang duduk masing2. dah la kene paksa karaoke....sing to stranger lak tue....oh no!no!no!....what the Y(^*&^^%$%R*^^&$%#$%$#*&%. cam kene prank pun ader, wakanebeb pun ader. mmg siot la ko Mata. Rasa cam nak nak tukar No. phone, Tutup Acc Ittutor, ngan buang no phone ko aje.ish...ish...ish... ialah kalu setakat karaoke kat redbox or kat karaoke jamban tue aku tak kissah lagi. pasal ngan kengkawan. but to some yang tak kenal. ngan family2 org tue...aku bukan nyer Anuar Zain.....wakanebeb!!!!

dalam kul 11.00 lebih baru majlis tue selesai. bila dapat masuk dlm kete tue. tah payah ckp la...berapa banyak hamun la mamat tue terima. mlm tue gak gerak balik JB. tapi sempat gak la aku singgah Segamat jumpa Mak Abah aku. lama tue tak jumpa....hehehe pasal lama tak balik. Sory ek Mak...kejut Mak malam2.....

Opsss!! terlupa lak. Member aku Amir Dian ngan Shikin baru aje menimamg cahaya mata....baby gurl...Alhamdulillah...tahniah wat Amir ngan Shikin. ader masa nanti nak gie tgk la.....

Saturday, June 09, 2007

The worst outstation ever....


kalu citer pasal kene outstation nie. masing2 punyer pendapat yang berbeza. pada yang dah berkhawin, mmg tak suka atau punyer komitmen akan kata "ah, bosan betul la kene outstation!, kenapa kene oustation! and bla...bla....". but for those yang mmg kaki tak geti duduk diam atau yg mmg suka keje luar nie. akan rasa best nyer bila sebut kene outsation nie. contoh nyer cam aku nie la....hahaha. bila sebut aje kene outstation dah terbayang cam2, tak payah pikir pasal hal2 kat opis, dapat berjalan, dapat cari port makan yang best2 most of all. terbayang berapa tuntutan elaun yang aku dapat nie nanti (tapi tue dulu).

la nie, mmg aku asyik kene oustation. setiap sebulan sekali mmg tak de la muka aku kat opis nie. Masa memula dulu, aku ditugaskan tuk jaga kaunter bergerak. but effective awal bulan ari tue jadual outstation aku dah berubah dimana aku kene jaga kaunter litar lak which mean on every 1st week aku akan berada dia Batu Pahat untuk jaga kaunter litar kat sana. memula tue aku rasa cam tak best la pulak. ialah kalu dok kat kaunter bergerak nie...aku tour setiap daerah yang ader kat Johor nie, but bila dah kaunter litar nie. aku just stuck kat Batu Pahat aje la.

huhuhu...seriously and frankly speaking. aku tau tau cam ner nak gambarkan keadaan aku masa aku pegi outstation kat kaunter litar nie. mcm aku ckp kat Amran (my officer). aku ader 99 jenis perasan la nie. aku dah agak dah dan dah mmg dapat agak sangat yg task nie lagi teruk dari dok kat kaunter bergerak. but i didn't expect ianyer lagi teruk dari yang aku sangka.

sepanjang aku keje dah beberapa tahun nie. tak penah aku rasa penat3 sepenatnyar cam nie. masa belaja dulu pun tak sesibuk cam nie. on the 1st day. masuk pukul 9. pagi balik hotel pukul 1 pagi lebih. on the 2nd days. also at 9 aku masuk, dah tentu balik mlm lagi kat.but even worst thing happen. office tempat kitaorg port tue nak tutup awal la pulak. dah terpaksa pack2 barang balik JB tuk sambung keje. 5.30 ptg tolak balik JB. tak pukul 2 pagi lak keje baru habis kan. hai2 ape la malang nasib aku. sok nyer on the 3rd day nak ke BP balik tuk pulangkan document kat customer.

dengan takde rehat, nak ke bilik air pun tak sempat masa tue. on the 1st day lagi aku rasa nak tumbang dah. dah mmg demam dah aku masa tue. berapa kali aku stop wat keje mlm 1st day tue. mmg dah tak larat habis la. tapi aku gagah kan gak, the 2nd day. alahai, aku rasa cam tinggalkan aje.tue pun on the 3rd day boss aku ader hati nak suruh bukak counter lagi. huhuhu...enough is enough. tak boleh terus cam nie. wat keje bagai nak gila. on the 3rd day. juz pick up aje. no payment transaction. kalu wat gak. rasanyer sampai kiamat pun tak abis.

tapi nak wat camner. keje tetap keje. even camner teruk sekali pun, the task must be done on time. aku tak suka wat keje tangguh2 nie. tapi ape yang aku dapat. nothing. nak wat camner nie la org yg keje makan gaji..
P/s....hari nie hari jadi Dia.."Happy Birtday"..semoga dipanjang kan umur, dimurahkan rezeki...

RWC 2007



Lagi berberapa hari lagi akan berlangsung Ragbi Piala dunia yang diadakan kat France. Kalu lah France tue kat depan mata, kan best. Leh aku tgk game itu. tak dapat tgk selalu pun takpe. dapat tgk perlawanan akhir pun dah buat aku puas. Aku cukup minat ngan game ragbi nie. aku start minat masa kat sekolah menengah lagi. Dulu just tengok aje la. nak main tak berani. Tapi bila aku masuk ajer Form 4 dan aku duduk kat asrama baru aku serius nak main game nie. actually aku minat main ragbi nie coz ia adalah sukan tough plus aku nie kaki bangku, sepak bola mmg tak pandai. So kerana ragbi nie adalah sukan yang banyak mengunakan tangan dari kaki. So aku rasa sukan nie la yang sesuai ngan jiwa aku.





Berbalik ngan Ragbi piala dunia 2007 nie. ada 20 negara yang bertanding dalam pertandingan ini. Dan untuk pengetahuan semua hanya jepun lah pasukan dari Asia yang bertanding dalam piala dunia nie. Motto Wc. “World in union”. Semangat setiakawan.World In Union merupakan lagu tema Ragbi Piala dunia. Kalu ikut sejarahnyer lagu ini diperdengarkan pada kejohanan Wc Edisi ke 4 di Wales kalu tak silap. lirik lagu World in Union.


World in Union



There’s a dream, I feel
So rare, so real
All the world in union
The world as one

Gathering together
One mind, one heart
Every creed, every colour
Once joined, never apart
Seraching for the best in me
I will find what I can be
If I win, lose or draw
It’s a victory for all

It’s the world in union
The world as one
As we climb to reach our destiny
A new age has begun

We may face high mountains
Must cross rough seas
We must take our place in history
And live with dignity

Just do the best I can
That’s the goal for every man
If I win, lose or draw
It’s a victory for all

It’s the world in union
The world as one
As we climb to reach our destiny
A new age has begun
It’s the world
The world in union
A new age has begun.





Insyallah sepanjang Perlawanan ini aku akan berikan sedikit ulasan aku sendiri atau pastekan liputan atau ulasan ttg perlawanan ini yang dibincangkan di forum2 atau site. Kalu miss itu mintak maaf la ek. Bukan sengaja nak buat camtue. Almaklum la perlawanan ini berlangsung pada bulan puasa dan waktu perlawanan pula lewat tengah malam. so aku nie bukan larat sangat nak tgk. ader tak keje esok nyer nanti.

Sunday, June 03, 2007

BUlan nie Bulan Kawin



sekali lagi aku menghadirkan diri ke Majlis perkahwinan member baik aku masa aku blaja kat U dulu. finally Khairul Azhar a.k.a Kapoor dah pun kawin. kira member blood masa kat U yang lum kawin tinggal aku ngan Supir aje la. huhuhuhu......tapi relax arr..mlm masih muda lagi.hahaha

si Supir lak boleh tak datang. siot aje mamat tue leh ader meeting kat KK la pulak. nasib si Khairil ader, sempat gak aku culik si Ajie sekali.hahaha. nasib ko la Ajie kene culik ngan aku. tak sangka lak aku leh jumpa member2 lama masa blaja dulu. Vivid, Malau, Sarip, Jibu. tue la antara yang aku sempat jumpa.

Buat Kapoor ngan Isteri

"Selamat Pengantin Baru"....Semoga Berbahagia.

Saturday, June 02, 2007

tODaY iS PubLic hOlidAy...But....

Hari nie hari Keputeraan Sultan. sepatutnya hari nie hari cuti. dah mmg pun hari cuti pasal hari nie hari sabtu. tapi kenapa aku kene keje? kenapa........