Friday, October 15, 2004

Mlm sebelum puasa...

citer ari nie....

sekali lagi aku abiskan masa aku kat umah mlm tadi. mlm tadi aku balun mkn yang sedap sikit, ialah besok dah posa, so mlm tue entertain la perut ngan makanan yg sedap2 sikit. pekena kan tomyam ngan telur bungkus. ha...ha.... aku kuar la ngan member aku mlm tadi. then aku ajak la member aku sekali datang umah, tgk2 kan komputer aku. coz ader setting2 kat komputer aku yg tak betul lagi. alhamdulillah semua dah okey. aku pun dah berpuas hati ngan performance komputer aku. cuma kene banyak belaja sikit la coz Win Xp nie pelik sikit. mlm tadi gak aku pakat kene gelak ngan member aku. ialah org tak keje sok, aku lak keje. tue yg lepak sampai kul 12.15 kat umah aku. tapi diorg kesian gak kat aku, tue yg diorg balik gak mlm tue. dah la bilik aku cam cc dah mlm tadi. lepas sorang, sorang ambik turn guna komputer.

pagi tadi terkene gak aku. sembahyang subuh kat mesjid, jumpa member aku sekampung, lepas sembahyang tue tunggu la imam abis zikir ngan doa.then member aku balik tumpang aku. dia leh ajak aku round2 keliling kampung. aku pun jalan la ngan dia pusing2 kampung. then aku pun anta la dia balik. dia leh ajak aku borak lak kat depan umah dia. aku tanyer dia " Mie, ko keje tak ari nie" ...dia pun cakap la tak, aku ckp la kat dia aku keje ari nie. tak mcm dia. so aku pun ckp la aku nak balik. nak sambung tido jap. penat sangat badan...nak buat camner...dah nasib badan....

Petang punyer citer lak....

bulan puasa....bukan hanya untuk menahan kan diri kita dari lapar dan dahaga. kita juga perlu melakukan amal ibadah dan kebajikan di bulan yg mulia nie. antara petikan khutbah ari nie...mmg tak dinafikan kata2 therion, aku rasa semua mesjid ari nie membacakan tajuk khutbah yg sama.

jam dah menunjukan pukul 3.00 ptg. rasa lambat betul masa berjalan. bukan rasa lambat kerana nak berbuka, tetapi lambat nyer waktu kerja nak abis.... bukan ape dlm bulan posa la paling syok berjalan pada waktu petang, jalan kemana kalu tak ke pasar ramadhan.... tgk2 juadah berbuka posa. ingat nak belikan la ape2 yg patut buat berbuka ngan family aku karang. citer pasal berpuasa nie. aku ader sorang member india kat opis aku nie. ikut sama berpuasa. bagus la aku katakn kat dia. relax aje mamat tue tak makan. tak tau la di mengencing aku...harap2 tak la....

No comments: