Wednesday, December 20, 2006

Banjir Di Segamat


di tengah2 bandar segamat




kerugian yg di anggarkan RM1juta kat sebuah pasaraya di segamat



Banjir kat kampung aku



Seorg Perkerja membersihkan peralatan pejabat Di BankRakyat Segamat




mangsa banjir di pindahkan mengunakan lori. ihsan pemandu


takpernah segamat kene banjir seteruk nie. niela 1st time aku rasa banjir sehebat nie. dulu2 pun takla seteruk nie. aku takde masa banjir besar nie berlaku kat segamat. so pic2 yg ader adalah gambar2 yg diambil dari surat khabar dan email yg aku terima. credit to my pren ngan tukang ambik gambar nie.

Tuesday, December 19, 2006

"Banjir Luar Biasa"




itu la headline kat surat khabar metro hari nie. as for me frankly speaking nie 1st time aku tgk banjir yg seteruk nie. mmg menguji iman betul la semlm. aku boleh ckp pasal aku pun mengalaminya sendiri. even though tak la teruk sgt camner yg org lain alami pasal aku naik moto aje.

semlm aku kuar dari ofis agak lambat dari biasa. pasal member aku leh kene tahan lak ngan boss besar la pulak. ngan aku2 sekali la terjebak balik lambat. dah la kat luar hujan opis semlm hujan lebat. dekat kul 6.30 ptg gak la baru kitaorg dapat kuar dan kalu ikut dari planning, ingat nak "The Zone". tapi memandangkan hujan mmg tak ingatnyer lebat. so terpaksa la postpone, takkan nak pegi shopping mall ngan baju hujan plus ngan basah lecun kan.

Si Amran nie ajak aku gi umah pakcik dia ambik moto kat Taman Daya. dekat la sangat umah pakcik dia tue. tapi aku layankan aje semlm ngan dia. so off we go meredah ujan yg mmg terlalu lebat sampaikan jalan pun tak berapa nampak dan aku still cam biasa la mengambil langkah berhati-hati ialah takut kejadian lama berulang kembali.

mmg jem teruk betul semlm kat jalan yg aku lalu semlm iaitu highway tebrau. aku ingat kan maybe disebabkan ujan nie, so kenderaan bergerak perlahan la or di sebbkan ader kemalangan ke. ghuper nyer jalan kat Pasar Borong Pandan naik air. jalan dari 2 lane jadi 1 ialah pasal sebelah jalan dah dinaiki air. dan tak kurang ajar lakkan org yg bawak kete semlm kan. main suka hati diorg aje masuk lane memana tak menghiraukan org yg datang dari belakang nie. kalu kemalangan karang sapa yg susah aku atau org yg senasib ngan aku gak la nanti (kami penunggang motosikal). ialah walaupun diorg2 nie semua stuck lama kat atas jalan compare ngan kitaorg pembawa motosikal nie. tapi diorng2 nie ader bumbung yg melindungi mereka dari hujan nie. abis kitaorg nie. berbumbungkan langit. so jgn citer la betapa kuyuknyer kitaorg nie. kira fair n' squre arrr. so kesimpulannya pada yg bawak kete. berhemah la sikit tatkala membawa kete ye. org lain pun nak balik cepat gak.

berbalik pada citer banjir nie. aku kesian gak la tgk org yg stuck kat highway nie. dan pada aku yg paling teruk kat highway Pasir Gudang. leh nampak la banyak kete yg tersadai kat tepi2 jalan pasal rosak. dan moto2 lak tak banyak la yg sangkut masa redah air banjir yang melimpang kat sampai ke jalan besar. dan yg paling kesian. ader tue aku tgk ramai yg terpaksa berjalan kaki ialah pasal bas yg diorg naik tak lepas.

dan yg paling2 kesian sekali member aku mlm tadi. dah nak sampai umah dah. halang ter akhir yg kitaorg terpaksa tempuh ialah limpahan air yg agak deras gak la tapi masih leh lalu la. aku lepas tapi member aku lak tak lepas. dah moto dia sangkut tak leh start. so terpaksa la aku tunda moto dia sampai umah aku. tak ringan lak moto dia. rasa nak putus urat kentut aku mlm tadi. but we manage tuk sampai umah. tapi sampai pun dah lewat mlm. dekat pukul 11.00 mlm gak baru sampai. aku sempat tgk berita mlm tadi. johor la yg paling teruk. dan yg kawasan yg paling teruk dilanda banjir ialah kampung aku "Segamat".Pergghh!!!!

Friday, December 01, 2006

"DECEMBER" MONTHS OF BAD MEMORY

bulan 12, aku cukup takut nak menempuh bulan 12 nie. pasal masa bulan 12 nie buat aku terkenang kenangan pahit aku. dan pada bulan 12 la aku terasa gerun setiap kali aku nak melangkahkan kaki kuar dari umah. on 1st of December la iaitu pada hari ini jumaat. genap setahun aku baik dari kemalangan. dan pada tarikh nie la, sebatang besi dok tertanam kat dlm peha kiri aku. pagi tadi nak pegi keje, aku kuar agak awal dari biasa. ialah perasaan takut dan fobia still menebal. so ngan kuar awal nie harap2 tak la banyak sgt kete plus relax sikit bwk moto tue.

dan dlm bulan 12 nie gak ramai org mengakhiri zaman bujang diorg. termasuk la kengkawan aku.bulan nie aje aku terima 6 ke 7 jemputan. dan boleh dikatakan jejauh gak la jemputan yg aku terima. Tapi this month aku dah berjanji ngan member baik a.k.a bloodsucker aku "azli". ialah aku dah janji nak jadi best man dia, so by hook or by crook aku kene apply cuti siap2. coz agak lama gak cuti yg aku apply. on the 2nd week aku cuti dlm seminggu coz nak meng follow dia ke kedah. and on the 3rd week aku apply just for 2 days coz majlis dia kat segamat lak. baju untuk dipakai masa majlis dah pun aku beli as order by him, i should wear "Baju Melayu kaler Coklat" cuma hadiah kawin aje aku lum beli. coz still blur nak belikan ape.

so citer pasal wedding ceremony nie akan aku citer kan nanti for both at kedah ngan segamat la. so cuti nie bukan saja aku plus especially for his wedding day but also as my holiday as well la. bila lagi aku nak bercuti panjang kalu tak sekarang.