Pasal dek typewriter nie la aku kepenatan 1 hari nie. Bila kita nakkan sesuatu benda tue susah betul nak jumpa. Tapi kalu kita tak cari, ader aje kat mana2. Puncanya Pok Su aku datang tido umah aku semlm. Disebabkan ari nie Abah ngan mak nak anto Maria ke Muar coz ader interview. So aku take over la intertain Poksu aku nie sepanjang hari nie.
Pagi aku bawak dia sarapan kat favourite spot aku la, kat Kampung Jawa. Then lepas minum tue aku tanyer la Poksu aku nie nak cari barang ke. Tetiba Poksu aku nie ckp “mana nak cari typewriter?”. Alamak! Aku dah buntu dah. Mana nak cekau kedai yg jual type writer kat segamat nie. Ader ke jual lagi typrwitter nie. Dari satu kedai ke satu kedai stationery aku ngan Poksu aku nie cari. Ader tue ader, tapi mahal sangat la pulak. Sampai RM 600 jual. Then dah tengah hari, type writer still tak jumpa. Aku pun suggest la kat Poksu aku nie kita ke kedai barang Second hand kat Taman Yayasan. Mana tau kalu2 kat sana ader, itu pun hampa dan barang yg dijual pun dah tak sebanyak dan sehebat dulu. Kalu dulu ader aje barang yg kita boleh beli kat sini. Tapi sekarang dah mcm kedai jual barang lusuh lak.
Sambil jalan2 cari kedai jual typewriter nie, Poksu aku dok citer la yg dia tgh cari “Hilux” lama tuk wat kerja2 kontrak dia. nie satu lagi barang rare yg mmg susah nak cari. Mana ader lagi org dok pakai or jual lagi. Tapi ialah hari nie kitaorg dok survey2 gak la,kut2 ader dok tersadai kat mana2 kedai kete terpakai.
Kitaorg rehat jap kat Kedai Mini Market pakcik (yg aku panggil Pak Ngah)aku masa lepas singgah kat kedai second hand yg kitaorg pegi tadi. Sebelum sampai ke kedai Pak Ngah aku nie, sempat gak la aku bawak Poksu aku nie pegi umah Cikgu Din. Cikgu Din nie mmg ramai la org dok kenal dia coz Cikgu nie dok minat mengumpul barang2 lama. Masa aku dok lalu kat umah dia. punyer la banyak keta “Morris Minor” dok tersadai kat keliling umah dia. Motor2 lama pun dok terkumpul banyak.. MMg gila barang lama betul la cikgu nie. Tapi kalu tgk org dia mmg boleh agak, dia nie mmg addict barang lama. Coz cara pakai pun cam otai2.ha…ha….
Bebalik pasal citer typewriter nie, masa kat kedai pak ngah aku nie, pak ngah aku nie dok offer la kat poksu aku nie typewriter lama dia. Poksu aku pun suka la, tapi ialah pepaham aje la barang dah lama tak pakai, so bila tgk keadaan typewriter tue, kalu bagi aku pun alamak berat aje nak ambik. Dah teruk sgt, berkarat sana sini. Satu keje lak nak cari tempat nak servis. Kalu dah nak cari kedai jual typewriter pun susah, nie kan nak cari kedai servis typewriter. Tapi Alhamdulillah akhirnya kitaorg dapat gak cari typrwriter nie. Itupun dah petang baru kitaorg dapat cari. Balik ngan senang hati la Poksu aku ari nie.
Walaupun dunia semakin maju, dengan pelbagai ciptaan telah manusia majukan untuk kesenangan manusia tue sendiri. Barang lama tetap ader gak kegunaan nyer. Seperti contoh typewriter nie. Betul manusia telah mencipta Komputer bagi memudahkan lagi urusan. Tetapi typewriter nie masih lagi penting dlm pengunaan nyer. Sebagai contoh, kalu kita perlu mengisi borang permohonan atau sebagai nya yg memerlukan sampai 2 atau 3 salinan. Larat ke kita nak mengisinyer dengan mengunakan menulis tangan aje. Lain la kalu borang itu diberikan dalam bentuk disket. Tapi dengan ader nyer typewriter. Borang itu dapat disiapkan sekaligus dan yg paling penting sekali ia kelihatan lebih kemas berbanding kita isi ngan menulis. Betul tak…..
No comments:
Post a Comment