Saturday, August 01, 2009

Blog yang bersawang.

Assalamualaikum...

Lama betul aku meninggalkan dunia blog nie. banyak habiskan masa ngan dunia aku. lol. Mungkin aku start balik membloggingkan diri. Tapi mungkin tak sekerap dulu, org kata tengok kepada kerajinan la.

Hari nie aku menghabiskan masa cuti aku dengan memerapkan diri kat dlm umah ajer. Malas betul nak keluar kalu takde geng nie. Pagi aku melayan Internet jap sambil menghadap breakfast aku. ingatkan nak membasuh baju. Tadi ader org bangun lagi awal da dari aku. Bosan melayari internet. aku dok melayan tv. Sedar tak sedar jam dah pukul 2 petang, mata pun sudah kuyu. aku pun masuk la tido petang. Alangkah nikmatnya kalu ketika itu hujan. kalu hujan la petang tue, sedapnyer tido.

Bila dah tiba malam lak, terasa bosan sungguh. .....

Monday, December 31, 2007

Happy New Year

ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes
Happy New Year Graphic Comments


Ucapan Selamat Tahun Baru buat semua umat yang ader kat muka bumi nie plus makhluk2 asing yang kat luar sana. Semoga Tahun baru nie lebih baik dari tahun yang sudah.

Sunday, December 30, 2007

Ambik Kesempatan


Aku cukup menyampah ngan orang yang suka ambik kesempatan. Mmg cukup2 cukup la menyampah. Bak kata pepatah "Orang dah bagi peha, nak betis plak". cukup menyiram betul ngan org dalam golongan nie.

kita nie tolong orang pasal kita nie ikhlas nak bantu dan pasal kita kenal dia. he'eh dia leh la plak pukul canang kat kengkawan dia atau sedara mara dia yang kita lak boleh tolong diorg plak. wah2 nie sudah cukup melampau, kalau sekali sekala takpe la. Tapi kalau dah asyik dok orang yang sama dok rekomen kengkawan atau sedara mara dia kat kita nie ape citer.

Tue yang bila orang tanyer aku keje kat mana, aku cukup malas nak cakap aku keje kat mana. paling kuat aku menipu la. pepandai la aku kelentong. dah macam terpaksa menipu kat orang la plak. tapi kalau aku tak buat camnie. mula la orang ambik kesempatan. hish....

Friday, December 28, 2007

Jiwang Karat Sekejap.


Satu cerita yang menarik yang aku jumpa masa aku dok menjengah blog2 orang. Disebabkan iyanya menarik sok aku post kat sini.

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cinta mu, jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorg yg tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi kembalikan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur. Jgn ambil kesempatan & jgnlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu. Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yg serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi, tiada siapa yg harus dipersalahkan...relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yg berlaku ada maksud yg t'sembunyi & kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu...



Cari gak lagu yang sesuai ngan tema hari nie. kali cari tak jumpa la plak. so rasa2 lagu nie pun kira sesuai gak la....


Thursday, December 27, 2007

Mari Menonton

Bulan nie gasak betul aku dok tengok wayang. Kalau tak tengok sensorang, aku pegi la ngan member2 aku. Kebiasaannya aku pegi ngan member la tapi kalau dah terdesak sangat, takde sapa nak follow. Aku pegi ajer tengok sensorang, malas nak tunggu orang lain.

bebaru nie aku berkesempatan tuk menonton National Treasure 2 "Book Of Secrets" plus Alien Vs Predator 2. Actually National Treasure is not in my "must see" list. Aku ingat nak Beli CD aje nanti, tapi disebabkan kengkawan aku nie baik hati sangat jemput aku kat umah juz pasal nak ajak aku tengok wayang. so aku ikutkan aje la diorang nie, ghupernyer nak dipendekkan citer. Diorang nak tengok citer I Am Legend yang dah pun aku tengok. So terpaksa la aku tengok citer lain, so My option is "National Treasure" la.



Anyway bout this movie, aku rasa la citer yang first lebih menarik dari yang 2nd nie. kalu dilihat the 1st movie lebih banyak aksi compare to the 2nd movie which more humor than action. dari digembar gumburkan di akhbar, diceritakan this movie akan melibatkan Abigail the main actor akan lebih expose la meaning keluar dari US untuk mencari clue2. Tapi alahai, bukanya lama sangat pun. juz check2 clue sikit ader action2 then tah....cam kurang menarik aje aku tgk. But in term humor itu aje la yang membuatkan aku tuk terus menonton filem nie. So rating aku nak bagi tuk movie nie. mmmmm 3 of 5 la....



Ok the Second movie is in My "Must See" List. yang nie mmg aku dok tunggu, coz biasa la aku kalau citer Sains Fiksyen Movie, angkasa2 plus Robot2 nie mmg cukup minat. Dari mula tengok citer sampai habis, asyik dok terkejut2 aje. huhuhu...mmg dahsyat, aku tak dapat bayangkan kalu dunia kita nie betul2 jadi camtue. tah camner gayanyer la agaknye. yang aku respect mak pect abis dalam citer nie Predator nie datang sorang aje beb nak kasi bunuh semua Alien yang do terlepas masa kapal angkasa predator nie jatuh balik kat bumi. Gila otai. dalam movie nie gak kita dapat scene2 yang dia remake balik mengikut acuan citer yang terdahulu. Sebagai contoh scene masa predator tue duduk kat atas pokok nak ubat kan diri dia pasal cedera, scene masa predator tue bukak helmet dia plus scene predator buat tembakan rambang masa kat loji Janakuasa. Seriuly sebijik cam the original movie. So my rating for this movie 4.5/5 la. senang citer korang mmg kene la pegi tgk movie nie. rugi2 tak tengok.

Saturday, December 22, 2007

Joy....

“Jahat la ko nie…aku x abes sengih nie… cam klako la… buang duit ko je…anyway, Tq so much yek…” pesanan ringkas yang aku terima dari seorang rakan aku….

Hahaha…. Tergelak besar aku bila aku terima SMS dari dia. Anyway aku dah berjaya membuat seseorang tersenyum minggu nie. Aku dah ckp kat dia aku nak kasi dia ceria sikit plus kasi senyum dia lasting sikit. Dan aku telah pun menunaikan janji aku. Ape yang telah aku wat…. Hahaha biarlah ia menjadi rahsia antara aku dengan dia, kalu aku citer kat sini nanti bikin satu kontrovesi nanti

Anyway aku rasa cukup gembira bila aku dapat membuat sesorang itu gembira. At least walaupun kita sendiri pun tak gembira tapi bila kita sendiri dapat mengembirakan seseorang. Kita akan sendiri akan merasa gembira.

aku pun bukan sentiasa ceria atau gembira 24/7. Mungkin dari segi zahir org tengok aku nie happy aje. But deep inside hanya aku dan tuhan aje yang tahu. Sebagai contoh kawan aku nie merasakan dirinya bagaikan tidak dihargai. Aku paham situasi yang dialaminya, so ape yang aku boleh buat, aku cuba membuat sesuatu agar dia rasa bahawa masih ader yang menghargainya. Alhamdulillah….. success!!!

Aku bukan mengharapkan sebarang balasan dan bukan mengharapkan diri ini dihargai dikala aku cuba membantu seseoarang. Cukup la aku melihat sebuah senyuman terpancar dari mereka yang pernah aku tolong. Itu sudah cukup bagi aku. Prinsip aku Cuma satu, jika kita membuat seseoarng itu gembira atau bahagia, mungkin satu hari nanti bila kita ditimpa kesusahan. Ader orang yang menghulurkan tangan membantu kita….just my to cent.

Thursday, December 20, 2007

Di Pagi Raya

Kawan aku : “ko blk kg tak?”

Aku : “tak, cian aku mak bapak jauh”

Kawan aku : “ Kah kah kah! Lu ktner?”

Aku : “kat umah la, mana lagi. Tengah masak maggi”

Kawan aku : “Sianya!, hehe. Kang kuar? Aku kat umah gak nie. Ujan lebat siol, sana ujan tak?

Aku : “ujan gak nie, tue yang aku tak dapat kuar umah. Ape plan?”

Kawan aku : “Bebudak nk tgk I am Legend”

Aku : “Aku dah tgk la”

Kawan aku : “ Tu laaa! Sapa soh pi tgk dulu. Abis ko nak kuar tak?”

Aku : “yelah aku ikut korang, karang korang tgk la citer tu aku tgk la citer lain”

Kawan aku : ok chaw….



Soit aje gelak kan aku pepagi raya nie.Boleh la gelakkan aku, pasal dia masih dok ngan mak abah dia. Lain la aku duduk merantau. Nak balik kampung tak boleh, boss tak kasi sambung cuti. So terpaksa la aku dok terperuk kat umah sensorang hari raya nie. Nasib baik ader kawan yang prihatin. Takde la aku duduk sensorang ari nie. hehehehe