Saturday, November 06, 2004

Dah nak Raya...

Raya....Raya....

alhamdulillah....lagi berberapa hari aje lagi kita akan menyambut raya. mak ngan adik kat umah tgh sibuk buat kuih raya kat umah. setakat nie ader la 3 jenis kuih yg dah siap. dengar kata ari nie pun nak buat lagi. hi...hi....aku hanya menumpang makan aje la....nak tolong tak boleh. aku kan tgh keje nie. mlm lak karang aku sibuk ngan kengkawan....ape punyer abang la aku nie....ha...ha...anyway tahun nie aku raya dengan serba serdehana. ape yg aku maksudkan dengan serdehana ialah aku hanya beli 2 helai baju aje untuk raya tahun nie. ngan sepasang kasut. kasut tu pun aku beli kat kedai bundle aje. (ala janji boleh pakai). baju melayu pun aku pakai yang lama. baju konvo aku 2 thn lepas. ialah baju raya tahun lepas aku dah kene minyak hitam. (tue yang sedih sangat tue).punyer nyer spring tongkat moto aku patah masa aku nak gi kenduri umah Azli. tah camner boleh tak perasan baju kene minyak itam....dah rosak baju tue. nak buat camner. dah bukan rezeki aku.

walaupun raya kali agak serdehana. but still aku dapat jangka kan agak meriah gak la....ialah member2 aku masa sekolah, masa kat majlis dan yg lain2 semua nyer balik beraya kat segamat. tapi ader gak la yg tak balik cam Memet....coz kali nie for the 1st time dia balik beraya kat umah mak mentua dia kat Perlis....kira tak cukup korum gak la....mungkin aku akan pegi umah awek aku....tahun lepas aku dah pegi. ingat nak pegi gak tahun nie. tapi takde transport la pulak. malas aku nak ajak2 org cam dulu. lagi pun terkenang la kisah masa terkandas kat Terengganu dulu. boleh dikatakan serik gak la.ha....ha......

umah pun tak abis kemas lagi. rumput aku rasa takyah nak potong, pasal tgk rumput takde pun panjang mana. tgh pikir nie. nak pasang pelita atau tidak raya kali nie. kalu pasang pun buat penat. hari pertama aje rajin. besok nyer masing2 dah malas nak isi minyak tanah kat dalam pelita tue.

citer pasal kad raya lak. tahun nie aku cuma dapat 2 aje. hi...hi....okey la tue daripada tak dapat langsung. at least ader gak org yg ingat kat kita. aku dapat sikit nie aku rasa pasal tahun2 sebelum nie aku tak balas pun kad2 kengkawan aku bagi. tue yg masing2 merajuk agaknyer tanak bagi kad raya kat aku tahun nie. bukan ape. sekarang nie, cukup malas tul aku nak pegang pen. ialah asyik dok mengadap komputer aje. nak tulis pun tangan aku nie kaku. tulisan pun dah macam cakar ayam.

okey la aku rasa sampai sini dulu. coz jap lagi aku nak rehat. pada pembaca Blog aku...sempena bulan yg mulia nie. aku ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya" & " Maaf Zahir & Batin" kalu ader salah dan silap. semoga korang ceria selalu & pada yg memandu tue, barhati2 lah dijalan raya.

No comments: