Monday, February 20, 2006

Pekan Rengit Pekan Second Hand….



Malam tue aku tgk la majalah 3 yg citerkan pasal tempat2 menjual barangan terpakai. Baik dari perabot sampai ke pakaian. So pagi besok nyer tue masa nak sarapan pagi, aku citer la kat mak aku. Pasal Pekan Rengit. Mmg camtue ke kawasan dia sentiasa penuh dek org dok beli barang second hand nie.

Abah aku lak pun cakap, “jom siap2 kita gi Pekan Rengit”. Aku ingat abah aku ckp memain2. tgk abah aku pun dah siap2. aku pun dok bersiap la. So pagi tue dalam pukul 11.00 pg off we go to pekan Rengit nie. Tak sangka la abah aku leh ajak ke sana, mmg dah lama dah aku nak pegi tgk sendiri cam ner kawasan tue, ialah selama nie aku dok dengar citer dari org ngan dari abah aje. Pulak tue kuar lak kat Majalah 3 mlm. Akhirnye hajat aku tercapai gak la.

Kitaorg sampai kat Pekan tue dalam pukul 1.30 ptg. Ingatkan best sangat la. Tak la best sangat pun. Tak banyak la barang yg boleh di cari. Tapi for those yg nak cari perabut umah cam katil atau almari boleh la kesana. Mmg banyak yg cantik la. Kebanyakkan org sini banyak menjual barang2 perabot ngan peralatan elektrik. Mesin basuh ngan peti sejuk mmg banyak la dijual kat sini. Mak aku ckp kat aku yg kalu dulu mmg banyak barang2 dijual kat sini. Bermcm2 jenis. Tapi sekarang nie kurang, dah tak sehebat dulu. Kawasan sekitar jgn ckp la. Kotor dan berbau busuk. Panas jgn citer la. Ialah kawasan nie letak dia di persisiran pantai. So tak mustahil la panas, tapi tak dinafikan la ramai org dating beli barang kat sini. Mungkin disebabkan malam tue Majalah 3 dok citer pasal kewujudan Pekan nie. Tue yg ramai org datang besok nyer dan org yg dtg pun daripada pelbagai golongan gak la. Cam ader sebuah keluarga ni dtang dari kemaman borong set bilik tido. Dapat murah lak tue.

Hasil yg kitaorg dapat masa pegi hanya la sebuah cerek elektrik. Tue pun dah pecah sikit chock cerek tue, sambil tue org yg menjual cerek tue bagi la percuma jug air. Puas gak aku berjalan kut2 ader barang yg boleh beli. Tapi hampa, balik ngan tangan kosong gak akhirnya.

Tapi perjalanan kitaorg satu family tak berakhir disitu, abah tanyer kemana arah tuju kita lepas nie. Alang2 dah kuar sampai ke rengit takkan nak terus balik. Kebetulan 2 minggu lepas adik aku ader Exam PTD kat Melaka. Aku ader gak mention kat mak aku yg aku nak follow sekali coz ingat balik dari exam tue boleh la singgah ke Umbai makan ikan bakar (lama beb tak pegi umbai nie).tapi last minute abah aku tak jadi nak pegi umbai coz penat. So end up aku kene tinggal sensorg kat umah. So mak aku pun suggest ari nie alang dah jalan nie, kita ke umbai aje la makan ikan baker. Adik aku dah suka sangat la dan aku ok aje. Lagipun kalu balik pun bukan leh buat ape pun. So off we go from Rengit to Umbai pekene ikan baker. Tapi sebelum gi tue singgah la Bakri jap, adik aku yg paling bongsu blaja kat MRSM Muar. Tue pun naik sesat barat.tapi nasib baik jumpa gak la jalan pegi ke MRSM. Then lepas jumpa tue baru kitaorg bertolak dari Muar ke Umbai.

For those yg tak penah ke Umbai nie or tak tau ape tue Umbai so aku bagi tau la ape yg best nyer kat Umbai nie. Umbai nie la tempat kalu nak makan ikan bakar. Umbai nie letak nye kat Melaka. Kalu daripada Johor jalan terdekat hendak ke Umbai nie melalui Muar la. Walaupun sepanjang perjalanan dari Muar ke Umbai nie banyak la medan ikan baker lain seperti Medan ikan Bakar Sekam dan lain2nya. But for me Umbai la yg paling famous. Sebut aje umbai, org tau dah. Murah pun murah kalu nak makan seafood kat sini. Kat sini kita leh pilih dari pelbagai jenis makanan laut yg ader. Dan makanan laut disini boleh dimasak ngan pelbagai cara la. Dari dibakar hingga dikukus. Kalu aku ke umbai nie biasa pekene ikan siakap masak sweet sour, sotong dan pari dibakar, udang di masak dengan mentega plus kupang masak berlada. Tapi yg paling terangkat sekali udang masak mentega. Seriously, mmg best. Dan biasa kalu ke umbai nie gerai yg 1st sekali menjadi tempat persinggahan. Nak best pegi Umbai nie masa matahari nak tenggelam, so cantik la view dia. Sambil pekene ikan bakar yg dah tentu lazat, sedap lak mata memandang pemandangan yg indah kat situ.

So dlm masa sehari aje aku ngan family dapat berjalan dari Pekan Rengit di Johor sampai ke Umbai Melaka. Semuanya disebabkan Majalah 3, lagipun kitaorg satu family dah lama tak jalan jejauh cam nie. So ape salah nya melancong bersama keluarga. Betul tak.

No comments: