Tuesday, July 10, 2007

Malas.



Seminggu dua nie aku rasa tersangat la penat. Rasa cukup tak larat nak ke opis. Tak tahu ape yang tak kene ngan badan aku nie. Setiap kali bangun dari tido belakang terasa sakit hingga ke opis. Teringin gak nak pegi berurut atau berbekam, tak kisah la yang mana. yang penting kasi kurang kan sikit sakit2 badan nie, tapi perasaan malas tue lagi kuat dari nak pegi wat bebenda nie. Hai...hai...

Sekarang nie aku lebih suka terus balik rumah selepas kerja dan dah malas nak singgah memana. Bila kat umah aje pun aku banyak abis kan masa tgk TV aje. Bosan pulak tgk rutin hidup aku sekarang nie. Nak ubah pun rasa malas...malas dan malas.......

Seronok betul guna perkataan malas, actually kita lebih banyak mengunakan perkataan nie dari perkataan2 lain. Cuba kita kaji, berkali kita guna perkataan nie dalam sehari? dan cuba kita tgk org sekeliling kita. Dengan tak sedar boleh dikatakan perkataan malas nie mmg tak lekang dari mulut. Kenapa kita malas? Adakah kerana nak mengelak dari ajakan seseorg atau mengelak dari tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita atau sememang nyer kita mmg malas nak buat sesuatu. Tapi walau ape pun alasan yang diberikan. ianya adalah kehendak individu itu sendiri. KALAU DAH MALAS TUE, MALAS LA DIA.

No comments: