Sunday, February 12, 2006

Best Friend is hard to find.



Tanggal 01/12/2005, hari yang paling malang dalam hidup aku. Pada hari tersebut baru aku tersedar betapa tingginye langit tue. Ialah mak aku selalu berpesan kat aku. "nuai berwaspada, berhati2, nanti bila dah terjadi sesuatu kat ko,baru ko sedar langit tue tinggi ke rendah". Aku takkan lupakan tarikh nie sampai bebila. Coz pada tarikh nie la pada pukul 7.45 pg aku terlibat dengan kemalangan.

Aku tak sangka jalan yg biasa aku lalui untuk ketempat kerja selama setahun aku berkerja di Johor nie mengundang padah bagi aku. Puncanya aku nak mengelak sebuah kereta yg makan jalan. Akibat kurang waspada aku menghentam kereta didepan. As a result, aku melambung dari motosikal dan jatuh ditengah jalan. Masa melambung tue, sempat gak aku berfikir, "iye ke aku accident nie".bunyi cam kelakar. Tapi tue la ape yg aku dok pikir. Bila aku dah terjatuh ke atas jalan, aku masih sedar tapi aku dapat rasakan yg kaki sebelah kiri aku tak dapat digerakkan. "patah ke kaki aku nie"."abis la aku"."macam ner keadaan motor aku". "camner keadaan kete yg aku langgar". Ayat2 nie la yg dok bermain dalam fikiran aku. Tapi reality aku, aku dok meraung menahan sakit. Sakit yg teramat sangat yang hanya tuhan aje yg tahu.
Nasib aku baik, ader sorang abang nie menghantar aku ke GH. Sepanjang perjalanan, aku hanya mampu mengetap gigi aku aje coz aku menahan sakit yg amat sangat. Bila dah sampai terus aku dimasukan ke wad kecemasan. Tak sempat aku nak mengucap terima kasih kat abang tue. Coz ialah kecerderaan aku bukan nyer sikit. Kalu jus minor injury. Dah lama aku pegi kat abang tue tuk mengucap terima kasih.

Aku ingat azab aku berakhir disitu. Rupanye berpanjang. Aku ingat lepas aku sampai ke hospital cepat la aku menerima rawatan. Tapi sangkaan aku meleset. Makin bertambah sakit adalah. Sampai aku aku mintak tolong telephonekan kawan aku pun, atenden hospital tue buat bodo aje. Nasib baik la handphone aku ader credit dan dalam keadaan menahan sikit nie gak la aku telephone housemate aku. Sorang pun tak angkat. Lastly aku telephone Sarip office mate aku. Mamat nie gak la yg cepat sampai kat emergency room pagi tue.
Dari pagi aku eksiden, tengah hari baru aku masuk ke wad. Takde pape sangat yg dibuat oleh pihak hospital ketika tue. Hanya la mencuci luka plus menjalankan x-ray. Tapi mmg sengsara la masa tue.dah la sakit, layanan pihak hospital pun kureng. Nak buat camner redha aje la. Masa di wad lak satu persatu budak ofis datang menjenguk aku. Dari officer aku hingga ke member2. lega sikit la kesakitan aku masa tue. Dapat la aku menjamah makan. Lapar jgn ckp la masa tue ialah dari pagi aku kemalangan, setitik air pun aku lum rasa. Dah dekat pukul 3.00 ptg baru aku dapat makan. Then yg buat aku makin tak bermaya bila doc kata dah seminggu aku kat wad baru akan dijalankan operation. So sementara menunggu tarikh tue. Kaki aku di tarik untuk diluruskan. Mana leh jadi cam nie. Mana leh tahan, dah la support yg dia gunakam untuk stringkan kaki aku membuatkan aku makin sakit. Last2 Suhaimi suggests kat aku transfer ke hospital pakar.
Aku tak mengambil masa yg lama nak buat keputusan. Walaupun masa tue runsing gak aku. Bukan sikit bayaran yg dikenakan nanti. Sapa yg nak bayar kos rawatan aku kat sana nanti. Lain la kalu abah aku nie ader title "Dato" or "Tan Sri" ke kat depan nama dia. Aku mmg tak kisah la. Tapi Suhaim explain kat aku, yg kita keje kat SSM nie kan ader Insuran. Jgn risau la, insyallah semua ditanggung. Cuma aku perlu dulukan RM200 sebagai deposit masuk ke hospital pakar. Bila aku kata ok aje Suhaimi jalan kan tugas dia menguruskan perpindahan aku dari GH ke hospital pakar.
Aku rasa dlm pukul 6.00 ptg kut baru aku selamat sampai ke hospital pakar hari tue. Tue pun lepas pelbagai halangan yg terpaksa aku hadapi masa nak dipindahkan, ini kerana GH tak lagi bertanggung jawab atas pesakit bila dia dah kuarkan surat pelepasan. Plus pihak GH pun tak menyediakan Ambulan tuk proses perpindahan tersebut. Dah satu keje bebudak nie terpaksa mencari Ambulan tuk aku. Bila dah dapat , cost lak mahal plus Pihak Insuran tak cover kos perpindahan. Patient kene tanggung sendiri. Mana aku nak cekau duit sebanyak RM350 per trip. Besar mana la sangat gaji aku. Kengkawan aku nie gak la yg tolong, tah camner diorg buat agak nyer sampai akhirnya dapat gak aku sebuah ambulan plus kos perpindahan aku pun di cover oleh pihak insuran akhirnya.
Layanan di hospital pakar mmg jauh berbeza berbanding ngan GH. Ialah kita dah bayar mahal tuk menerima rawatan kat sini. So mewah la layanan yg diberikan. Even Pakar tulang tue sendiri turun ke wad explain kat aku yg aku tak perlu risau. Dia ckp: "I will operate you as soon as possible or maybe tonite depend on the operation room, coz right now the operation room is in used". Doc tue pun explain yg aku nie patah kaki sebelah kiri dibahagian peha, retak siku disebelah kiri plus lutut kiri aku terkoyak dan terpaksa dijahit. Sedih nyer bila dok dengar penerangan dari doc masa tue. Tapi yg buat makin terharu sorang demi sorang datang menjenguk aku kat wad kecemasan dan akhirnya datang gak budak umah aku. Tue pun budak kampung aku. Yg lain, ah malas la aku nak ckp.
Alhamdullillah selamat gak aku dibedah malam tue. mcm2 perasaan timbul masa tue. Sedih dan takut la yg paling utama sekali dok bermain dalam kepala. Tapi mmg aku tak rasa ape2 masa pembedahan dijalankan. Ialah dah dibagi ubat bius, cam ner nak rasa sakit . Camnyer rupa ngan keadaan bilik bedah tue pun aku tak tau. Sedar2 doc tue kejut kan aku. Simple ayat yg kuar dari mulut dia tapi tajam siot. "next time drive u motorcycle slowly and carefully"….wahhhhhhhhh!!!!!!







Aku dok seminggu dalam hospital. Tue pun credit to ofismate aku yg tolong menguruskan sekali wad mana tuk aku duduk. Sepanjang seminggu aku di wad aku dijaga leh adik aku yg kebetulan masa tue cuti sekolah. Plus kengkawan aku yang lain. Thanks to Ayu for everything tak lupa gak buat Liza, minah nie pun rajin menjenguk aku. Balik keje aje 4 sure diorg akan singgah menjenguk aku. Ayu ngan Liza gak la yg teman aku semalaman masa 1st day aku kat wad sementara menunggu parent aku dtg dari kampung. Sepanjang aku dok wad tue ghamai gak menjenguk aku. Semua kengkawan2 aku tak kira dari yg kat opis, public and runner2 yg selalu berurusan ngan aku. Meriah tak ingat nyer. Terasa cam celebriti jap. Ha…ha….
Tapi ape yg aku nak citer kat sini ialah kesanggupan kawan2 aku turun padang menolong aku masa aku dalam kesusahan. Diorg carikan motor aku, tolong watkan report polis walaupun akhir nye diorg kata aku sendiri yg kene wat report tue. Tak penah aku dilayan sebegini. Tue yang Kak Lia kata kat aku "Nuar tgk, Kalu kita buat baik kat org, ramai org tolong kita bila kita dalam kesusahan". Mungkin ader betulnya ckp Kak Lia nie. Selama aku berkerja, aku mengelak dari bermusahan dengan sesiapa. Buat ape kita nak ramai musuh, kan elok kita ader ramai kawan.
Alhamdullillah aku bersyukur pada tuhan, walaupun ngan ujian yg diberikan, still diberikan peluang kedua hidup didunia nie plus dianugerahkan kawan2 yg sanggup bersusah demi kengkwan. Tanpa pertolongan aku masa tue, aku tak tau la ape yg akan jadi ngan aku masa tue. Terima kasih kengkawan……

No comments: