Saturday, September 29, 2007

Hottest song this month




Enrique Iglesias - Somebody's Me lyrics

You, do you remember me?
Like I remember you?
Do you spend your life
Going back in your mind to that time?
Because I, I walk the streets alone
I hate being on my own
And everyone can see that I refell
And I'm going through hell
Thinking about you were somebody else

[CHORUS]
Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breath without you, it's lonely
Somebody hopes someday you will see
That Somebody's Me [2x]

How, How could we go wrong
It was so good and now it's gone
And I pray at night taht our paths will soon cross
And what we had isn't lost
Cause you're always right here in my thoughts

[Chorus]
Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breath without you, it's lonely
Somebody hopes someday you will see
That Somebody's Me [2x]

You'll always be in my life
Even if I'm not in your life
Because you're in my memory
You, will you remember me
And before you set me free
Oh listen please

[Chorus]
Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breath without you, it's lonely
Somebody hopes someday you will see
That Somebody's Me [5x]

lagu hot this month. kalu malay singer would be Anuar Zain ngan lagu lelaki ini. untuk international singer lak would be Enrique Iglesias and my Fab songs would be this song la. so those yang belum lagi dengar lagu nie. enjoy it... As Specially for u.

Tuesday, September 25, 2007

Nyum...Nyum....


Salam ramadhan...

minggu lepas kengakwan forum aku datang ke JB. diorg nie datang coz diorg nak pegi ke singapura. Sanggup tue buat passport semata-mata termakan hasutan Si Meow (juga one of tutorian from JB) untuk berbuka puasa kat JB. yang datang pun tak ramai juz 2 org ajer, Najmi dengan Eastone. mlm pertama diorg kat sini diorg nie semua lepak kat umah aku. itupun pasal Si Meow nie terlalu penat nak balik umah. mau tak penat. dia culik aku ngan Ebet, follow dia dari pukul 11.00 mlm hingga sampai ke sahur. balik-balik umah pun bukan nyer terus tido. tapi layan borak2 dulu dan dalam pukul 7.00 pagi baru aku masuk tido.

So sepanjang sabtu tue diorg puas pegi melancong la. aku bantai tido ajer kat umah dengan ebet. then jumpa diorg balik pun dah tengah mlm. coz diorang dah malam baru kuar dari Singapore. Puas diorg nie dok pancing, tabur parakuat dan meracun aku suruh buat passport. tak termakan la aku ngan racun korang tue. aku nie bukan tak mau buat pasport. Rm 300 tue. bukan murah. setakat pakai 2 ke 3 kali. rasa cam tak berbaloi la pulak nak buat. lain la aku nie banyak duit. mmg tak kisah la nak buat.

next day which is on sunday. kitorg berbuka la kat luar. dan mmg luar pun kitorg pegi makan, luar daerah. kitaorg berbuka kat Hassan Ong Kat Kota Tinggi. sebelum tue kitaorg belanja dulu kat Pasar Ramadhan kat JB in kes kalu tak sempat berbuka kat sana.






Special Dishes nie. Udang Goreng Nestum

aksi membelasah udang tak ingat dunia


sampai2 pun ngam2 dah nak buka dan meja pun dah fully book. so terpaksa la lepak kat mana2 dulu sementara nak tunggu pelanggan lain abis makan. berbuka kat depan 7 eleven kitorg aritu. but itu semua tak menjadi hal. yang penting kitaorg happy. seriusly speaking mmg best betul masakan diorg. dengan udang goreng nestum dia, Daging Rusa Sizzling dia ngan Siakap Sweet Sour dia and etc (tak boleh citer lelebih bulan posa nie, buat kecur ayak liyuk ajer)....huhuhuh....mmg marvelous plus mmg best. Rasa2 mcm boleh pegi lagi la gamat nyer. tapi bukan dalam masa terdekat nie la. mlm tue dekat2 pukul 9.00 gak la kitaorg gerak balik ke johor. kene cepat sikit mlm tue coz budak tue nak balik KL tiket kul 11.00.

pape pun i really enjoy mlm tue. beside having a wonderful dishes, yang paling best sekali dapat berbuka bersama ngan kengkawan. tak lama lagi ader geth kat KL. satu2 nyer event yang aku lum miss lagi nie..... syok beb berbuka ramai2 nie.




Friday, September 21, 2007

3G....

Aku sekarang nie dok kemaruk nak pakai internet kat umah. Sekarang nie dalam kepala dok memikir nak apply ke tidak celcom 3g unlimited nie. nak pasang streamyx dah tak boleh dah. Coz budak umah aku dah pun pasang dan aku malas la pulak nak nak share2 ngan dia. Ialah mamat nie kan bagai hantu aje kat umah. So my last option is to apply 3g aje la.

harga dia pun murah compare ngan streamyx plus leh mobile. So kalu aku balik kampong or kat mana-mana pun aku still leh layan internet. Tapi nak kene modal beli HP baru la pulak. Coz modal yang aku pakai sekarang nie tak de 3g. tue la dulu main taram beli aje, keras kepala. Alah pikir aku nak pakai 3g pun nak buat ape. Tapi sekarang nie padan ngan muka aku.

Setakat nie aku dok survey2 ngan tanyer2 la kat kengkawan plus kat ittutor jenis HP ok dari segi performance dan murah. Setakat nie yang aku nampak SE K610i la yang paling murah. But bila dok tanyer, performace agak kureng la sikit. The next HP yg aku nampak la nie V3xx. Tapi perabis dlm 700 gak tue. Pening2…nak beli ke idak nak beli ke idak. Dah la nak raya nie for sure nak pakai duit. Nak beli printer tuk computer lagi…huhuhu mcm2 la. aku nie kalau boleh semua benda nak beli……hahaha.

Tapi aku masih boleh bertahan lagi. Tak perlu rushing2. kalu ader duit lebih nie. insyallah aku sambar la satu. Cuma harap2 promotion tuk 3g unlimited tue tak abis lagi la.huhuhuhu

Tuesday, September 18, 2007

kOSoNG...


Kosong

Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku

Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu

Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku


Bukan aku tak bersyukur ngan apa yang kecapi selama nie. boleh dikatakan aku dapat ape sahaja yang aku hajati, walaupun tidak la yang semewah mana. Melampau la kalu aku katakan kalu aku berhajatkan sebuah kereta mewah aku boleh dapat. Tapi aku Cuma ingin nyatakan ialah selama nie aku berhajat sesuatu yang satu ketika dulu hanya dapat memandang sahaja, kini aku boleh memperolehi dengan hasil titik peluh aku sendiri. Aku punya keje yang stabil, punyer tempat tinggal yang selesa. Malah aku juga boleh kemana-mana sahaja tempat yang aku ingin lawati.

Tapi aku masih lagi terasa kosong aje. Bukan aku takde kawan sisi atau pun keluarga. Alhamdulillah dunia disekeliling ku tak penah jemu meneman ku. Tapi tah la, aku rasa hidup aku nie masih tak sempurna, macam tak kene. Rasa kosong aje…..kenapa ekk….

Monday, September 17, 2007

Match Result

Springboks (36)-England (0)

aku memang menjangkakan kemenangan Boks dengan harapan a good game from the rose. tapi hampehnya the english tak mampu mempertahankan gelaran juara dunia dan memalukan jugak kerana dikatakan the first team yang takde score any points dalam WC kali ini. alasannya, kerana game management yang begitu lemah (cheh, aku tak percaya) dan mereka kata mereka ketiadaaan pemain bertaraf antarabangsa. aiseh, sedih aku dengar kalau aku jadik pemain england. anyways, tahniah buat Boks kerana permainan yang begitu konsisten sekali dan pada game kali ini cuba mevariasikan teknik permainan mereka. Aku yakin they will be in the semi finals.
satu game yang best. taktik tendangan keluar yang dilakukan oleh Boks cukup membuatkan mereka senang mendapat convertion. salute abis kat player The Boks. almost takde silly mistake la cam fwd pass ke. cukup puas hati

ALL BLACKS (108) - Portugal (13)
aku tak sempat nak menonton pelawanan nie. cam ner lak leh terlupa. so takleh nak ulas lebih la. so aku paste kan aje ulasan

Aku tengahari buta dah naik basikal pegi tengok game ni. Semangat tak hengat punya. Anyways, pada aku, this is one of the best game ever. All Blacks kali ini diketuai oleh Jerry Collins (aiseh minat seh aku kat dia, he reminds me of azizuddin nandu, batch aku, azi jangan marah)Pada mula nye kelam kabut jugak Blacks bermain, maksud aku ada jugak careless mistakes yang sepatutnya tak patut berlaku seperti terlepas bola. Maybe jugak salah satu reasonnya adalah untuk mencari keserasian antara pemain kerana pada game kali ini mereka banyak mencuba taktik baru, melatih skill dan dikatakan dry run untuk pemain mencuba posisi lain pada game kali ini. Bak kata Collins - permainan kali ini "had focused on testing our skills and a new line-up rather than crossing the try line"
Kudos jugak tuk Portugal kerana bermain dengan begitu bersemangat. Aku memang respect kat depa sebab it is their first appearance in RWC tapi berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi against all blacks.Malah mereka jugak boleh dikatakan mendominasikan permainan dan berjaya membolos pertahanan Blacks. Tahniah buat kedua dua pasukan for the great game.

Australia (32)-Wales(20)
malas nak ulas lebih2. ape yang aku leh bagi tau. satu perlawanan yang agak boring. kalu aku tau aku tido aje mlm tue. agak kelam kabut sikit cara permainan setiap pasukan. banyak sangat foul yang dilakukan. cam biasa la asyik bertekak kat padang kalu tak berlaku. for sure tak sah.


France(87) - Namibia (10)

Les Blues dikatakan kembali tuk menebus kekalahan lepas pada game kali ini. Ini adalah kali pertama Les Blues berjaya mencatatkan kemenangan paling besar. Pada game ini menyaksikan Les Blues menukar corak pêrmainan mereka dan menukar 12 keseluruhan pemain tuk perlawanan kali ini. Dengan kekuatan Chabal, ditambah open half Michalak dan kekuatan full back ternyata memaparkan permainan yang hebat. Kita akan lihat bagaimana France akan cuba menempatkan diri dalam qualifying round pada match seterusnya bertemu Ireland.

Sambut Puasa

aku baru ajer balik dari bercuti. dah menjadi satu acara tahunan bagi aku untuk menyambut puasa pertama dikampung. itupun nyaris2 aku tak dapat cuti pasal aku permohonan cuti aku tak di "approve" kan lagi oleh boss aku. nak mintak cuti pun macam nak mohon visa ke Amerika pulak rasanya. susah betul.

sepanjang cuti aku habiskan masa ngan tido, main game, tido dan tengok Tv. aktiviti yang dah lama aku tak buat. cuma pada hari pertama puasa tue aku temankan abah ke melaka. sampai demam aku dibuatnya. tapi takpe la, teman kan abah. takkan nak kata tak boleh kan.

anyway tahun nie aku tgk suasana menyambut puasa agak berlainan sikit la berbanding tahun-tahun yang sudah. kalu dulu aku ngan kengkawan seopis berebut2 mohon untuk cuti. tapi kali nie, aku tgk mcm aku sorang aje yang mohon. kengkawan sekampung pun tak ghamai yang balik. plus kalu dulu setiap kali balik ke kampung for sure setiap petang nak pegi pasar ramadhan. but tahun nie nak pegi pun malas. rasa mcm tak meriah la macam dulu.

cuma yang best bila dapat jumpa kengkawan lama masa sekolah dulu. bila selisih kat bandar, jumpa lepas terawih atau isi minyak kereta. for sure mesti terserempak ngan member lama. masa tue la macam2 soalan keluar. rasa seronok lak kalu sekali sekala dapat balik kampung nie.

apa2 pun yang paling best sekali kalu balik kampung nie dah tentu la bila dapat makan masakan dari mak. nie la yang buat aku tertunggu-tunggu setiap kali balik ke kampung. lagi banyak la mak aku masak bila semua adik beradik aku balik.

walaupun penat ialah pasal balik kampung pada bulan puasa nie. tapi berbaloi...makan sedap dan tido pun lena. kalau boleh nak duduk aje kat kampung nie. tapi nak buat camner, lambat lagi aku pencen. hahahaha

Friday, September 14, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan


Marhaan Bikum Ya Ramadhan... Haiya Waimarah i Ramadhan...

Saturday, September 08, 2007

Perlawanan Pembukaan


The Blues Vs. The Pumas

Pembukaan piala dunia nie bermula dengan perlawanan diantara The Blues dengan The Pumas, dimana satu keputusan yang cukup mengejutkan The Blues tewas di tangan The Pumas 12-17 di depan penyokong dan padang sendiri. Tetapi semua itu sepeti dapat dijangka dimana ketika acara pembukaan game ini dapat dilihat pasukan Argentina menyanyi dengan penuh semangat dan semangat untuk berkorban kepada negara dan juga untuk menewaskan France yang ditujukan ini lah yang membuat pasukan Argentina bermain dengan penuh semangat dalam menenantang France.

Jika di lihat Agentina mendominasikan perlawanan ini pada separuh masa pertama. Taktik menendang bola tinggi yang ditunjukan oleh Argentina itu lah yang aku rasa yang memberikan advantage dalam menentang France. Ini kerana pemain back mereka mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan ketinggian pemain untuk mecabar pihak lawan.

Namun pada separuh masa kedua France dapat mengimbagi perlawanan. Mungkin disebabkan faktor bermain dibawah tekanan untuk memenangi perlawanan di hadapan penyokong sendiri yang menyebakan pada separuh masa pertama France masih lagi tak boleh nak mengejar gaya permainan pasukan Argentina.

Keputusan dah pun ditentukan setelah wisel tamat. The blues kalah ditangan The Pumas. Satu perlawanan pembukaan yang cukup menarik yang ditunjukan oleh Argentina. Namun Argentina tidak boleh berdabik dada. Ini kerana ia perlu mamastikan kemenangan kita bertemu Ireland 30 Sept ini. Begitu juga France terpaksa berusaha keras untuk mendapat kemenangan bila bertemu Ireland pada 21 Sept ini.

Wednesday, September 05, 2007

Lagi Blues dari semalam



Superman
(It's Not Easy to be Me)

I can't stand to fly
I'm not that naive
I'm just out to find
The better part of me


I'm more than a bird
I'm more than a plane
More than some pretty face
beside a train

It's not easy to be me


Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I'll never see


It may sound absurd
but don't be naive-
Even Heroes have the right to bleed
I may be disturbed
but won't you concede?
Even Heroes have the right to dream

It's not easy to be me


Up, up and away: away from me
It's all right
You can all sleep sound tonight
I'm not crazy or anything


I can't stand to fly
I'm not that naive
Men weren't meant to ride
With clouds between their knees


I'm only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me

It's not easy to be me.

Tuesday, September 04, 2007

Layan Blues

bosan betul malam nie. nak DL lagu sikit nyer lambat. nak surf pun tak tau nak surf ape. lepak kat room pun cam bosan aje. sunyi ajer. aku dah lama tak menulis. belum datang feel lagi. cukup malas kala nie. kalu ikutkan banyak benda aku nak buat...banyak benda aku nak citer. tapi nanti la... bila aku rasa nak citer aku citer la....