Friday, December 28, 2007

Jiwang Karat Sekejap.


Satu cerita yang menarik yang aku jumpa masa aku dok menjengah blog2 orang. Disebabkan iyanya menarik sok aku post kat sini.

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cinta mu, jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorg yg tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi kembalikan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur. Jgn ambil kesempatan & jgnlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu. Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yg serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi, tiada siapa yg harus dipersalahkan...relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yg berlaku ada maksud yg t'sembunyi & kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu...



Cari gak lagu yang sesuai ngan tema hari nie. kali cari tak jumpa la plak. so rasa2 lagu nie pun kira sesuai gak la....


No comments: