...Lucukan...??
- RM 50 nampak begitu besar bila di bawa ke peti derma masjid, tetapi nampak kecil bila kita bawa ke supermarket..
...Lucukan...??
- 45 MINIT begitu lama untuk berzikir, tetapi betapa pendeknya waktu itu bila kita menonton drama atau rancangan hiburan...??
betapa lamanya 2 jam bila berada di masjid, tetapi terasa cepatnya masa berlalu ketika sedang menikmati tayangan filem baru di pangguung wayang bersama kekasih hati..
...Lucukan...??
- kita berebut rebut hendak berada di barisan hadapan ketika menonton bola di stadium atau menonon konsert, tetapi berebut pula cari shaf paling belakang ketika solat Jumaat supaya boleh keluar cepat..
...Lucukan...??
- susahnya mengajak orang berdakwah, tetapi senang pula mengajak orang bersembang tentang gosip dunia hiburan..
...Lucukan...??
- kita begitu percaya pada apa yang ditulis dalam suratkhabar atau yang dibaca penyampai berita, tetapi kita sering mempersoalkan apa yang dijelaskan dalam Al-Quran..
...Lucukan...??
- semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa...
...Lucukan...??
- kita boleh mengirim ribuan lawak menerusi email, tapi apabila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua kali...
Tuesday, February 15, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment