“kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen minggu lalu mencetuskan kersehan di
kalangan orang ramai yg bimbang kesannya keats harga barang dan perkhidmatan
yang akan ikut meningkat”.
Nie adalah petikan ayat dari T.Indrani Ketua Pegawai Eksekutif (FOMCA) dalam Khabar Mingguan Malaysia Hari ini. Bila aku terdengar harga minyak naik. Buat aku terpikir, “alamak abis la”. Buat masa sekarang nie boleh la aku menarik nafas lega. Buat aku nak pikir sangat. Aku dlm cuti, aku bukannye gi keje pun. Tapi bila aku dah sihat nanti, camner lak.
dulu aku tak pernah ambik pusing pasal kenaikan harga minyak. Nak naik, naik la nak buat camner. Ialah dulu aku dok keje kat kampung aje. Duduk ngan family, tak payah nak pikir nak bayar sewa rumah, bil api atau air dan makan minum. Ialah duduk ngan family nak pikir ape. Tapi semenjak aku duduk di Johor Bharu, baru aku tersedar. Ialah aku duduk berjauhan dengan keluarga. Terpaksa berdikari sendiri tanpa bantuan sesiapa. jadi benda2 yg aku tak pernah terpikir atau ambik endah selama nie menghantui aku. Sebagai contoh isu kenaikan harga minyak nie.
Mungkin bagi mereka yg berpendapatan besar atau dah mmg kaya tak terasa sangat akan kenaikan harga minyak nie. Why bother because of this matter, walaupun harga minyak naik. Diorang nie tetap berkereta mewah, mampu menlancong ke sana sini, ialah coz diorg nie banyak duit. Kenapa aku ckp camnie. Kalu korang perasan atau terbaca didalam surat khabar hari nie dalam Panca Indera ader hartawan sanggup “Sponsor” artis. Belikan kete, umah plus siap jaga makan minum. Bukan nak kata aku iri hati or marah. Terpulang pada diorg la. Duit diorg, pandai diorang la nak apa ngan duit tue. tapi golongan cam aku nie, golangan yg berpendapatan rendah.. kitaorg nie yg rasa perit sikit because of kenaikan minyak nie.
Dari pengalaman aku la. Aku nie berkerja dalam sector kerajaan. Alhamdulillah walaupun berpendapatan kecil tapi aku bersyukur environment keje tue best sikit compare to my old position. Tapi ialah aku duduk di bandar besar kekadang tue tak cukup gak nak menyara hidup aku nie. Kalu dulu isi minyak RM 5 dah penuh satu tangki tapi sekarang isi RM 6 pun belum tentu penuh. Seriously, itu tahun lepas masa berlaku 2 kali kenaikan harga minyak. Kenaikan pertama 10 sen dan tak lama lepas tue naik lagi 10 sen. Tapi tahun nie alamak naik lagi 30 sen. Tak berapa agaknyer aku kene kalu minyak penuh. Bagi yg menaiki kereta mmg la kata aku nie tak la terasa sangat pasal aku pegi keje naik motor. Sapa kata aku tak terasa beb. Terasa gak la. cuba bayangkan perjalanan pegi balik ketempat kerja dari umah sewa aku sejauh 20 km. 3 hari aje minyak moto tue tahan beb. Itu dulu sebelum aku kemalangan. nie kalu aku naik keje nanti, silap2 pagi tuang, besok pagi tuang lagi.ha….ha…..dan pada org yg kata aku tak terasa sangat kenaikan nie pasal aku naik moto. Kalu taknak rasa sangat, naik la moto cam aku…ha….ha….
Syok nyer kalu Bandar Johor Bahru nie kalu ader Komuter or LRT. Senang sikit aku nak pegi keje. Tak payah la aku nak naik moto lagi. Tapi seriously aku penah berkursus di Kuala Lumpur for a week. So aku wat la sedikit eksperimen. Mmg aku dapat berjimat sikit beb kalu aku dok di Kuala Lumpur compare to Johor Bahru. Why? Because of “Public Transport”. Pegi keje pun tak perlu risau or takut lambat. Coz jadual perjalanan dia dah fixed. Melainkan kalu bangun lewat la.plus no need to worried bout traffic jam. Bukan kat JB nie takde bus, tapi dari naik bus lagi redha aku naik motor aku. Penat beb naik bus, bukan ape nak naik bus aku kene bangun seawal pagi just to take a ride. Kalu lambat sikit alamat sangkut dlm Jam la nanti.
Tapi ape nak buat. Dah kerajaan nak mengurang subsidi minyak nie. Itupun kita patut bersyukur ader lagi subsidi, kalu takde langsung mcm Negara jiran kita or Negara2 lain camner la nanti. Kita patut bersyukur kerajaan kita nie masih saying kan rakyat dia.he…he….tapi kalu harga minyak naik lagi abis la aku…..
No comments:
Post a Comment