Monday, February 13, 2006

Tiga Abdul Yang Patah Kaki



Aku nak citer kan pengalaman seminggu aku diwad. Sepanjang aku dok kat wad nie. Aku tak tau apa nama wad yg aku dok duduk nie. Kalu org tepon aku, aku ckp tah la. Wad empat kut. Walaupun tak lama aku dok kat wad nie, sempat gak la aku kenal ngan 2 org megalami nasib yg sama ngan aku.

Aku dok dibahagian tepi sekali bersebelahan ngan tingkap. Disebelah aku nie ader sorang budak lelaki. Aku dah lupa dah ape nama dia. Sepanjang masa mak dia yg menemani dia kat wad. Lembut aje mak dia. Bersabar aje ngan kerenah anak dia. Kalu nak ikutkan kecederaan budak nie lagi serius dari aku. Patah kaki kiri disebelah peha plus putuh urat di leher. Kesian aku tgk kat budak nie. Dah kurang sikit kewarasan dia. Punca kemalangan, budak nie melanggar pokok pinang di tepi jalan masa dalam perjalanan nak berjumpa kawan dia lepas balik dari kerja di stesen minyak di kota tinggi. Memula masuk kat GH, tiga kali menjalani pembedahan, tapi tah ape kesilapan yg berlaku, pembedahan di kaki yg patah bukan bertambah baik, semakin teruk, tulang kaki dia keluar nanah. Lastly tue yg dia end up disebelah aku kat hospital pakar. Tapi yg membuat makin kesihan, budak nie asyik mengamuk, memaki hamun mak dia didepan org ramai. Kalu aku jadi mak dia for sure malu tak ingatnye. Tapi mak dia masih boleh lagi bersabar. Mak dia explain yg urat kepala dia dah putus satu tue yg menyebabkan dia jadi camtue. Kalu kepala dia tak pape, takkan dia sanggup maki hamun mak dia. Dia maki hamun pun sebab menahan kesakitan. Sepanjang lebih kurang 3 bulan dia kemalangan, dia tak boleh berjalan langsung. Mana tak frust budak nie.

Sorang lagi yg nak aku kenalkan nie lak lain lak perangai dia. Kelakar sikit brother nie. Dia masuk wad lepas sehari aku kat wad.pun sama patah kaki disebelah kiri, tapi lagi teruk la berbanding ngan aku. Brother nie patah tulang peha ngan betis. Tapi membuatkan aku asyik nak tergelak aje ialah manja sangat brother nie. Tak leh nak tahan sakit sikit. Asyik…aduh!!! Aduh!!!. Bila nurse datang nak cuci lupa or buat medical check up (lupa nak bagi tau, nurse kat sini lawa2 siot...hi…hi…). pulak tue yg menjaga dia lak tue bini dia. Tue yg makin dia mengada2 tue (tue kata bini brother nie la). Tapi brother nie sempoi, Friendly pun friendly. Ader aje telatah yg leh buat org ketawa dia buat. Dari sakit terus ilang sakit bila tgk telatah brother nie. Peristiwa yg aku tak leh nak lupa masa the third day aku dok kat wad. Physio dtg suruh aku belajar bergerak. Tergamam aku, baru 3 hari bedah dah nak suruh aku jalan, gila po. Tapi aku manage gak tuk bangun dan jalan 3 langkah. Tue pun dah cukup penat dah bagi aku. Brother tue jaki aje tgk aku dh boleh jalan. Bila tiba giliran dia, beria betul dia. kalah aku dibuatnyer. Jauh gak brother melangkah. Ala brother tue boleh la, tangan tak pape, cam aku nie siku dah retak. Mana la larat nak menampung pakat tongkat. Besok nye tue pun sama, tapi time brother nie lak, makin jauh lak aku tgk di melangkah, terbit lak rasa jelous aku kat brother nie. Bila tgk brother nie okey, Physio tue bagi la kerusi roda kat brother nie buat jenjalan. Suka la brother tue, bini dia dok tolak. Punyer la lama diorg berjalan, sampai kene wat announcement suruh balik ke wad. Kitaorg yg kat dalam wad nie tergelak besar la. Ialah jalan sampai tak geti nak balik. Sampai aje kat wad, abag tue cakap: “nuar, abang dah jalan sampai ke Angsana dah”.aku hanya mampu gelak besar aje la.

Bila brother tue baring, bini dia pun start citer, sepanjang masa dia berjalan bawak brother nie. Nurse2 asyik dok pandang cam pelik, bini dia confuse la. Bila diorg nie dok bertembung ngan nurse yg jaga wad yg kitaorg duduk, nurse tue pun tegur: “jauh u jalan dan kenapa u pakai baju warna pink nie”. (Masa duduk kat wad kan diberikan baju, org lain semua pakai baju warna hijau, brother nie aje pakai warna pink). Brother tue ckp dah nurse bagi pakai warna pink, tue yg dia pakai aje baju tue. Nurse tue pun sound balik: “baju yg u pakai nie untuk perempuan mengandung la, dah naik pegi tukar baju tue”. Tue yg tergelak besar masa bini brother nie citer. Lawak betul la brother nie. Tue la citer ttg brother yg suka buat klaka dalam wad

Kalu citer la keadaan aku masa kat wad. Biasa aje, takde ape yg menarik pun. Aku suka observe org aje but aku suka berborak. For sure teman borak aku 2 kawan baru nie la. Tapi kalu nak tau, walaupun mmg la sakit, tapi depan nurse aku okey. Even masa cuci lupa pun, bebuat gagah beb. Mana leh tunjuk sakit kat depan nurse2 yg lawa nie, malu la ha…..ha…. But satu aje yg aku kalah, aku cukup takut ngan jarum. Aku kalu kene suntik…hish!! Senang citer mmg penakut la. Nak explain pun susah. Pepaham sendiri la.

Tue la serba sikit citer ttg pengalaman aku masa di wad. Ops!! Lupa nak ckp, kenapa aku guna tajuk “3 Abdul Yang Patah Kaki”. 1st of all, kita org duduk sebelah2, 2nd coz kitaorg patah ditempat yg sama and 3rd masing2 ader telatah masaing2.

1 comment:

Anonymous said...

best kan dapat masuk wad? dapat tgh nurse yg cun-cun...