Friday, September 22, 2006

Selamat Datang Bulan Ramadhan



..........

Do'a Malaikat Jibril :
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: "


Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;


Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullahpun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah
"Selamat Berpuasa kepada semua"...


Wassalam

Selamat Pagi Johor Bahru



gambar nie aku ambik kat balkoni umah member aku. mlm tadi aku dok kuar ngan member aku nie. ialah nak menyambut posa nie, tue yg aku ajak dia mkn kat luar...makan best2 sikit la. then mlm tadi dia invite la stay kat umah dia. aku pun ok aje. lagi pun best gak....bukan selalu dapat lepak kat tempat yg dekat nga opis nie. leh la bangun lewat sikit.....ha...ha..... ialah selalu kene kuar awal kan. ingat kan nak tulis awal sikit tadi. nak ucap selamat pagi la konon nya. tah camner ari nie Org BPR dtg wat talk. so tue yg lewat sikit. anyway "Selamat Pagi Malaysia".... ari nie aku balik kampung.....sambut posa kat kampung yahoooooooooo.....bye2 Johor Bahru.....

Thursday, September 21, 2006

Citer Pasal Hati






Andainya kamu berkenalan
Jangan Katakan
"Ah...Siapa Juga Kamu"
Tapi...Katakanlah
"Aku senang dengan perkenalan ini"
Pasti kenalan akan bertukar menjadi kawan

Andai kamu sedang berkawan
Jangan katakan
"Ah.... Aku punya ramai kawan"
Tapi... Katakanlah
"Kamu adalah special berbanding dengan yang lain"
Pasti kawan akan bertukar menjadi cinta

Andai kamu sedang bercinta
Jangan katakan
"Ah...Aku masih boleh mencari cinta yang lain"
Tapi Katakanlah
"Kamu adalah segalanya dalam hidupku"
Pasti cinta bertapak kuat dalam hatimu

Andai kamu pernah bercinta
Jangan katakan
"Ah... Kamu cuma orang kedua dalam hidup ku"
Tapi katakanlah
"Kamu terbaik dalam hidupku"
Pasti tidak wujud rasa cemburu

Andai perkenalan bertukar menjadi kawan
Andai kawan bertukar menjadi cinta
Andai cinta tiada cemburu
Maka akan wujud Keikhlasan
Kejujuran
Keyakinan
Kepercayaan
Ketelusan
Kesetiaan
Yang akhirnya menjadi satu...................................:)

**kalu nak tau nie la keje kalu org tgh bosan teramat sgt...

Anda tersenyum hari nie

Anda tersenyum hari nie, em mulakan hari anda dengan sebuah senyuman yang mesra bukan mengoda ya . Senyum itu indah bukan, adakala dengan senyum hati jadi tenang je.Setiap orang punya cara senyumannya yang tersendiri. Ada yang suka tersenyum lebar dan sebaliknya. Senyuman mengandungi seribu rahsia.... antaranya senyum macam nie

Orang yg suka tersenyum lebar dikatakan seorang yang suka berterus terang dan bercakap jujur

Tersenyum dgn bibir yang tertutup dikatakan seorang yang kuat menyimpan rahsia dirinya. Org yang memiliki senyuman ini memerlukan masa yang lama sebelum mempercayai orang lain.

Jenis org yang suka tersenyum dengan bibir separuh terbuka pula dikatakan mempunyai sikap yang baik. Dia juga seorang yang pandai bersosial tetapi ada batasannya

Org yg suka tersenyum dgn hanya sebelah bibirnya terjungkit keatas. Dikatakan dengan hanya senyuman itu, dia mampu menarik perhatian orang lain yang menganggap ada rahsia disebalik senyuman yang terpamer itu


Senyuman menjadi rutin harian dalam jiwa aku nie, walaupun berhadapn dgn PC atau Travelmate pun aku tersenyum sendiri heheh kalau kat ofis nie selalu je kena tegur senyum sorang-sorang depan PC heheh. Pasti anda semua teringat atau pernah dengan sebuah lagu iklan yang popular suatu ketika dulu. Lagu nie dah menjadi lagu favourite aku @ lagu tema hehe..

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum
Ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu... amatlah berharga

Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman
Terjalinlah... ikatan...