Monday, December 31, 2007

Happy New Year

ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes
Happy New Year Graphic Comments


Ucapan Selamat Tahun Baru buat semua umat yang ader kat muka bumi nie plus makhluk2 asing yang kat luar sana. Semoga Tahun baru nie lebih baik dari tahun yang sudah.

Sunday, December 30, 2007

Ambik Kesempatan


Aku cukup menyampah ngan orang yang suka ambik kesempatan. Mmg cukup2 cukup la menyampah. Bak kata pepatah "Orang dah bagi peha, nak betis plak". cukup menyiram betul ngan org dalam golongan nie.

kita nie tolong orang pasal kita nie ikhlas nak bantu dan pasal kita kenal dia. he'eh dia leh la plak pukul canang kat kengkawan dia atau sedara mara dia yang kita lak boleh tolong diorg plak. wah2 nie sudah cukup melampau, kalau sekali sekala takpe la. Tapi kalau dah asyik dok orang yang sama dok rekomen kengkawan atau sedara mara dia kat kita nie ape citer.

Tue yang bila orang tanyer aku keje kat mana, aku cukup malas nak cakap aku keje kat mana. paling kuat aku menipu la. pepandai la aku kelentong. dah macam terpaksa menipu kat orang la plak. tapi kalau aku tak buat camnie. mula la orang ambik kesempatan. hish....

Friday, December 28, 2007

Jiwang Karat Sekejap.


Satu cerita yang menarik yang aku jumpa masa aku dok menjengah blog2 orang. Disebabkan iyanya menarik sok aku post kat sini.

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cinta mu, jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorg yg tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi kembalikan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur. Jgn ambil kesempatan & jgnlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu. Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yg serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi, tiada siapa yg harus dipersalahkan...relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yg berlaku ada maksud yg t'sembunyi & kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu...



Cari gak lagu yang sesuai ngan tema hari nie. kali cari tak jumpa la plak. so rasa2 lagu nie pun kira sesuai gak la....


Thursday, December 27, 2007

Mari Menonton

Bulan nie gasak betul aku dok tengok wayang. Kalau tak tengok sensorang, aku pegi la ngan member2 aku. Kebiasaannya aku pegi ngan member la tapi kalau dah terdesak sangat, takde sapa nak follow. Aku pegi ajer tengok sensorang, malas nak tunggu orang lain.

bebaru nie aku berkesempatan tuk menonton National Treasure 2 "Book Of Secrets" plus Alien Vs Predator 2. Actually National Treasure is not in my "must see" list. Aku ingat nak Beli CD aje nanti, tapi disebabkan kengkawan aku nie baik hati sangat jemput aku kat umah juz pasal nak ajak aku tengok wayang. so aku ikutkan aje la diorang nie, ghupernyer nak dipendekkan citer. Diorang nak tengok citer I Am Legend yang dah pun aku tengok. So terpaksa la aku tengok citer lain, so My option is "National Treasure" la.



Anyway bout this movie, aku rasa la citer yang first lebih menarik dari yang 2nd nie. kalu dilihat the 1st movie lebih banyak aksi compare to the 2nd movie which more humor than action. dari digembar gumburkan di akhbar, diceritakan this movie akan melibatkan Abigail the main actor akan lebih expose la meaning keluar dari US untuk mencari clue2. Tapi alahai, bukanya lama sangat pun. juz check2 clue sikit ader action2 then tah....cam kurang menarik aje aku tgk. But in term humor itu aje la yang membuatkan aku tuk terus menonton filem nie. So rating aku nak bagi tuk movie nie. mmmmm 3 of 5 la....



Ok the Second movie is in My "Must See" List. yang nie mmg aku dok tunggu, coz biasa la aku kalau citer Sains Fiksyen Movie, angkasa2 plus Robot2 nie mmg cukup minat. Dari mula tengok citer sampai habis, asyik dok terkejut2 aje. huhuhu...mmg dahsyat, aku tak dapat bayangkan kalu dunia kita nie betul2 jadi camtue. tah camner gayanyer la agaknye. yang aku respect mak pect abis dalam citer nie Predator nie datang sorang aje beb nak kasi bunuh semua Alien yang do terlepas masa kapal angkasa predator nie jatuh balik kat bumi. Gila otai. dalam movie nie gak kita dapat scene2 yang dia remake balik mengikut acuan citer yang terdahulu. Sebagai contoh scene masa predator tue duduk kat atas pokok nak ubat kan diri dia pasal cedera, scene masa predator tue bukak helmet dia plus scene predator buat tembakan rambang masa kat loji Janakuasa. Seriuly sebijik cam the original movie. So my rating for this movie 4.5/5 la. senang citer korang mmg kene la pegi tgk movie nie. rugi2 tak tengok.

Saturday, December 22, 2007

Joy....

“Jahat la ko nie…aku x abes sengih nie… cam klako la… buang duit ko je…anyway, Tq so much yek…” pesanan ringkas yang aku terima dari seorang rakan aku….

Hahaha…. Tergelak besar aku bila aku terima SMS dari dia. Anyway aku dah berjaya membuat seseorang tersenyum minggu nie. Aku dah ckp kat dia aku nak kasi dia ceria sikit plus kasi senyum dia lasting sikit. Dan aku telah pun menunaikan janji aku. Ape yang telah aku wat…. Hahaha biarlah ia menjadi rahsia antara aku dengan dia, kalu aku citer kat sini nanti bikin satu kontrovesi nanti

Anyway aku rasa cukup gembira bila aku dapat membuat sesorang itu gembira. At least walaupun kita sendiri pun tak gembira tapi bila kita sendiri dapat mengembirakan seseorang. Kita akan sendiri akan merasa gembira.

aku pun bukan sentiasa ceria atau gembira 24/7. Mungkin dari segi zahir org tengok aku nie happy aje. But deep inside hanya aku dan tuhan aje yang tahu. Sebagai contoh kawan aku nie merasakan dirinya bagaikan tidak dihargai. Aku paham situasi yang dialaminya, so ape yang aku boleh buat, aku cuba membuat sesuatu agar dia rasa bahawa masih ader yang menghargainya. Alhamdulillah….. success!!!

Aku bukan mengharapkan sebarang balasan dan bukan mengharapkan diri ini dihargai dikala aku cuba membantu seseoarang. Cukup la aku melihat sebuah senyuman terpancar dari mereka yang pernah aku tolong. Itu sudah cukup bagi aku. Prinsip aku Cuma satu, jika kita membuat seseoarng itu gembira atau bahagia, mungkin satu hari nanti bila kita ditimpa kesusahan. Ader orang yang menghulurkan tangan membantu kita….just my to cent.

Thursday, December 20, 2007

Di Pagi Raya

Kawan aku : “ko blk kg tak?”

Aku : “tak, cian aku mak bapak jauh”

Kawan aku : “ Kah kah kah! Lu ktner?”

Aku : “kat umah la, mana lagi. Tengah masak maggi”

Kawan aku : “Sianya!, hehe. Kang kuar? Aku kat umah gak nie. Ujan lebat siol, sana ujan tak?

Aku : “ujan gak nie, tue yang aku tak dapat kuar umah. Ape plan?”

Kawan aku : “Bebudak nk tgk I am Legend”

Aku : “Aku dah tgk la”

Kawan aku : “ Tu laaa! Sapa soh pi tgk dulu. Abis ko nak kuar tak?”

Aku : “yelah aku ikut korang, karang korang tgk la citer tu aku tgk la citer lain”

Kawan aku : ok chaw….



Soit aje gelak kan aku pepagi raya nie.Boleh la gelakkan aku, pasal dia masih dok ngan mak abah dia. Lain la aku duduk merantau. Nak balik kampung tak boleh, boss tak kasi sambung cuti. So terpaksa la aku dok terperuk kat umah sensorang hari raya nie. Nasib baik ader kawan yang prihatin. Takde la aku duduk sensorang ari nie. hehehehe

Saturday, December 15, 2007

I AM LEGEND



Wah…cerita ni memang best. Korang takkan rasa rugi la membayar tiket wayang bila menonton citer nie. Jalan cerita yang menarik dengan pelbagai aksi yang best dari Will Smith menyebabkan aku teruja untuk mengetahui babak-babak yang akan berlaku seterusnya. Will Smith Berjaya membawa watak nie dengan baik dalam filem nie.




Citer nie mengisahkan Robert Neville (lakonan Will Smith) seorang saintis yang cuba untuk menyembuhkan penyakit yang melanda dunia. Penyakit yang disangka dapat menyembuhkan kanser telah menyebabkan manusia menjadi zombie dan hanya segelintir sahaja manusia yang masih lagi hidup, itupun menjadi mangsa zombie-zombie ini kerana zombie2 ini hanya dapat hidup dengan memakan manusia.


Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang cerita ni. Dan setiap perkara yang berlaku tu memang best. Tak bosan korang menengoknye. Antara part yang menarik bila Neville memburu rusa dengan Kereta Ford Mustang. Selama nie kita tengok orang memburu guna kuda atau berlari. Kali nie guna Ford Mustang tue. huhuhu Dan yang bestnye, ada diselitkan jugak part-part lawak yang dibuat oleh Will Smith sendiri. Terutama masa dia tengok cerita Shrek. Ha3. walaupun Will Smith tak pun membuat mimic muka just a simple act. Memang kelakar, satu panggung ketawa. Dan ada jugak part sedih plak. Bila anjing yang selama ini menemaninya mati bila anjingnya itu cuba untuk menyelamatkan darinya. Plus kalu korang tak pernah tgk Will Smith Menitiskan airmata, dalam filem nie la korang boleh tengok Will Smith Menitiskan airmata semasa hendak berpisah dengan keluarganya.


Dah habis tengok, baru la aku tahu kenapa cerita ni dinamakan sebagai I Am Legend. Nanti korang tengok, korang akan tahu. Memang tak rugi korang keluarkan sedikit duit dan masa untuk tengok cerita ni.


Cite ni memang best dan memang wajib ditonton. Kalau korang dalam dilema dan tak tahu nak tengok cite ape. Aku cadangkan korang tengok cerita ni. Pakej lengkap Castway + Resident Evil.2 thumb up for this movie. kamera-man die tak reti nak shoot gambar. Banyak gambar yang bergoyang-goyang sebab kamera-man tu nak follow Will Smith bergerak. Dush!. Cam Amazing Race la plak. Plus Filem2 lakonan Will Smith mmg best and this Film is among them.

Wednesday, December 12, 2007

Gokusen





Jika korang cari satu drama yang bisa buat korang ketawa tak ingatnyer dan drama yang menceritakkan tentang nilai sebuah persahabatan. Maka Gokusen adalah jdorama yang aku rekomen untuk korang tgk.

Drama nie mengisahkan seorang guru muda yang berwawsan tinggi yang masuk ke Sekolah Shirokin Gakuen. Tapi yang guru tak tahu ialah dia akan mengajar sebuah kelas yang mempunyai anak murid paling nakal sekali kat sekolah tu. Pelajarnyer yang mempunyai kaler rambut yang pelbagai warna, pakai baju selekeh kesekolah dan paling teruk sekali tak hormat langsung kat dia. Pelbagai cara yang digunakan oleh pelajar kat kelas nie untuk membuatkan cikgu nie berhenti mengajar kat sekolah nie. Tetapi guru ini tetap kuat semangat dan tetap cuba nak mendisplinkan anak murid dia nie.

Tetapi ape yang anak murid dia atau seluruh sekolah tak tahu ialah Yamaguchi Kumiko merupakan waris generasi ke-4 Ooedo Group, iaitu kongsi gelap Yakuza paling terkemuka. Walaupun keluarga dia mahukan dia mewarisi pertubuhan ini, tetapi kelurganya terpaksa menerima hakikat yang dia lebih suka menjadi seorang guru daripada mengetuai pertubuhan tersebut.

Akhirnya, anak murid dia dapat menerima kehadiran dia kerana semangat dia yang kuat untuk memahami hati anak murid dia dan mengelarkan dia “Yankumi”.

Aku dah lama tak beli jdorama nie. Seriusly asyik dok tergelak aje bila tgk citer nie. Hehehe…nanti nak beli sambungan dia la.

Monday, December 10, 2007

Ngeri Tak Ngeri Sgt la....

Ari Pergi keje Dalam Keadaan ngatuk. Aku cukup takut bila pegi keje dalam keadaan camnie, coz aku tak boleh nak beri tumpuan bila bawak motor. Tapi nak buat camner, terpaksa gak la pergi kerja. Kalau nak diikutkan hati, nak ajer aku balik sambung tido.

kerja.... bila tiba hari isnin pepaham aje la, mana ader datang mood. "Monday Blues" la katakan. eventhough i'm wearing my New Pink Sleeve (hehehe..juz nak bagi la.) coz saje nak nampak ceria sikit, but still ngantuk...ngantuk dan ngatuk. nie semua pasal aku tak boleh nak tido malam tadi. jap pusing sana, jap pusing sini. Nasib baik la ari nie buat keje berat sikit, ilang la sikit rasa ngatuk tue.

anyway ttg tajuk aku tue. "Ngeri Tak Ngeri Sangat la", sepanjang aku keje kat tempat yg aku keje la nie. Nie la 1st time aku dok tersangkut dalam lif dan nasib baik la bukan aku sorang aje dlm lif tue. dekat setengah aku berdua ngan opismate aku dok tersangkut dlm lif, ape la malang nasib aku ari nie. Tapi pape pun kerja aku settle ari nie....

Sunday, December 09, 2007

Western Everybody


Why i like weekend. Coz on the weekend me and my house buddy can cook. Tengok la ape yang dok tergerak dan ape yang kitaorang rasa nak makan and on this weekend we choose to eat Western. My Fav dishes since it's not to hard to cook. ( I'll try my best to write in English today since it been a long time i'm not writing in english).

Anway Our Dinner Consist of Cheese Bread with Chicken Cream soup as an appetizer. I use delifrance french bread on not juz any other bread. I love delifrance coz their bread is much softer than other bread in the market...tergeliat otak aku nak pikir ayat... aku potong kecik roti tue, then aku bubuh la Cheddar Chesse kat atas dia dan bakar. Fuh...fuh... harum bau cheese nie.

Main course kitaorg lak Chicken Chop serve with French fries, Fruit Salad n' Baked Bean and all this dishes is homemade, bukan beli bungkus bawak balik umah ek. masak sendiri tue. and finally the finishing touch "Premier Salute Red Grape Sparkling" since kita tak leh nak pekene Red Wine dapat Red Sparkling pun tak pe la.

Then Dok depan Tv layan lak Movie. Movie kitaorg pick lak malam nie "No Reservation"...layan mmg layan... Kenyang perut kitorang malan nie.

Saturday, December 08, 2007

The Golden Compass


Puas gak aku dok pujuk Ebet tgk wayang mlm td. ialah semua nie sebab Ajie tak jadi nak follow sekali pasal esok dia keje. Akhirnya termakan pujuk gak mamat nie. kalu diikutkan plan mlm nie nak tgk citer "Hitman" but tayangan dah abis la plak. So our second choice would be "The Golden Compass".





Sinopsis The Golden Compass:Berdasarkan sebuah novel fantasi oleh Philip Pullman mengisahkan satu pengembaraan menakjubkan yang penuh khayalan dan keajaiban. The Golden Compass mengisahkan sebuah dunia yang membentuk satu metafor di mana semangat manusia di jelmakan melalui binatang-binatang yang boleh berkata-kata, di mana terdapat beruang yang saling berperang dan juga wujudnya Gyptians. Kisah ini bermula apabila Lyra (lakonan Dakota Blue Richards), seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang meminta pertolongan daripada Marisa Coulter (lakonan Nicole Kidman),apabila kawan karibnya diculik oleh sebuah pertubuhan rahsia dikenali sebagai Goblers tetapi dikhianati oleh Marisa yang mempunyai agenda lain untuknya. Dalam menyelamatkan kawan karibnya itu, Lyra sebenarnya, dia terpaksa menyelamat dunia dari anasir-anasir jahat.


memula aku assume juz abis camtue aje. coz aku pun tak penah nak review kat internet or mag sebelum menonton filem nie. but bila in the end of movie baru aku tahu filem nie ade sequel nyer. Seperti yang diceritakan dalam sinopsis diatas, this is a fantasy movie based on fatansy novel. So bila diolah menjadi sebuah filem, ia membuatkan kita berfikir seolah2 wujudnya dunia seperti itu. the graphic in the movie...wow amazing absolutly amazing. binatang yang boleh berubah-ubah, plus kenderaan2 yang digunakan di dunia itu pun di cipta dengan begitu halus dan baik sekali. Pelakon yang membintangi filem nie pun tak kurang hebat, Nicole Kidman, Daniel Craig, Eva Green plus tidak lupa Dakota Blue Richards). kalau korang tanyer aku best ke tak citer. aku berani kata citer nie best dan berbaloi unutk di tonton.

Tuesday, December 04, 2007

My Dream....


Bulan nie aku cukup sibuk. sibuk mencari Kenderaan tak beratap baru buat diriku. lama tue aku dok memasang hajat tuk mendapatkan motor baru. cukup lama, selama nie aku pendam atau simpan aje dalam hati. itupun disebabkan mak tak kasi aku jual motor lama aku. katanya Abah tak nak jual pasal motor tue ader kenangan nyer.


aku tak nafikan aku pun rasa berat aje nak jual motor yg aku guna sekarang nie. motor nie la yg mak atau abah guna masa ambik aku setiap kali balik dari sekolah. bila aku masuk U, motor nie gak la yg aku guna untuk berulang alik dari umah ke U. nie la motor yg aku guna bila aku pergi ketempat pertama kali aku berkerja dan hingga ke hari nie, motor nie masih setia dengan ku. membawa aku ketempat kerja.


sekarang nie, setiap kali hujan. Motor nie acapkali membuat hal, lampu nye asyik rosak. Motor nie pun sudah hilang kuasanya. Mungkin disebabkan Faktor Usianya dan juga Tuan nyer yg semakin berat (hahahaha).


setelah puas aku dok tinjau2 kedai mana yg boleh aku tred in motor lama aku nie ngan motor baru kan. akhirnya aku pun dah jumpa kedai yg agak berbaloi. itupun setelah puas aku dok pusing2 satu johor bahru nie. nak suruh aku tinjau2 sampai ke Taman U, huhuhu takpe la. Penat badan aku. aku rasa mana2 pun sama saje harganya. Mak pun dah setuju ngan pilihanku. lepas nie hanya tunggu aku buat proses pinjaman plus tunggu org tua ku datang la. keranna pemilik motor lama ku nie bukan aku, tapi abah aku.hehehe

Monday, December 03, 2007

2 hari Di kampung.

Seronok dapat balik kampung. dapat berehat kat umah, dapat merasa masakan mak, dapat menghirup udara nyaman plus yang paling penting dapat melegakan kepala yg mmg dah pening tengah pening nie.


Rasa tenang aje bila kat kampung. hilang segala penat, segala bosan, segala kekusutan dan segala-gala unsur yg berlawanan dengan jiwa. tiada lagi kedengaran bunyi bising, suasana yang hingar bingar. Perasaan gembira saja yg muncul dikala aku duduk berbual disamping mak, abah dan adik2 aku di meja makan. Tiada lagi kedengaran suara2 sumbang seperti dipejabat. lega betul aku rasa bila dapat balik ke kampung.

Rindu betul aku ngan suasana dikampung, rindukan kicuan burung, hembusan angin pagi yg dingin dikala aku bangun pada waktu pagi. aku rindukan teguran mak dan rindukan panggilan bila nama ku dipanggil abah. bila la aku dapat balik kampung lagi lepas nie. mmmmmm

Sunday, December 02, 2007

Tanah Kita.


"Nie la estet kecil kita, kat estet nie la nanti abah nak tanam Kelapa Sawit." tue la kata2 abah kat aku masa kitaorg pergi melawat estet kecil abah nie. Aku kagum ngan semangat abah, semangat abah tuk mempertahan hak tanah nie. setelah bertahun abah duk turun naik pejabat sini, pejabat sana, jumpa org sini jumpa org sana. akhirnya abah dapat hak tanah nie.

mungkin sekarang nie hanya nampak semak samun dan nampak terbiar. Tapi abah dah bertekad tak nak biarkan sahaja tanah nie terbiar. walaupun ader yang sanggup nak beli tanah abah dengan harga yang mahal. Namun abah tak berganjak dari rancangan dia tue membangunkan tanah nie. "Nie Rezeki anak-anak abah nanti, dan nie la yang abah boleh tinggalkan untuk anak2 abah dan cucu2 abah nanti".

sekali lagi aku kagum ngan semangat abah. aku harap semoga abah akan berjaya dan aku sentiasa menyongkong abah hingga ke akhirnya.