Thursday, September 21, 2006
Citer Pasal Hati
Andainya kamu berkenalan
Jangan Katakan
"Ah...Siapa Juga Kamu"
Tapi...Katakanlah
"Aku senang dengan perkenalan ini"
Pasti kenalan akan bertukar menjadi kawan
Andai kamu sedang berkawan
Jangan katakan
"Ah.... Aku punya ramai kawan"
Tapi... Katakanlah
"Kamu adalah special berbanding dengan yang lain"
Pasti kawan akan bertukar menjadi cinta
Andai kamu sedang bercinta
Jangan katakan
"Ah...Aku masih boleh mencari cinta yang lain"
Tapi Katakanlah
"Kamu adalah segalanya dalam hidupku"
Pasti cinta bertapak kuat dalam hatimu
Andai kamu pernah bercinta
Jangan katakan
"Ah... Kamu cuma orang kedua dalam hidup ku"
Tapi katakanlah
"Kamu terbaik dalam hidupku"
Pasti tidak wujud rasa cemburu
Andai perkenalan bertukar menjadi kawan
Andai kawan bertukar menjadi cinta
Andai cinta tiada cemburu
Maka akan wujud Keikhlasan
Kejujuran
Keyakinan
Kepercayaan
Ketelusan
Kesetiaan
Yang akhirnya menjadi satu...................................:)
**kalu nak tau nie la keje kalu org tgh bosan teramat sgt...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment