Monday, December 31, 2007

Happy New Year

ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes
Happy New Year Graphic Comments


Ucapan Selamat Tahun Baru buat semua umat yang ader kat muka bumi nie plus makhluk2 asing yang kat luar sana. Semoga Tahun baru nie lebih baik dari tahun yang sudah.

Sunday, December 30, 2007

Ambik Kesempatan


Aku cukup menyampah ngan orang yang suka ambik kesempatan. Mmg cukup2 cukup la menyampah. Bak kata pepatah "Orang dah bagi peha, nak betis plak". cukup menyiram betul ngan org dalam golongan nie.

kita nie tolong orang pasal kita nie ikhlas nak bantu dan pasal kita kenal dia. he'eh dia leh la plak pukul canang kat kengkawan dia atau sedara mara dia yang kita lak boleh tolong diorg plak. wah2 nie sudah cukup melampau, kalau sekali sekala takpe la. Tapi kalau dah asyik dok orang yang sama dok rekomen kengkawan atau sedara mara dia kat kita nie ape citer.

Tue yang bila orang tanyer aku keje kat mana, aku cukup malas nak cakap aku keje kat mana. paling kuat aku menipu la. pepandai la aku kelentong. dah macam terpaksa menipu kat orang la plak. tapi kalau aku tak buat camnie. mula la orang ambik kesempatan. hish....

Friday, December 28, 2007

Jiwang Karat Sekejap.


Satu cerita yang menarik yang aku jumpa masa aku dok menjengah blog2 orang. Disebabkan iyanya menarik sok aku post kat sini.

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cinta mu, jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorg yg tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi kembalikan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur. Jgn ambil kesempatan & jgnlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu. Setiap hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahagiaan yg serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi, tiada siapa yg harus dipersalahkan...relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yg berlaku ada maksud yg t'sembunyi & kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu...



Cari gak lagu yang sesuai ngan tema hari nie. kali cari tak jumpa la plak. so rasa2 lagu nie pun kira sesuai gak la....


Thursday, December 27, 2007

Mari Menonton

Bulan nie gasak betul aku dok tengok wayang. Kalau tak tengok sensorang, aku pegi la ngan member2 aku. Kebiasaannya aku pegi ngan member la tapi kalau dah terdesak sangat, takde sapa nak follow. Aku pegi ajer tengok sensorang, malas nak tunggu orang lain.

bebaru nie aku berkesempatan tuk menonton National Treasure 2 "Book Of Secrets" plus Alien Vs Predator 2. Actually National Treasure is not in my "must see" list. Aku ingat nak Beli CD aje nanti, tapi disebabkan kengkawan aku nie baik hati sangat jemput aku kat umah juz pasal nak ajak aku tengok wayang. so aku ikutkan aje la diorang nie, ghupernyer nak dipendekkan citer. Diorang nak tengok citer I Am Legend yang dah pun aku tengok. So terpaksa la aku tengok citer lain, so My option is "National Treasure" la.



Anyway bout this movie, aku rasa la citer yang first lebih menarik dari yang 2nd nie. kalu dilihat the 1st movie lebih banyak aksi compare to the 2nd movie which more humor than action. dari digembar gumburkan di akhbar, diceritakan this movie akan melibatkan Abigail the main actor akan lebih expose la meaning keluar dari US untuk mencari clue2. Tapi alahai, bukanya lama sangat pun. juz check2 clue sikit ader action2 then tah....cam kurang menarik aje aku tgk. But in term humor itu aje la yang membuatkan aku tuk terus menonton filem nie. So rating aku nak bagi tuk movie nie. mmmmm 3 of 5 la....



Ok the Second movie is in My "Must See" List. yang nie mmg aku dok tunggu, coz biasa la aku kalau citer Sains Fiksyen Movie, angkasa2 plus Robot2 nie mmg cukup minat. Dari mula tengok citer sampai habis, asyik dok terkejut2 aje. huhuhu...mmg dahsyat, aku tak dapat bayangkan kalu dunia kita nie betul2 jadi camtue. tah camner gayanyer la agaknye. yang aku respect mak pect abis dalam citer nie Predator nie datang sorang aje beb nak kasi bunuh semua Alien yang do terlepas masa kapal angkasa predator nie jatuh balik kat bumi. Gila otai. dalam movie nie gak kita dapat scene2 yang dia remake balik mengikut acuan citer yang terdahulu. Sebagai contoh scene masa predator tue duduk kat atas pokok nak ubat kan diri dia pasal cedera, scene masa predator tue bukak helmet dia plus scene predator buat tembakan rambang masa kat loji Janakuasa. Seriuly sebijik cam the original movie. So my rating for this movie 4.5/5 la. senang citer korang mmg kene la pegi tgk movie nie. rugi2 tak tengok.

Saturday, December 22, 2007

Joy....

“Jahat la ko nie…aku x abes sengih nie… cam klako la… buang duit ko je…anyway, Tq so much yek…” pesanan ringkas yang aku terima dari seorang rakan aku….

Hahaha…. Tergelak besar aku bila aku terima SMS dari dia. Anyway aku dah berjaya membuat seseorang tersenyum minggu nie. Aku dah ckp kat dia aku nak kasi dia ceria sikit plus kasi senyum dia lasting sikit. Dan aku telah pun menunaikan janji aku. Ape yang telah aku wat…. Hahaha biarlah ia menjadi rahsia antara aku dengan dia, kalu aku citer kat sini nanti bikin satu kontrovesi nanti

Anyway aku rasa cukup gembira bila aku dapat membuat sesorang itu gembira. At least walaupun kita sendiri pun tak gembira tapi bila kita sendiri dapat mengembirakan seseorang. Kita akan sendiri akan merasa gembira.

aku pun bukan sentiasa ceria atau gembira 24/7. Mungkin dari segi zahir org tengok aku nie happy aje. But deep inside hanya aku dan tuhan aje yang tahu. Sebagai contoh kawan aku nie merasakan dirinya bagaikan tidak dihargai. Aku paham situasi yang dialaminya, so ape yang aku boleh buat, aku cuba membuat sesuatu agar dia rasa bahawa masih ader yang menghargainya. Alhamdulillah….. success!!!

Aku bukan mengharapkan sebarang balasan dan bukan mengharapkan diri ini dihargai dikala aku cuba membantu seseoarang. Cukup la aku melihat sebuah senyuman terpancar dari mereka yang pernah aku tolong. Itu sudah cukup bagi aku. Prinsip aku Cuma satu, jika kita membuat seseoarng itu gembira atau bahagia, mungkin satu hari nanti bila kita ditimpa kesusahan. Ader orang yang menghulurkan tangan membantu kita….just my to cent.

Thursday, December 20, 2007

Di Pagi Raya

Kawan aku : “ko blk kg tak?”

Aku : “tak, cian aku mak bapak jauh”

Kawan aku : “ Kah kah kah! Lu ktner?”

Aku : “kat umah la, mana lagi. Tengah masak maggi”

Kawan aku : “Sianya!, hehe. Kang kuar? Aku kat umah gak nie. Ujan lebat siol, sana ujan tak?

Aku : “ujan gak nie, tue yang aku tak dapat kuar umah. Ape plan?”

Kawan aku : “Bebudak nk tgk I am Legend”

Aku : “Aku dah tgk la”

Kawan aku : “ Tu laaa! Sapa soh pi tgk dulu. Abis ko nak kuar tak?”

Aku : “yelah aku ikut korang, karang korang tgk la citer tu aku tgk la citer lain”

Kawan aku : ok chaw….



Soit aje gelak kan aku pepagi raya nie.Boleh la gelakkan aku, pasal dia masih dok ngan mak abah dia. Lain la aku duduk merantau. Nak balik kampung tak boleh, boss tak kasi sambung cuti. So terpaksa la aku dok terperuk kat umah sensorang hari raya nie. Nasib baik ader kawan yang prihatin. Takde la aku duduk sensorang ari nie. hehehehe

Saturday, December 15, 2007

I AM LEGEND



Wah…cerita ni memang best. Korang takkan rasa rugi la membayar tiket wayang bila menonton citer nie. Jalan cerita yang menarik dengan pelbagai aksi yang best dari Will Smith menyebabkan aku teruja untuk mengetahui babak-babak yang akan berlaku seterusnya. Will Smith Berjaya membawa watak nie dengan baik dalam filem nie.




Citer nie mengisahkan Robert Neville (lakonan Will Smith) seorang saintis yang cuba untuk menyembuhkan penyakit yang melanda dunia. Penyakit yang disangka dapat menyembuhkan kanser telah menyebabkan manusia menjadi zombie dan hanya segelintir sahaja manusia yang masih lagi hidup, itupun menjadi mangsa zombie-zombie ini kerana zombie2 ini hanya dapat hidup dengan memakan manusia.


Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang cerita ni. Dan setiap perkara yang berlaku tu memang best. Tak bosan korang menengoknye. Antara part yang menarik bila Neville memburu rusa dengan Kereta Ford Mustang. Selama nie kita tengok orang memburu guna kuda atau berlari. Kali nie guna Ford Mustang tue. huhuhu Dan yang bestnye, ada diselitkan jugak part-part lawak yang dibuat oleh Will Smith sendiri. Terutama masa dia tengok cerita Shrek. Ha3. walaupun Will Smith tak pun membuat mimic muka just a simple act. Memang kelakar, satu panggung ketawa. Dan ada jugak part sedih plak. Bila anjing yang selama ini menemaninya mati bila anjingnya itu cuba untuk menyelamatkan darinya. Plus kalu korang tak pernah tgk Will Smith Menitiskan airmata, dalam filem nie la korang boleh tengok Will Smith Menitiskan airmata semasa hendak berpisah dengan keluarganya.


Dah habis tengok, baru la aku tahu kenapa cerita ni dinamakan sebagai I Am Legend. Nanti korang tengok, korang akan tahu. Memang tak rugi korang keluarkan sedikit duit dan masa untuk tengok cerita ni.


Cite ni memang best dan memang wajib ditonton. Kalau korang dalam dilema dan tak tahu nak tengok cite ape. Aku cadangkan korang tengok cerita ni. Pakej lengkap Castway + Resident Evil.2 thumb up for this movie. kamera-man die tak reti nak shoot gambar. Banyak gambar yang bergoyang-goyang sebab kamera-man tu nak follow Will Smith bergerak. Dush!. Cam Amazing Race la plak. Plus Filem2 lakonan Will Smith mmg best and this Film is among them.

Wednesday, December 12, 2007

Gokusen





Jika korang cari satu drama yang bisa buat korang ketawa tak ingatnyer dan drama yang menceritakkan tentang nilai sebuah persahabatan. Maka Gokusen adalah jdorama yang aku rekomen untuk korang tgk.

Drama nie mengisahkan seorang guru muda yang berwawsan tinggi yang masuk ke Sekolah Shirokin Gakuen. Tapi yang guru tak tahu ialah dia akan mengajar sebuah kelas yang mempunyai anak murid paling nakal sekali kat sekolah tu. Pelajarnyer yang mempunyai kaler rambut yang pelbagai warna, pakai baju selekeh kesekolah dan paling teruk sekali tak hormat langsung kat dia. Pelbagai cara yang digunakan oleh pelajar kat kelas nie untuk membuatkan cikgu nie berhenti mengajar kat sekolah nie. Tetapi guru ini tetap kuat semangat dan tetap cuba nak mendisplinkan anak murid dia nie.

Tetapi ape yang anak murid dia atau seluruh sekolah tak tahu ialah Yamaguchi Kumiko merupakan waris generasi ke-4 Ooedo Group, iaitu kongsi gelap Yakuza paling terkemuka. Walaupun keluarga dia mahukan dia mewarisi pertubuhan ini, tetapi kelurganya terpaksa menerima hakikat yang dia lebih suka menjadi seorang guru daripada mengetuai pertubuhan tersebut.

Akhirnya, anak murid dia dapat menerima kehadiran dia kerana semangat dia yang kuat untuk memahami hati anak murid dia dan mengelarkan dia “Yankumi”.

Aku dah lama tak beli jdorama nie. Seriusly asyik dok tergelak aje bila tgk citer nie. Hehehe…nanti nak beli sambungan dia la.

Monday, December 10, 2007

Ngeri Tak Ngeri Sgt la....

Ari Pergi keje Dalam Keadaan ngatuk. Aku cukup takut bila pegi keje dalam keadaan camnie, coz aku tak boleh nak beri tumpuan bila bawak motor. Tapi nak buat camner, terpaksa gak la pergi kerja. Kalau nak diikutkan hati, nak ajer aku balik sambung tido.

kerja.... bila tiba hari isnin pepaham aje la, mana ader datang mood. "Monday Blues" la katakan. eventhough i'm wearing my New Pink Sleeve (hehehe..juz nak bagi la.) coz saje nak nampak ceria sikit, but still ngantuk...ngantuk dan ngatuk. nie semua pasal aku tak boleh nak tido malam tadi. jap pusing sana, jap pusing sini. Nasib baik la ari nie buat keje berat sikit, ilang la sikit rasa ngatuk tue.

anyway ttg tajuk aku tue. "Ngeri Tak Ngeri Sangat la", sepanjang aku keje kat tempat yg aku keje la nie. Nie la 1st time aku dok tersangkut dalam lif dan nasib baik la bukan aku sorang aje dlm lif tue. dekat setengah aku berdua ngan opismate aku dok tersangkut dlm lif, ape la malang nasib aku ari nie. Tapi pape pun kerja aku settle ari nie....

Sunday, December 09, 2007

Western Everybody


Why i like weekend. Coz on the weekend me and my house buddy can cook. Tengok la ape yang dok tergerak dan ape yang kitaorang rasa nak makan and on this weekend we choose to eat Western. My Fav dishes since it's not to hard to cook. ( I'll try my best to write in English today since it been a long time i'm not writing in english).

Anway Our Dinner Consist of Cheese Bread with Chicken Cream soup as an appetizer. I use delifrance french bread on not juz any other bread. I love delifrance coz their bread is much softer than other bread in the market...tergeliat otak aku nak pikir ayat... aku potong kecik roti tue, then aku bubuh la Cheddar Chesse kat atas dia dan bakar. Fuh...fuh... harum bau cheese nie.

Main course kitaorg lak Chicken Chop serve with French fries, Fruit Salad n' Baked Bean and all this dishes is homemade, bukan beli bungkus bawak balik umah ek. masak sendiri tue. and finally the finishing touch "Premier Salute Red Grape Sparkling" since kita tak leh nak pekene Red Wine dapat Red Sparkling pun tak pe la.

Then Dok depan Tv layan lak Movie. Movie kitaorg pick lak malam nie "No Reservation"...layan mmg layan... Kenyang perut kitorang malan nie.

Saturday, December 08, 2007

The Golden Compass


Puas gak aku dok pujuk Ebet tgk wayang mlm td. ialah semua nie sebab Ajie tak jadi nak follow sekali pasal esok dia keje. Akhirnya termakan pujuk gak mamat nie. kalu diikutkan plan mlm nie nak tgk citer "Hitman" but tayangan dah abis la plak. So our second choice would be "The Golden Compass".





Sinopsis The Golden Compass:Berdasarkan sebuah novel fantasi oleh Philip Pullman mengisahkan satu pengembaraan menakjubkan yang penuh khayalan dan keajaiban. The Golden Compass mengisahkan sebuah dunia yang membentuk satu metafor di mana semangat manusia di jelmakan melalui binatang-binatang yang boleh berkata-kata, di mana terdapat beruang yang saling berperang dan juga wujudnya Gyptians. Kisah ini bermula apabila Lyra (lakonan Dakota Blue Richards), seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang meminta pertolongan daripada Marisa Coulter (lakonan Nicole Kidman),apabila kawan karibnya diculik oleh sebuah pertubuhan rahsia dikenali sebagai Goblers tetapi dikhianati oleh Marisa yang mempunyai agenda lain untuknya. Dalam menyelamatkan kawan karibnya itu, Lyra sebenarnya, dia terpaksa menyelamat dunia dari anasir-anasir jahat.


memula aku assume juz abis camtue aje. coz aku pun tak penah nak review kat internet or mag sebelum menonton filem nie. but bila in the end of movie baru aku tahu filem nie ade sequel nyer. Seperti yang diceritakan dalam sinopsis diatas, this is a fantasy movie based on fatansy novel. So bila diolah menjadi sebuah filem, ia membuatkan kita berfikir seolah2 wujudnya dunia seperti itu. the graphic in the movie...wow amazing absolutly amazing. binatang yang boleh berubah-ubah, plus kenderaan2 yang digunakan di dunia itu pun di cipta dengan begitu halus dan baik sekali. Pelakon yang membintangi filem nie pun tak kurang hebat, Nicole Kidman, Daniel Craig, Eva Green plus tidak lupa Dakota Blue Richards). kalau korang tanyer aku best ke tak citer. aku berani kata citer nie best dan berbaloi unutk di tonton.

Tuesday, December 04, 2007

My Dream....


Bulan nie aku cukup sibuk. sibuk mencari Kenderaan tak beratap baru buat diriku. lama tue aku dok memasang hajat tuk mendapatkan motor baru. cukup lama, selama nie aku pendam atau simpan aje dalam hati. itupun disebabkan mak tak kasi aku jual motor lama aku. katanya Abah tak nak jual pasal motor tue ader kenangan nyer.


aku tak nafikan aku pun rasa berat aje nak jual motor yg aku guna sekarang nie. motor nie la yg mak atau abah guna masa ambik aku setiap kali balik dari sekolah. bila aku masuk U, motor nie gak la yg aku guna untuk berulang alik dari umah ke U. nie la motor yg aku guna bila aku pergi ketempat pertama kali aku berkerja dan hingga ke hari nie, motor nie masih setia dengan ku. membawa aku ketempat kerja.


sekarang nie, setiap kali hujan. Motor nie acapkali membuat hal, lampu nye asyik rosak. Motor nie pun sudah hilang kuasanya. Mungkin disebabkan Faktor Usianya dan juga Tuan nyer yg semakin berat (hahahaha).


setelah puas aku dok tinjau2 kedai mana yg boleh aku tred in motor lama aku nie ngan motor baru kan. akhirnya aku pun dah jumpa kedai yg agak berbaloi. itupun setelah puas aku dok pusing2 satu johor bahru nie. nak suruh aku tinjau2 sampai ke Taman U, huhuhu takpe la. Penat badan aku. aku rasa mana2 pun sama saje harganya. Mak pun dah setuju ngan pilihanku. lepas nie hanya tunggu aku buat proses pinjaman plus tunggu org tua ku datang la. keranna pemilik motor lama ku nie bukan aku, tapi abah aku.hehehe

Monday, December 03, 2007

2 hari Di kampung.

Seronok dapat balik kampung. dapat berehat kat umah, dapat merasa masakan mak, dapat menghirup udara nyaman plus yang paling penting dapat melegakan kepala yg mmg dah pening tengah pening nie.


Rasa tenang aje bila kat kampung. hilang segala penat, segala bosan, segala kekusutan dan segala-gala unsur yg berlawanan dengan jiwa. tiada lagi kedengaran bunyi bising, suasana yang hingar bingar. Perasaan gembira saja yg muncul dikala aku duduk berbual disamping mak, abah dan adik2 aku di meja makan. Tiada lagi kedengaran suara2 sumbang seperti dipejabat. lega betul aku rasa bila dapat balik ke kampung.

Rindu betul aku ngan suasana dikampung, rindukan kicuan burung, hembusan angin pagi yg dingin dikala aku bangun pada waktu pagi. aku rindukan teguran mak dan rindukan panggilan bila nama ku dipanggil abah. bila la aku dapat balik kampung lagi lepas nie. mmmmmm

Sunday, December 02, 2007

Tanah Kita.


"Nie la estet kecil kita, kat estet nie la nanti abah nak tanam Kelapa Sawit." tue la kata2 abah kat aku masa kitaorg pergi melawat estet kecil abah nie. Aku kagum ngan semangat abah, semangat abah tuk mempertahan hak tanah nie. setelah bertahun abah duk turun naik pejabat sini, pejabat sana, jumpa org sini jumpa org sana. akhirnya abah dapat hak tanah nie.

mungkin sekarang nie hanya nampak semak samun dan nampak terbiar. Tapi abah dah bertekad tak nak biarkan sahaja tanah nie terbiar. walaupun ader yang sanggup nak beli tanah abah dengan harga yang mahal. Namun abah tak berganjak dari rancangan dia tue membangunkan tanah nie. "Nie Rezeki anak-anak abah nanti, dan nie la yang abah boleh tinggalkan untuk anak2 abah dan cucu2 abah nanti".

sekali lagi aku kagum ngan semangat abah. aku harap semoga abah akan berjaya dan aku sentiasa menyongkong abah hingga ke akhirnya.



Wednesday, November 28, 2007

Spice Girls - Now Return (2007)


dulu masa sekolah cukup minat kat spice gurl nie. hehehe siap tampal poster kat bilik. setelah lama tak bersama spice gurl telah wat comeback tahun nie. So lahir la album Spice Girls - Now Return (2007). still funky as before.



Artist: Spice Girls
Album: Now Return - 2007

Genre: Pop


Track Listings:

01. Bumper To Bumper
02. Take Me Home (2)
03. One Of These Girls
04. Baby Come Round
05. Space Invader
06. Outer Space Girls
07. Walk Of Life
08. Aint No Stopping Us Now
09. Step To Me
10. Christmas Wrapping
11. Sleigh Ride
12. Sisiters Are Doin' It(Live at Wembley)
13. We Are Family(Live at Wembley)
14. Something Kinda Funny(Live)
15. Mama (Live)
16. Love Thing(Live)
17. Who Do You Think You Are(Live)
18. Say You'll Be There(Live)
19. 2 become 1(Spanish Version)

Maroon 5 - It Won't Be Soon Before Long (2007)



It Won’t B Soon Before Long. Album kedua Maroon 5 selepas Songs About Jane . Maroon 5 ambik masa yg agak lama tue tuk muncul kepada album kedua. Makan lima tahun tue. 429,484, itu adalah angka bagi berapa jumlah copy album ini terjual pada minggu pertama album nie keluar. Aku mmg dah lama minat kat band nie. And for me album kali nie pun tak kurang menarik. Lagu2 dia semua best2.

Track listing:

• "If I Never See Your Face Again"– 3:21
• "Makes Me Wonder" – 3:31
• "Little of Your Time" – 2:17
• "Wake Up Call" – 3:21
• "Won't Go Home Without You" – 3:51
• "Nothing Lasts Forever" – 3:07
• "Can't Stop" – 2:32
• "Goodnight Goodnight" – 4:03
• "Not Falling Apart" – 4:03
• "Kiwi" – 3:34
• "Better That We Break" – 3:06
• "Back at Your Door" – 3:47

Monday, November 19, 2007

Let Cruising...



Cruisin'

Baby let's cruise, away from here
Don't be confused, the way is clear
& if you want it you got it forever
This is not a one night stand, baby, yeah so

Let the music take your mind, ooh
Just release & you will find
You're gonna fly away
Glad you're goin' my way
I love it when we're cruisin' together
The music is played for love,
Cruisin' is made for love
I love it when we're cruisin' together

Baby tonight belongs to us
Everything's right, do what you must
& inch by inch we get closer & closer
To every little part of each other ooh baby, yeah So

Let the music take your mind
Just release & you will find
You're gonna fly away
Glad you're going my way
I love it when we're cruisin' together
The music is played for love,
Cruisin' is made for love
I love it when we're cruisin' together

Cruise with me baby
Cruise

Baby let's cruise
Let's flow, let's glide
Ooooh let's open up, & go inside
& if you want it you got it forever
I can just stay there inside you
& love you baby,

Let the music, take your mind
Just release & you will find
You're gonna fly (away)
Yeah, I'm glad you're going my way
I love it, when we're cruisin together
The music is played for love,
Cruisin' is made for (love)
I love it, I love it, I love it
You're gonna fly away
Yeah, glad you're going my way
I love it when we're cruisin' together
(The music is played for love)
It's love music
(Cruisin' is made for love)
...& fade

lama aku dok cari2 lagu nie. best2 lagu nie. lepas nie nak cari movie dia lak..."Duets"

Cerita tentang CINTA...

Cinta...
Cinta itu apa?
Ada orang tahu,
ada orang yang tak tahu,
ada yang buat-buat tak tahu,
lagi parah, tak tahu tapi buat-buat tahu.

Cinta itu sering buat kita
tercari-cari
tertanya-tanya
termimpi-mimpi
tertunggu-tunggu
terbayang-bayang...

Cinta itu bahagia
cinta itu juga derita

Cinta itu mengasyikkan
Cinta itu juga menyiksakan

Cinta itu perjuangan
Cinta itu juga pengorbanan

Cinta itu memiliki
Cinta itu juga melepaskan pergi

Cinta itu menerima
Cinta itu juga memberi

Cinta itu madu
Cinta itu jugalah racun

Cinta itu suka
Cinta itu jugalah benci

Cinta itu rindu
Cinta itu jugalah dendam

Cinta itu pengertian
Cinta itu jugalah salahtafsiran

Cinta itu ketawa
Cinta itu jugalah airmata

Cinta itu kebenaran
Cinta itu jugalah kepalsuan

Cinta itu syurga
Cinta itu jugalah neraka

Tidak kira apa pengertiannya
Cinta itu kemestian
Kerana itu doa dipohon
Dipohon moga diketemukan
Dipohon moga tidak kehilangan
Dan apapun ia dihati kita
Moga-moga cinta itu
Cinta yang diredhai olehNya.

aku yang sorang

aku jumpa masa aku dok jenjalan kat ruang virtual nie...menarik la bunyi dia.

Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Berak memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang
jerr..

Aku yang sorang....
Makan Sorang2..
Minum pun , sorang2...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang....

Aku yang sorang...
Bangun pagi sorang...
Tido pun sorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang....

Berjalan sorang2...
Berlari pun sorang2...
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2...
Berangan sorang2.. jiwang pun sorang2...
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat
orang..

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang...
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu...
Aku bukanlah orang berada...
Aku juga bukanlah orang glamer...
Dan aku bukanlah orang ternama...
Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..

Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu
sesorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang......

Morale: Kawin2 la cepat... jgnler tuang koje..hek...hek...hek

Wednesday, November 14, 2007

Loading....Bz...Bz....

kat sebulan aku tak update aku nyer blog. hehehe. bukan disebabkan malas. tapi tgh menyibukkan diri. la nie balik umah aje. rehat-rehat jap. then aku dah blayar kat internet. itu la rutin hidup aku la nie. makan depan pc, minum pun depan pc plus isap rokok pun depan pc. senang citer semua kat depan pc la. cuma aku lum penah wat tido depan pc aje lagi.
kalu tak surf internet. aku main game. tapi paling kerap aku surf internet la. dok kat forum. dok kat room chatting. tapi paling seronok sekali aku dok cari bahan tuk disedut la. but masa nie aku dok sedut lagu aje la. video ader la sikit. kalu account rapid share aku dah active. leh la aku download bebenda yg heavy sikit. cam mini series ke.
opss!! lupa lak nak bagi tau. aku baru aje subscribe 3g unlimited. so lepas nie tak payah la asyik nak ke cc aje. tue yg tetiiap hari. tak tentu masa aku online. cuma aku belum rajin nak menulis kat blog aje. best ader 3g nie. portable. kat mana aje aku leh online. aku bukan pakai 3g device or data card. but aku guna 3g phone. so even takde pc or lappy pun aku leh online. cuma biasa la 3g nie takde la selaju streamyx. so certain2 site lambat sikit la nak load. alamak dah mengantuk la. nanti sambung lagi...selamat malam....arios

Tuesday, October 09, 2007

Program Angkasawan


besok angkasawan pertama kita Sheikh Muszaphar Shukor akan berlepas ke angkasa. tahniah diucapkan kepada beliau. Diharapkan perlancaran angkasawan kita berjalan dengan lancar. insyallah...

Monday, October 08, 2007

Iftar 2007


last weekend aku pegi KL untuk menghadiri Geth bebudak Forum aku "Geng Ittutor".. hehe best...best.... plus penat...penat jalan, penat makan, penat ketawa dan tah ape2 punya penat lagi kuar. seriusly fun.

Wednesday, October 03, 2007

nie malam manyak busan la

line 3g slow gilak ini mlm kat BP. tension betul aku. nak DL lagu pun tak lepas ini malam. lambat betul nak tunggu ari jumaat. nak tido rasa awal lagi. aduh... kusut gak mlm nie. tue la suruh carik awek sorang tak nak. kan dah bosan mlm2 camnie. kalu ader awek kan leh layan jiwang2 sikit...muahahahaha
citer pasal 3g lak. ingatkan mlm nie ok la. ghupernyer sama ajer cam siang tadi. siang tadi jangan citer la. ciput patah cengkerang pun leh lari lagi laju dari line 3g nie. kelam kabut aku ngan member2 aku wat keje tadi. kejap pindah printer kat sini, kejap pindah ke sana. nie semua gara2 line yang kejap ader kejap takde. tapi alhamdulillah, settle gak tugasan ari nie. balik awal lagi. dapat la rehat lebih sikit kat hotel.
harap2 besok line kembali pulih la. tak mcm ari nie. teruk gak keje ari nie. dah la dalam bulan posa. hahaha. betul menguji iman ari nie.

Tuesday, October 02, 2007

Dah Nak Raya

Tup tap… lagi 10 hari nak raya. Kejap ajer masa berlalu. Nie pejam celik, pejam celik dah nak balik beraya kat kampung. Tahun nie aku tak perlu risau nak balik kampung. Coz tahun nie aku balik ngan kereta. Tak yah susah nak kejar beli tiket bas atau keretapi cam dulu. tapi bukan kete aku, aku tumpang kete org aje. But bila dah menumpang org nie pepaham aje la. Terpaksa ikut bila si tuan empunya kete nak balik bila. Kalu ikut dari plan asal aku juz tumpang ebet aje balik kampung nie. Tapi mamat nie nak balik malam raya la pulak. Alasan dia baru la ader feel raya. Padahal bukan aku tak tau mamat nie malas nak buat pape kat umah. Kalu balik awal karang kene bebel lak ngan parent dia pasal tak buat pape kat umah.

aku rasa mcm balik ngan aki aje, malas la balik ngan ebet. Since aki dah willing tuk turun jemput aku nanti. So ttg nak balik kampung nie dah pun settle. Yang masih lagi bermain-main dalam kepala nie ttg budget tuk raya nie. Tahun nie cam banyak ajer duit aku nak kene spend. Kalu ikutkan macam2 benda aku nak beli. Tapi memikirkan aku terpaksa berjimat sikit tahun nie. So terpaksa la kawal sikit nafsu berbelanja. Mak dah pesan kan kuih raya ngan belikan baju tuk Amir. Duit tuk Raya tuk Family aku lagi nak kene sediakan, plus sedara mara lagi. Duit belanja tuk ghumah lagi. Plus this week nak pegi KL ader geth lagi. Huha…. Banyak siot.

Untuk diri aku lak. Tak mcm tahun lepas la, Aku spend banyak gak tuk diri aku. Tahun nie agak sederhana la. Aku tak rasa feel nak berbelanja sangat la ini tahun. Aku ingat aku sorang ajer perasaan. Kengkawan aku yang lain pun bersependapat dengan aku. So just sehelai dua baju plus seluar sepasang dua. Tapi nie nak turun KL, tak tau la pulak cam ner nanti. Hahahaha

Tahun nie raya pun aku tak ambik cuti lama. 2 hari sebelum ngan 2 hari selepas ajer. Malas nak cuti lama2. feel raya tue dah kurang. Almaklum la dah tua2 nie buat pe nak ambik cuit lama2 sangat kan. Lagipun aku kene simpan cuti aku tuk ujung tahun nie. nak pergi holiday kan…..

Saturday, September 29, 2007

Hottest song this month




Enrique Iglesias - Somebody's Me lyrics

You, do you remember me?
Like I remember you?
Do you spend your life
Going back in your mind to that time?
Because I, I walk the streets alone
I hate being on my own
And everyone can see that I refell
And I'm going through hell
Thinking about you were somebody else

[CHORUS]
Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breath without you, it's lonely
Somebody hopes someday you will see
That Somebody's Me [2x]

How, How could we go wrong
It was so good and now it's gone
And I pray at night taht our paths will soon cross
And what we had isn't lost
Cause you're always right here in my thoughts

[Chorus]
Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breath without you, it's lonely
Somebody hopes someday you will see
That Somebody's Me [2x]

You'll always be in my life
Even if I'm not in your life
Because you're in my memory
You, will you remember me
And before you set me free
Oh listen please

[Chorus]
Somebody wants you
Somebody needs you
Somebody dreams about you every single night
Somebody can't breath without you, it's lonely
Somebody hopes someday you will see
That Somebody's Me [5x]

lagu hot this month. kalu malay singer would be Anuar Zain ngan lagu lelaki ini. untuk international singer lak would be Enrique Iglesias and my Fab songs would be this song la. so those yang belum lagi dengar lagu nie. enjoy it... As Specially for u.

Tuesday, September 25, 2007

Nyum...Nyum....


Salam ramadhan...

minggu lepas kengakwan forum aku datang ke JB. diorg nie datang coz diorg nak pegi ke singapura. Sanggup tue buat passport semata-mata termakan hasutan Si Meow (juga one of tutorian from JB) untuk berbuka puasa kat JB. yang datang pun tak ramai juz 2 org ajer, Najmi dengan Eastone. mlm pertama diorg kat sini diorg nie semua lepak kat umah aku. itupun pasal Si Meow nie terlalu penat nak balik umah. mau tak penat. dia culik aku ngan Ebet, follow dia dari pukul 11.00 mlm hingga sampai ke sahur. balik-balik umah pun bukan nyer terus tido. tapi layan borak2 dulu dan dalam pukul 7.00 pagi baru aku masuk tido.

So sepanjang sabtu tue diorg puas pegi melancong la. aku bantai tido ajer kat umah dengan ebet. then jumpa diorg balik pun dah tengah mlm. coz diorang dah malam baru kuar dari Singapore. Puas diorg nie dok pancing, tabur parakuat dan meracun aku suruh buat passport. tak termakan la aku ngan racun korang tue. aku nie bukan tak mau buat pasport. Rm 300 tue. bukan murah. setakat pakai 2 ke 3 kali. rasa cam tak berbaloi la pulak nak buat. lain la aku nie banyak duit. mmg tak kisah la nak buat.

next day which is on sunday. kitorg berbuka la kat luar. dan mmg luar pun kitorg pegi makan, luar daerah. kitaorg berbuka kat Hassan Ong Kat Kota Tinggi. sebelum tue kitaorg belanja dulu kat Pasar Ramadhan kat JB in kes kalu tak sempat berbuka kat sana.






Special Dishes nie. Udang Goreng Nestum

aksi membelasah udang tak ingat dunia


sampai2 pun ngam2 dah nak buka dan meja pun dah fully book. so terpaksa la lepak kat mana2 dulu sementara nak tunggu pelanggan lain abis makan. berbuka kat depan 7 eleven kitorg aritu. but itu semua tak menjadi hal. yang penting kitaorg happy. seriusly speaking mmg best betul masakan diorg. dengan udang goreng nestum dia, Daging Rusa Sizzling dia ngan Siakap Sweet Sour dia and etc (tak boleh citer lelebih bulan posa nie, buat kecur ayak liyuk ajer)....huhuhuh....mmg marvelous plus mmg best. Rasa2 mcm boleh pegi lagi la gamat nyer. tapi bukan dalam masa terdekat nie la. mlm tue dekat2 pukul 9.00 gak la kitaorg gerak balik ke johor. kene cepat sikit mlm tue coz budak tue nak balik KL tiket kul 11.00.

pape pun i really enjoy mlm tue. beside having a wonderful dishes, yang paling best sekali dapat berbuka bersama ngan kengkawan. tak lama lagi ader geth kat KL. satu2 nyer event yang aku lum miss lagi nie..... syok beb berbuka ramai2 nie.




Friday, September 21, 2007

3G....

Aku sekarang nie dok kemaruk nak pakai internet kat umah. Sekarang nie dalam kepala dok memikir nak apply ke tidak celcom 3g unlimited nie. nak pasang streamyx dah tak boleh dah. Coz budak umah aku dah pun pasang dan aku malas la pulak nak nak share2 ngan dia. Ialah mamat nie kan bagai hantu aje kat umah. So my last option is to apply 3g aje la.

harga dia pun murah compare ngan streamyx plus leh mobile. So kalu aku balik kampong or kat mana-mana pun aku still leh layan internet. Tapi nak kene modal beli HP baru la pulak. Coz modal yang aku pakai sekarang nie tak de 3g. tue la dulu main taram beli aje, keras kepala. Alah pikir aku nak pakai 3g pun nak buat ape. Tapi sekarang nie padan ngan muka aku.

Setakat nie aku dok survey2 ngan tanyer2 la kat kengkawan plus kat ittutor jenis HP ok dari segi performance dan murah. Setakat nie yang aku nampak SE K610i la yang paling murah. But bila dok tanyer, performace agak kureng la sikit. The next HP yg aku nampak la nie V3xx. Tapi perabis dlm 700 gak tue. Pening2…nak beli ke idak nak beli ke idak. Dah la nak raya nie for sure nak pakai duit. Nak beli printer tuk computer lagi…huhuhu mcm2 la. aku nie kalau boleh semua benda nak beli……hahaha.

Tapi aku masih boleh bertahan lagi. Tak perlu rushing2. kalu ader duit lebih nie. insyallah aku sambar la satu. Cuma harap2 promotion tuk 3g unlimited tue tak abis lagi la.huhuhuhu

Tuesday, September 18, 2007

kOSoNG...


Kosong

Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku

Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu

Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku


Bukan aku tak bersyukur ngan apa yang kecapi selama nie. boleh dikatakan aku dapat ape sahaja yang aku hajati, walaupun tidak la yang semewah mana. Melampau la kalu aku katakan kalu aku berhajatkan sebuah kereta mewah aku boleh dapat. Tapi aku Cuma ingin nyatakan ialah selama nie aku berhajat sesuatu yang satu ketika dulu hanya dapat memandang sahaja, kini aku boleh memperolehi dengan hasil titik peluh aku sendiri. Aku punya keje yang stabil, punyer tempat tinggal yang selesa. Malah aku juga boleh kemana-mana sahaja tempat yang aku ingin lawati.

Tapi aku masih lagi terasa kosong aje. Bukan aku takde kawan sisi atau pun keluarga. Alhamdulillah dunia disekeliling ku tak penah jemu meneman ku. Tapi tah la, aku rasa hidup aku nie masih tak sempurna, macam tak kene. Rasa kosong aje…..kenapa ekk….

Monday, September 17, 2007

Match Result

Springboks (36)-England (0)

aku memang menjangkakan kemenangan Boks dengan harapan a good game from the rose. tapi hampehnya the english tak mampu mempertahankan gelaran juara dunia dan memalukan jugak kerana dikatakan the first team yang takde score any points dalam WC kali ini. alasannya, kerana game management yang begitu lemah (cheh, aku tak percaya) dan mereka kata mereka ketiadaaan pemain bertaraf antarabangsa. aiseh, sedih aku dengar kalau aku jadik pemain england. anyways, tahniah buat Boks kerana permainan yang begitu konsisten sekali dan pada game kali ini cuba mevariasikan teknik permainan mereka. Aku yakin they will be in the semi finals.
satu game yang best. taktik tendangan keluar yang dilakukan oleh Boks cukup membuatkan mereka senang mendapat convertion. salute abis kat player The Boks. almost takde silly mistake la cam fwd pass ke. cukup puas hati

ALL BLACKS (108) - Portugal (13)
aku tak sempat nak menonton pelawanan nie. cam ner lak leh terlupa. so takleh nak ulas lebih la. so aku paste kan aje ulasan

Aku tengahari buta dah naik basikal pegi tengok game ni. Semangat tak hengat punya. Anyways, pada aku, this is one of the best game ever. All Blacks kali ini diketuai oleh Jerry Collins (aiseh minat seh aku kat dia, he reminds me of azizuddin nandu, batch aku, azi jangan marah)Pada mula nye kelam kabut jugak Blacks bermain, maksud aku ada jugak careless mistakes yang sepatutnya tak patut berlaku seperti terlepas bola. Maybe jugak salah satu reasonnya adalah untuk mencari keserasian antara pemain kerana pada game kali ini mereka banyak mencuba taktik baru, melatih skill dan dikatakan dry run untuk pemain mencuba posisi lain pada game kali ini. Bak kata Collins - permainan kali ini "had focused on testing our skills and a new line-up rather than crossing the try line"
Kudos jugak tuk Portugal kerana bermain dengan begitu bersemangat. Aku memang respect kat depa sebab it is their first appearance in RWC tapi berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi against all blacks.Malah mereka jugak boleh dikatakan mendominasikan permainan dan berjaya membolos pertahanan Blacks. Tahniah buat kedua dua pasukan for the great game.

Australia (32)-Wales(20)
malas nak ulas lebih2. ape yang aku leh bagi tau. satu perlawanan yang agak boring. kalu aku tau aku tido aje mlm tue. agak kelam kabut sikit cara permainan setiap pasukan. banyak sangat foul yang dilakukan. cam biasa la asyik bertekak kat padang kalu tak berlaku. for sure tak sah.


France(87) - Namibia (10)

Les Blues dikatakan kembali tuk menebus kekalahan lepas pada game kali ini. Ini adalah kali pertama Les Blues berjaya mencatatkan kemenangan paling besar. Pada game ini menyaksikan Les Blues menukar corak pêrmainan mereka dan menukar 12 keseluruhan pemain tuk perlawanan kali ini. Dengan kekuatan Chabal, ditambah open half Michalak dan kekuatan full back ternyata memaparkan permainan yang hebat. Kita akan lihat bagaimana France akan cuba menempatkan diri dalam qualifying round pada match seterusnya bertemu Ireland.

Sambut Puasa

aku baru ajer balik dari bercuti. dah menjadi satu acara tahunan bagi aku untuk menyambut puasa pertama dikampung. itupun nyaris2 aku tak dapat cuti pasal aku permohonan cuti aku tak di "approve" kan lagi oleh boss aku. nak mintak cuti pun macam nak mohon visa ke Amerika pulak rasanya. susah betul.

sepanjang cuti aku habiskan masa ngan tido, main game, tido dan tengok Tv. aktiviti yang dah lama aku tak buat. cuma pada hari pertama puasa tue aku temankan abah ke melaka. sampai demam aku dibuatnya. tapi takpe la, teman kan abah. takkan nak kata tak boleh kan.

anyway tahun nie aku tgk suasana menyambut puasa agak berlainan sikit la berbanding tahun-tahun yang sudah. kalu dulu aku ngan kengkawan seopis berebut2 mohon untuk cuti. tapi kali nie, aku tgk mcm aku sorang aje yang mohon. kengkawan sekampung pun tak ghamai yang balik. plus kalu dulu setiap kali balik ke kampung for sure setiap petang nak pegi pasar ramadhan. but tahun nie nak pegi pun malas. rasa mcm tak meriah la macam dulu.

cuma yang best bila dapat jumpa kengkawan lama masa sekolah dulu. bila selisih kat bandar, jumpa lepas terawih atau isi minyak kereta. for sure mesti terserempak ngan member lama. masa tue la macam2 soalan keluar. rasa seronok lak kalu sekali sekala dapat balik kampung nie.

apa2 pun yang paling best sekali kalu balik kampung nie dah tentu la bila dapat makan masakan dari mak. nie la yang buat aku tertunggu-tunggu setiap kali balik ke kampung. lagi banyak la mak aku masak bila semua adik beradik aku balik.

walaupun penat ialah pasal balik kampung pada bulan puasa nie. tapi berbaloi...makan sedap dan tido pun lena. kalau boleh nak duduk aje kat kampung nie. tapi nak buat camner, lambat lagi aku pencen. hahahaha

Friday, September 14, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan


Marhaan Bikum Ya Ramadhan... Haiya Waimarah i Ramadhan...

Saturday, September 08, 2007

Perlawanan Pembukaan


The Blues Vs. The Pumas

Pembukaan piala dunia nie bermula dengan perlawanan diantara The Blues dengan The Pumas, dimana satu keputusan yang cukup mengejutkan The Blues tewas di tangan The Pumas 12-17 di depan penyokong dan padang sendiri. Tetapi semua itu sepeti dapat dijangka dimana ketika acara pembukaan game ini dapat dilihat pasukan Argentina menyanyi dengan penuh semangat dan semangat untuk berkorban kepada negara dan juga untuk menewaskan France yang ditujukan ini lah yang membuat pasukan Argentina bermain dengan penuh semangat dalam menenantang France.

Jika di lihat Agentina mendominasikan perlawanan ini pada separuh masa pertama. Taktik menendang bola tinggi yang ditunjukan oleh Argentina itu lah yang aku rasa yang memberikan advantage dalam menentang France. Ini kerana pemain back mereka mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan ketinggian pemain untuk mecabar pihak lawan.

Namun pada separuh masa kedua France dapat mengimbagi perlawanan. Mungkin disebabkan faktor bermain dibawah tekanan untuk memenangi perlawanan di hadapan penyokong sendiri yang menyebakan pada separuh masa pertama France masih lagi tak boleh nak mengejar gaya permainan pasukan Argentina.

Keputusan dah pun ditentukan setelah wisel tamat. The blues kalah ditangan The Pumas. Satu perlawanan pembukaan yang cukup menarik yang ditunjukan oleh Argentina. Namun Argentina tidak boleh berdabik dada. Ini kerana ia perlu mamastikan kemenangan kita bertemu Ireland 30 Sept ini. Begitu juga France terpaksa berusaha keras untuk mendapat kemenangan bila bertemu Ireland pada 21 Sept ini.

Wednesday, September 05, 2007

Lagi Blues dari semalam



Superman
(It's Not Easy to be Me)

I can't stand to fly
I'm not that naive
I'm just out to find
The better part of me


I'm more than a bird
I'm more than a plane
More than some pretty face
beside a train

It's not easy to be me


Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I'll never see


It may sound absurd
but don't be naive-
Even Heroes have the right to bleed
I may be disturbed
but won't you concede?
Even Heroes have the right to dream

It's not easy to be me


Up, up and away: away from me
It's all right
You can all sleep sound tonight
I'm not crazy or anything


I can't stand to fly
I'm not that naive
Men weren't meant to ride
With clouds between their knees


I'm only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me

It's not easy to be me.

Tuesday, September 04, 2007

Layan Blues

bosan betul malam nie. nak DL lagu sikit nyer lambat. nak surf pun tak tau nak surf ape. lepak kat room pun cam bosan aje. sunyi ajer. aku dah lama tak menulis. belum datang feel lagi. cukup malas kala nie. kalu ikutkan banyak benda aku nak buat...banyak benda aku nak citer. tapi nanti la... bila aku rasa nak citer aku citer la....

Wednesday, August 15, 2007

Nahas Bas Ekspress 20 maut...




baru aje kita dikejutkan dengan nahas udara helikopter nuri, hari nie kita dipaparkan lagi dengan satu kisah kemalangan. dimana kali ini bukan nahas udara tetapi kemalangan yang sering kali berlaku iaitu kemalangan di jalanraya. dan ianya dikatakan kemalangan terburuk yang berlaku untuk tahun ini. dimana 19 orang mangsa semua mati ditempat kejadian termasuk pemandu basnya. kemalangan ini berlaku selepas selepas pemnadunya gagal mengawal kenderaan dan bas tersebut terhumban kedalam parit sedalam 5 meter.

Bas yang digunakan telah pun mencecah usia 20 tahun dan telah gagal dalam pemeriksaan Puspakom sebanyak 4 kali. but still bas tue masih lagi dugunakan dijalanraya. camner hal nie boleh berlaku? nak salahkan siapa la agaknya?

Bas ekspress merupakan pengangkutan utama aku kalu aku nak balik kekampung atau kemana- mana distinasi yang aku ingini since aku belum lagi memiliki sebuah kereta. and frankly speaking, aku cukup takut sebenarnya nak naik bas. setiap kali kalu naik bas tue aku lebih suka tido dari berjaga. lagi aku berjaga lagi resah jadiknya. so lebih baik tido.

aku sebenarnya cukup tak berpuas hati ngan mutu perkhidmatan bas ekspress yang sedia ada kat Malaysia nie. kebanyakan bas-bas yang digunakan telah uzur dan cukup mengerun kan bila nak naik. dan bukan nak kata ape la, kalu setakat Syarikat-syarikat perkhidmatan bas yang biasa-biasa nie dah mmg tak heran la kalu diorang masih mengunakan bas-bas yang dah uzur nie. tapi syarikat perkhidmatan bas yang dah ader nama dan yang mmg terkenal pun masih beroperasi mengunakan bas2 yang dah uzur nie. cukup menyedihkan. kebiasaanya la yang menjadi mangsa ialah penumpang-penumpang yang mengunakan pekhidmatan bas jarak dekat la. kalu destinasi tue jauh cam ke KL or ke pantai timur or utara. pandai lak diorg nie pakai bas yang lawa2. tapi yang short distance kasi belasah pakai bas buruk dah la, janji sampai. so kitaorg2 nie terpaksa la naik. coz nak wat camner, nak tak nak terpaksa la terima. kalu tak naik karang. tak balik la pulak kita.

sepatutnya benda-benda nie semua kene ader pemantauan. jangan dibiarkan ia berlarutan, coz benda-benda nie semua melibatkan nyawa manusia. jangan bila benda dah berlaku baru nak ambik tindakan. dah tak ader guna dah. nasi dah jadi bubur.

Sunday, August 12, 2007

Core 2 inside...


akhirnya aku dah pun menghadiahkan diri aku satu set cpu (huhuh....kopak aku bulan nie.). tapi tak kisah la coz mmg dah lama pun mengidam nak Set Cpu baru kan. so tak kisag la spend duit sikit tuk diri sendiri.


aku dapat set nie pun setelah berpikir berpuluh-puluh kali kat mana aku nak beli. memula ingat nak beli yang package ajer. tapi bila pikir2 balik dan tanyer pendapat kengkawan dan yang kat forum akhirnya aku beli parts by parts. coz harga dia murah sikit plus leh dapat spec yang gempak sikit.


nie dah dapat Cpu yang berspec tinggi nie asyik dok ngadap depan pc la main game aku.hari pertama lagi dah dok mengadap sampai pagi.






game nie la yang aku dok layan sepanjang malam. layan bebe...syok gilas... cuma yang aku ralat sikit dgn map yang tak banyak. for those yg main game tak tau mana nak DL latest map leh click kat sini

Thursday, August 02, 2007

Kaunter Bergerak Lagi…

Actually aku sebenarnya rasa malas dan lemah aje setiap kali minggu pertama menjelma. Sebab pada minggu pertama tiba giliran aku tue pergi kaunter bergerak. Cukup la malas nak pergi, kalu boleh aku elak. Aku elak tuk pergi ke kaunter bergerak nie.

Kalu ikut dalam jadual pada bulan nie. aku kene balik pada hari jumaat. That mean aku kene stay 1 hari lagi kat Batu Pahat nie. bila aku tanyer ape ke heh lak aku kene stay lagi satu hari kat BP nie. diorg ckp, CEO datang, so kenderaan semua kene balik ke pejabat. Jadi aku kene stay sehari lagi jaga barang. Dalam hati berkata best gak dapat stay 1 hari lagi, tapi bila aku tau yang aku kene stay lak ngan org yang aku tak suka. So terasa suwal la pulak.

Kali nie relax sikit la kerja berbanding sebelum2 nie. kalu dulu keje bagai nak mati. Takde rehat, nak buang ayak pun tak sempat nie kan nak isap rokok dan balik pun lambat. Tapi kali nie disebabkan boss tambah satu kaunter tuk buat renewal plus ader org tuk key in, walaupun ramai org dating at least kitaorg dapat gak la rehat2, Cuma penat nak mengangkat barang2 la. coz kali nie terpaksa bawak barang extra.

Sebenarnya bosan pergi kaunter bergerak nie. kalu siang mmg tak kisah sangat, pasal tengah kerja kan. So takde la terasa pun. Tapi bila tiba waktu mlm tue, cukup membosankan. Nak kuar dari hotel mmg malas la. pasal badan penat gila babeng nyer. Tapi bila dok terperap kat bilik tue bosan pulak. Kebetulan lak kali nie dibekalkan laptop ngan 3G Card. So mlm2 kat hotel aku bantai surf internet la.

Anyway aku harap aku akan lebih relax la lepas ni kalu aku pergi ke kaunter bergerak. Harap flow sekrang nie tak bertukar arrr dah mmg cantik flow sekarang nie. kalu ditukar gak cam dulu. Mmg penat gila babeng la. hahahaha…amin.
*sempat tue aku menaip petang nie. Pasal ape, pasal org tak ramai....hahahaha :P

Thursday, July 26, 2007

Wei Mangkuk…Sepupu sendiri pun tak kenal ke?


Tgh sedap2 aku layan lagu sambil tunggu waktu balik. Aku dapat call dari sepupu aku. Aku ingat kan sapa. Tak pernah umur call aku tetiba dia call. tue yang aku tak cam sapa. Tak pepasal aku dapat Mangkuk dari dia. Hahaha.

Sepupu aku nie turun pasal member dia dapat transfer ke Johor. Aku ingatkan ape hal dia call. ghupernyer pasal dia sesat jalan. Cari kawasan tak jumpa. Tue yang aku cepat2 punch card kuar dari opis. Tapi jumpa gak dia tempat tue.hahaha lawak2

So mlm tadi takde la aku boring sangat. Coz ader la geng aku nak borak ialah pasal sepanjang minggu nie aku dok sorang kat umah, bebudak umah aku outstation. Borak nyer borak sepupu aku nie ghuper nyer kipas susah mati Transfomer. Perghh!! Lagi advance siot. Boleh dikatakan the whole transformer nyer citer dia ader…. Dari yang klasik hingga yang terkini. Siap perabis duit beli action figure tue. Memula aku tak caya gak mamat nie leh minat bebenda cam nie. tapi bila dia tunjuk action2 figure dia, baru aku caya. Siap ader display Cabinet lagi. Huhuhu….respect plus suspect aku. Bukan sikit siot modal dia abis tuk beli action figure tue. Makan ratus2 gak. Pasal aku tau to have that kind of figure. U have to spent a lot of money. And I mean a lot. tuk beli figura mcm tue mmg tak mampu la aku. tapi kalu setakat beli anime boleh tahan lagi arr . Nanti aku leh mintak tolong dia carikan citer2 Transfomer nie nanti.hehehe.

Mlm tue gak aku bawak dia pusing Bandar Johor. Sajer la bawak dia jenjalan. Ialah org baru sekali dua sampai JB nie. lagi pun aku pun dah lama tak pusing2 bandar JB. Memula bawak ikut jalan laut lalu Danga Bay then Pantai Lido. Then aku masuk Bandar dan balik ikut Hi Way. Sempat la bawak dia singgah pekene ABC ngan Kacang POL Larkin Bomba. Lama siot tak pekene Kacang Pol.

Mamat nie pun balik segamat pagi td. Dia kata mungkin dia akan datang lagi JB nie. huhuhu…leh pesan suruh cari citer2 Transfomer nanti…..

Tuesday, July 24, 2007

Alamak Mak computer kong lagi.



Bulan nie aje dah berapa kali computer aku wat hal. Memula pasal virus. Habis file2 aku infected by small Trojan. Bila kes Small Trojan nie selesai, Mobo aku lak wat hal. Serial port keyboard lak rosak. Aduh2…. Terpaksa la beli USB keyboard.

Sekali lagi dia buat hal lagi dan kali nie tengah2 wat keje dia leh restart sendiri. Siot la. Check punyer check. Satu ram aku dah kong. Nasib baik aku ader back up. Patut la bila aku on aje PC nie. dia menjerit2. ghupernya Ram nak kong. Computer aku pun dah uzur dah.

Dalam perancangan memang aku dah berhajat nak angkat PC baru. Tapi lari la pulak budget nanti. Bulan 12 nie nak guna duit lagi coz nak ke Langkawi, nak pakai duit time raya lagi ish…ish… Kene decide dlm minggu nie gak tue samada nak beli atau tidak. Kalu jadi beli, weekend nie turun KL la aku ngan mata cari hardware. Nak beli ke tak….nak beli ke tak…tough gak decision yang nak kene buat nie. duit…duit…dimana ko duit.

Aku sebenarnya sibuk nak siapkan slide tuk presentation officer aku. Tue yang mengelabah bila PC aku asyik rosak aje nie. hahaha terasa mcm zaman2 belajar la pulak dulu. Kene buat slide presentation nie. Bring back old memory la pulak. Hehehe. :p

Friday, July 20, 2007

Tertekan...


Bulan nie ramai betul aku tgk org tertekan. tak kira bila aku singgah baca kat blog2 org ataupun org yang disekeliling aku dan tak ketinggalan aku pun sama tertekan. aku tak suka bila aku rasa tertekan, coz bila aku rasa tertekan. moral aku jadi down, senyuman aku pun semakin tawar dan mood aku pun akan hilang. Rasa tertekan nie hanya berlaku bila aku berada dekat tempat kerja dan sekarang nie aku rasa cukup malas nak pergi kerja dan kalau boleh bila dah habis kerja, punch dan terus blah. dah takde toleh2 atau patah balik dah dan aku tak nak ambik tahu pun pasal opis.

aku tak tau ape nak jadi ngan enviroment kat opis nie. banyak sangat pressure banyak sangat kerenah dan banyak sangat office politics berlaku dan menjadi-jadi kebelakangan nie. sampai aku rasa muak, menyampah ngan geram. dan kalu boleh rasa nak blah aje dari sini. aku bukan jenis yang suka memberontak, dan aku lebih suka berdiam diri dan ikut sahaja bila disuruh. aku tahu la aku nie just org bawahan. tapi aku pun ader perasaan dan aku pun geti penat. aku bukan robot yang boleh buat kerja tak berhenti2 24/7. manusia pun ader limit gak.... tapi ader org tak paham. ader org tak sedar. ape yang penting bagi dia ialah arahan tetap arahan. kalu arahan tue dah keluar, kena patuh. kalu tak terima la akibatnya.

aku tak kisah kalu pada waktu kerja, nak suruh aku pegi mana2. sampai ke kelantan pun aku tak kisah. tapi jangan la kacau life aku pada hari minggu. hari minggu la aku nak berehat atau aku nak balik kampung. kalu sekali sekala panggil aku tuk bertugas tue adat la. tapi kalau dah dlm sebulan boleh dikatakan kerap suruh aku keje pada hari minggu. sapa tak marah sapa tak bengang. pulak tue lagi 45 minit nak balik, baru nak bagi surat arahan untuk keluar bertugas. huhuhu...melampau siot. Aku jumpa bebaik citer masalah aku pun, dihalaunyer aku kuar dari bilik. mentang2 aku kuli....cam nie dibuat nyer aku.

tue dah satu hal la. yang paling tak tahan sekarang nie opis nie dah makin panas. panas pasal ader dikalang staff yang jadi balaci, tukang pengadu dan tukang blower...kipas2 nie dah tak main dah...kecik sangat...sekarang nie kita pakai blower terus. ader ajer citer sampai ke atas. ader aje yang tak kene kat kitaorg kat bawah nie. Bos takde kat opis nie, pegi kursus ke atau outstation ke. tapi semua citer boleh sampai kat dia. sampai kan org boleh kata, dinding kat opis nie boleh berkata dan ader mata. kerja pun tak bebas, tak best cam dulu lagi dah. dah tak boleh buat ape lagi dah.... ape yang boleh kitaorg buat sekarang nie ialah buat tak tahu aje. buat bodoh aje dan yekan ape yang bos cakap.

as for me. aku pun dah malas nak pikir pape. biar lah dia nak tergolek ke, nak terjatuh ke. it's none of my business.

Wednesday, July 18, 2007

Ribut.

On the way balik daripada kerja semlm, aku tgk apsal pokok2 kat tepi jalan nie semua macam kene pulas. Boleh dikata hampir kesemua pokok yang ader kat tepi Jalan menyembah bumi. But bila sampai kat kawasan umah lak. Aku tgk kebanyakan umah dah tertanggal bumbung umah. Ape dah jadi nie.

Pagi tadi ribut”... Akak sebelah umah aku ckp, mak ai ader ribut la pulak. Cepat2 aku masuk umah tgk2 kalau ader ape2 jadi ke. Alhamdulillah juz 2 keping atap genting aje yang melayang. Tue pun dah buat aku rasa lega. Nasib aku agak baik la berbandaing ngan umah2 lain. Harap2 hari nie dan seterusnya tak berlaku lagi kejadian cam nie. Coz risau beb pasal tak sapa kat umah, kalu ape2 jadi susah gak tue.

Friday, July 13, 2007

Umah berserabut...kepala pun berserabut



Rimas la pulak aku tgk ruang tamu umah aku. Berselerak ngan cd bersepah sana sini, cawan2 tersusun kat tepi dinding plus ditambahkan ngan debu sini sana. Cukup merimaskan. Dah la tension kat opis. Di tambahkan lagi ngan keadaan umah yang sememang nyer berselarak. Huhuhu makin berserabut la kepala.

Terus aku “seng seng” seluar aku walhal baru aje aku jejakkan kaki kat umah nie. Penat kerja kat opis pun tak abis. Tapi pasal dah rasa rimas, terpaksa la berkemas. Kalu aku tak kemas, sapa yang nak kemaskan.

Bila tengah kemas2 kan DVD2 yang bersepah nie baru aku sedar. Koleksi DVD aku dah banyak ghupernyer. Mak ai.... baik DVD anime, movie ngan Box Set collection. Pulak tue ader yang aku beli tapi tak tgk lagi. Mengong betul la aku nie. Takpe2 mmg sekarang nie aku tgh free. So aku abiskan saki baki dvd yang belum aku tgk lagi. Lepas kemas umah nie layan DVD la.hehehe...

Tuesday, July 10, 2007

Malas.



Seminggu dua nie aku rasa tersangat la penat. Rasa cukup tak larat nak ke opis. Tak tahu ape yang tak kene ngan badan aku nie. Setiap kali bangun dari tido belakang terasa sakit hingga ke opis. Teringin gak nak pegi berurut atau berbekam, tak kisah la yang mana. yang penting kasi kurang kan sikit sakit2 badan nie, tapi perasaan malas tue lagi kuat dari nak pegi wat bebenda nie. Hai...hai...

Sekarang nie aku lebih suka terus balik rumah selepas kerja dan dah malas nak singgah memana. Bila kat umah aje pun aku banyak abis kan masa tgk TV aje. Bosan pulak tgk rutin hidup aku sekarang nie. Nak ubah pun rasa malas...malas dan malas.......

Seronok betul guna perkataan malas, actually kita lebih banyak mengunakan perkataan nie dari perkataan2 lain. Cuba kita kaji, berkali kita guna perkataan nie dalam sehari? dan cuba kita tgk org sekeliling kita. Dengan tak sedar boleh dikatakan perkataan malas nie mmg tak lekang dari mulut. Kenapa kita malas? Adakah kerana nak mengelak dari ajakan seseorg atau mengelak dari tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita atau sememang nyer kita mmg malas nak buat sesuatu. Tapi walau ape pun alasan yang diberikan. ianya adalah kehendak individu itu sendiri. KALAU DAH MALAS TUE, MALAS LA DIA.

Saturday, July 07, 2007

CamBest sgt ke Tarikh nie.....

070707....Ramai yang menunggu kat tarikh nie, for them tarikh nie seperti memberikan satu kenangan bagi mereka. sebab tue ghamai yg tunggu tarikh nie especially for those yang mendirikan umah tangga. But for me it juz a date, takde ape pun yang best pada tarikh nie. Even rasa mmg sungguh tak best.kenapa?.....

Pasal aku kene keje pada tarikh nie. ape ke heh la kene keje. dah la ari sabtu tue, org sibuk pegi umah org kawin, tgh sibuk kemas umah, sibuk sambung tido sampai matahari tegak kat atas kepala. aku kene bangun pagi untuk bersiap ke tempat keje. bukan nyer ghamai sangat pun org datang ari tue. kalu diorg nie bagi cuti kan senang dari dibukak nyer opis nie. dah kene bayar OT kitorang. but nak komplen pun tarak guna. work is work. arahan kene patuh. nak sediakan surat tunjuk sebab ke kalu tak datang. hahaha. Nak tak nak terpaksa la gak datang keje. Walaupun tak rela. Ape nak buat, dah nasib badan....

Wednesday, July 04, 2007

U'r Type Of Movie






Sekarang nie banyak betul aku kumpul citer2 Romantic Comedy. nak tgk wayang mmg tak dapek la. kalu citer2 action yes definitely mmg tak miss ke panggung nyer, that for sure. So citer2 nie layan DVD aje la. Movie2 like Chasing Liberty, Juz like Heaven, Rising Helen, Maid in Manhattan, Devil wear Prada, Meet Joe Black, Jerry MaGuire, The Break Up, The Holiday, Juz My Luck, Because I said so and etc…. r the movie that I all ready watch, keep as my collection and still counting until now.

kenapa saya suka tgk cite2 camnie (cam iklan kemerdekaan lak). Maybe because of the genre of the movie it’s self “Romantic Comedy” that make some people like me like to watch this kind of movie. Bukan semua org suka tgk citer2 cam nie. kalu ader pun maybe tak ramai especially guy’s la. It a nature for guy’s like the action type movie but sometime kita pun nak beralih angin gak, muak jugak kalu selalu sangat layan citer2 action nie. cam kata officemate ak, “Kita kene ader variety in life, baru ader keseronokan”. Kalu kita asyik tumpukan pada satu kegemaran, kesukaan, kepakaran atau sebagainya. Tak berkembang lah kita, sampai bebila la kita duduk kat takuk yang lama. But some people feel okey to be like that, malah akan rasa kan kalu someone di sekeliling mereka cuba bawak atau tunjukkan perubahan kepada mereka. Cam biasa la “alamak tak rock la, ko ok tak? Or sejak bila jadik camnie.?” This is the same word yang kita akan berkali2 dengar bila kita berhadapan dengan org yang tiada variety in their life. For example, people who always worship rock. Bila org dikeliling mereka dengar genre2 lain selain rock especially people who like slow song or romantic song. Mula la macam2 ayat yang tak sedap telinga kuar. Kekadang org camnie kat depan aje bebuat keras, tapi kat belakang layan gak. Cuma ego or malu nak show kat org. but for me ape nak malu, ko buat, dengar, tonton benda yang ko suka buat, So ape nak malu.

Tapi benda2 nie akan sentiasa dan terus berlaku jika kita duduk dikelilingi ngan org yang tak bukak kotak minda mereka. betul kita nie org timur penuh ngan adat ketimuran. Tapi ader masa kita kene bukak minda kita dan ader masa kita berfikir ngan waras ttg ape yang kita lakukan atau yang berlaku dikeliling kita. Juz my to cent…

Sunday, July 01, 2007

Selamat Hari Tua Vs. TransFomer kene kerja la pulak.....

Semakin hari semakin meningkat umuq aku, dah masuk 27 thn dah. lagi 3 thn nak masuk 30 thn. tapi birthday tahu nie. aku takde mood or feel nak celebrate. coz birthday tahun nie pun sama aje macam tahun2 sudah. Bukan aku pernah sambut pun and also this year, aku budget aku takkan dapat satu wish pun dari sesapa. hahaha. nak wish org pong aku malas, nie nak dapat wish dari orang, so jgn harap la. but wow i didn't expect that i'll get a lot of wishes this year, totally speechless. on the night of my birthday, aku dapat 1st birthday wishes from Nani (thank to her, tak penah lupa aku). then the wishes keep coming and coming.

Still, there is someone who still know's that i'm still exist in this world la hahaha. aku rasa terharu sesangat. thank a lot to mak, abah ngan adikku and also thank a lot to all my pren for the wishes . i'll never forget it all.....




coz aku tak penah nak sambut birthday aku, so aku spend the entire day with "the Mariaci guy", hang out at the shopping mall shopping, eating and etc...etc....and yang paling best that nite kitaorg pegi tgk "Transfomer" The Movie that we been waiting for so long. nak tgk masa opening tak boleh, coz jatuh pada hari kerja, so this weekend on my birthday la baru dapat tgk. A brithday present juz for me hahahaha :P. Seriously berbaloi tunggu citer nie. lama tue dok tunggu dapat kan tiket dia. full with action plus some funny scene. definitely the best movie for this year and i hope there will be a sequel for this movie. nak tunggu the original DVD...nak wat koleksi. ha'ah tak pukul 4.00 pagi kan baru sampai umah. ialah...dapat tiket midnite...waktu biasa semua fully book, dapat midnite pun duduk kat baris depan sekali. Tue yang dah pagi baru sampai umah.nasib baik besok cuti.


watak peberet aku. kali nie ia tampil ngan lebih maskulin...lebih cun but still maintain as a powerful robot of it kind. tuk pengetahunan korang. ader 10,000 titik artikulari dibuat juz for Optimus, meaning all the artikulari point boleh bergerak. detail tue....respact abis kat diorg.


Walaupun aku cuti besoknya, tapi aku kene kerja la pulak. I’ll have to work on my birthday. Warrgghhh!!! rasa nak mengamuk aje....cam ner la nama aku leh naik kene jaga booth kat Angsana. mmg apa punya malang la nasib aku. aku pun tak tau ape nak jadi ngan aku. this year arr....not the best year la for me. Always had a lot of bad thing happen to me. So lame la this year.

"Anyway juz wanna wish my SelF..."Happy Birthday". also for those YANG LAHIR in this month " Hepi Brithday to U".

Wednesday, June 27, 2007

KETAM BATU PUNYA PASAL....


Gara2 berhajat nak makan ketam sambal punyer pasal. Dekat rm 90 aku abis mlm tadi. Sebenarnya aku dah lama berhajat nak pekene ketam batu nie ( bukan mengidam ek). Selalu aku tgk org mkn cam sedap aje. Tue yang terasa gian nak pekene ketam tue. Tue yang mlm tadi lepas aku pegi JJ Tebrau. Aku ajak Ebet teman aku makan kat Senibong... kira mlm tadi gian aku dah mencecah dinding dah dan mmg dah tak boleh handle lagi arr tue.

So dengan selamba nyer aku suruh la mamat tue pilih kan aku ketam. Nasib baik la Ebet tanyakan harga dulu. Mak ai... RM 55 sekilo tue. Aku ambik la 2 ekor aje. 1 tue aku dan 1 lagi tuk Ebet. Tue pun dah jejak rm 40 lebih dah harga dia. Order la siakap sweet sour plus kupang sambal. Tapi bila time makan. Ebet la pulak tak lalu mkn mlm tue. Biasa la awek wat hal, tue yang terus potong nafsu mkn dia. Last2 aku jugak la yang abiskan. Tercungap2 gak la aku mkn sensorang. Hahaha.

Tapi la kan serius la, even aku spend a lot that nite. Aku rasa tak puas hati la. Tak berapa sedap dan tak seperti yang aku harapkan. Lepas nie tak mau la mkn ketam batu lagi. Tapi kalu org belanja aku nak.hahahaha

Tuesday, June 19, 2007

Outbot Transform!!

“Autobot…Transform”…”Decepticon…Transform”…


Bring back the memory tak….for those yang lahir pada zaman 80an (like me la). for sure tahu quote popular nie. Coz in those year this cartoon character la yang paling popular. Ader yang sanggup ponteng sekolah Agama, ponteng mengaji atau ponteng kelas tuisyen nak tgk citer kartun nie dulu…(bring back the old memory la…) hahaha…

and now at last..Transformer the movie akan keluar. Sikit punyer lama citer nie nak keluar. Berapa kali delay la and now ia akan ditayang kan tak lama lagi. Huhuhu….for sure penuh siot panggung.live action movie tau not a cartoon character. Kalu tak gempak gak citer nie nanti tak tau la. so now aku bagi sikit preview sikit…




Amacam gempak tak...kasi bisa korang ke panggung tak...huhuhu..."Transfomer..more than meet the eyes".For those yang kisah susah mati Optimus Prime….”Autobot let’s roll out”, kita kasi penuh panggung.

Lagu Best kene Share




Song Title : Separuh Hidupku
Artist: Titi DJ
-----------------------------


Pernahkah selama ini
Ku berhenti mencintai mu
Pernahkah kau mendengar
Ku tak ucap sayang padamu

Di setiap detak jantung
Ku selalu sebutkan namamu
Ooo...
Cintamu t’lah membuat hatiku
Terukir jelas dirimu

Engkaulah jiwaku
Engkaulah mimpiku
kaulah separuh dari hidupku
Hanyalah dirimu
Yang membuat s'galanya indah
Ooo...

Bilakah yang kurasa
Semua itu akan abadi
Ooo...
Kan kulakukan segalanya
Agar kudapat cintamu

Engkaulah jiwaku
Engkaulah mimpiku
kaulah separuh dari hidupku
Hanyalah dirimu
Yang membuat s'galanya indah
Ooo...

Kusayang dirimu
Ku jaga hatimu
Disini tempatmu di sisi ku
Tetap ku terjaga dalam tidurku
Memikirkanmu
Dirimu...

(Inilah yang kurasa semuanya kan abadi) separuh hidupku ... ohh
(Kan kulakukan segalanya agar dapatkan cintamu)

Engkaulah jiwaku
Engkaulah mimpiku
Engkaulah separuh dari hidupku
Hanyalah dirimu
Yang membuat s'gala-galanya indah
Ooo...

ku sayang dirimu (ku sayang dirimu...)
ku jaga hatimu
di sini tempatmu di sisiku
tetap ku terjaga
dalam tidurku
memikirkanmu
Dirimu...

(Bilakah yang kurasa)
(Semua akan abadi) engkaulah jiwa ku...
(Bilakah yang kurasa)
(Semua akan abadi) engkaulah mimpi ku
(Bilakah yang kurasa)
(Semua akan abadi) separuh hidup ku
(Bilakah yang kurasa)
(Semua akan abadi) engkaulah jiwa ku

Aku dapat lagu nie pun secara kebetulan. Tue pun Ebet yg surf kat net. Tah camner leh jumpa lagu nie. TITI DJ yang menyanyikan lagu nie. tapi tule. Never heard bout this song, tah bila masa dia kuar pun aku tak tau. Tapi definitely lagu nie mmg layan. Best buat layan lentok…hehehehe…click Sini kalu nak DL.

Monday, June 18, 2007

sEkLI LaGi kECoH

Pepagi lagi opis dah gempar. Tapi tak berapa kuat sangat la skala Richter dia. Ari tue gampar pasal kenaikan gaji. Tapi kali nie pasal result pengisian jawatan telah pun kuar. Huhuhu...dan cam biasa gak ghamai yang puas hati..dan ghamai gak yang tak puas hati. Yang puas hati bila diorg tak berubah tempat, kira dok kat Jaybe aje…tapi yang tak puas hati nie bila kene posting kat HQ la.

kesian gak aku tgk kengkawan aku nie. ader tue mintak jawatan lain dapat jawatan lain. Plus ader tue dah bertahun kerja sebagai part time kat sini. Alih2 dapat jawatan yang rendah. Mcm member aku Azreen. Dah bertahun kerja ngan jawatan penolong pegurus sambilan. Alih2 bila dapat jawatan kontrak nie. turun lak jawatan ke PAR. Rasanyer cam tak pAtut la pulak. mamat nie nak resign dari kerja nie sebab frust. Ghamai lagi yang senasib ngan dia.

Tah la ek. Tak tau nak ckp camner dah nie. nasib aku lepas nie tah camner lepas nie. huhuh takut gak nie.

Sunday, June 17, 2007

Aku, The Mariaci dan Taman Negara Tanjung Piai







Sabtu lepas aku ngan The Mariaci (Ebet, Ajie, Mata dgn Chika) pegi bercuti kat Tanjung Piai (credit given tue Mata ngan Ajie coz diorg nie dapat voucher percutian 2 hari satu mlm stay kat Tanjung Piai Beach Resort). Plan ke tempat nie dah lama rancang dah, Cuma la nie la baru nak laksanakan, ialah pasal masing2 sibuk.

Kitaorg bertolak ke Tanjung Piai pun agak lambat sikit dari yang dirancangkan, dah masing2 bangun lambat. Diorg tue semua balik dari umah aku dah pukul berapa masa tue. Dan aku lak tak pukul 4.30 pg baru tido kan. Pukul 12.30 tgh baru aku bangun.

Tapi percutian yg dirancang sunggah la tak sangka. Ingat kan mmg gila babeng punyer gempak. Ialah dapat cuti kat Taman Negara. Tapi indah kabar dari ghuper. tapi dah disebabkan dapat percuma, so tak leh la nak komplen banyak kan dan kalu sekali lagi di ajak dating ke sini. Huhuhu sory naik lori arrr…banyak lagi tempat yang cantik2. dah la tak merasa mandi laut.

Keadaan cuaca pun tak mengizinkan la sepanjang kitorg bercuti nie. asyik hujan aje. Kitaorg bertolak pun dalam hujan. Mlm masa bbq pun hujan plus pagi pun hujan la. banyak masa hanya dihabiskan dengan berborak aje dlm bilik. Nasib baik ader penyelamat dunia “My PS2”. Takde la bosan sangat. Tapi pemandangan mmg tak dinafikan la, mmg cantik. Nak2 pada waktu mlm. Kalau la kemudahan dia ok. Huhuhu…seronok siot kalu dapat duduk lama sikit.tapi nak wat camner. Tapi takpe….nie baru acara memanaskan badan. Coz the grand vacation will be the trip to Langkawi hujung tahun nie. hehehe….wait for me la Langkawi….i’ll be there….

Friday, June 15, 2007

Berita Gembira Ke?

ari nie kecoh lagi kat opis. Kali nie bukan pasal bangunan nie bergegar lagi. Tapi pasal masing2 baru dapat email ttg struktur gaji baru dan pengredan baru . Mcm biasa la ader yang tak puas hati tue. Ialah masa citer2 dulu. Ckp cam nie. alih2 bila dapat email. Lain lak citer dia. Sapa la tak bising2. example…. Ari tue HR memo suruh budak PT anta kelulusan masing2 pasal dia nak nilai. Memana budak PT yang ader diploma akan dapat gaji extra la. but bila email nie kuar.

“PT TIADA KENAIKAN GAJI KEKAL SEPERTI SEKARANG”.

mana tak bebudak bising. Tapi nak buat camner, dah HR decide cam tue. Kene terima aje la. bukan nyer kita boleh buat ape2 pun. Kalu tak suka boleh chaow….kalu saying keje nie duduk diam2 aje la kan.hahahaTapi ialah…jgn la bagi harapan setinggi gunung kalu tahu harapan tue tak boleh nak ditunaikan. Org pun tak sakit hati dan org tak ckp belakang.

Bila cite pasal naik gaji nie. sebenarnya ader bagus dan ader tak bagusnye. Tapi kebiasaannya banyak org terasa peritnya. Mcm yang berlaku sekarang nie, bila dengar aje kerajaan buat kenaikan gaji. Barang2 keperluan atau makanan terus aje naik. Kita tak boleh jugak nak salahkan peniaga2 yang ader. Kerana diorg nie pun rasa terasa sakit akibat berlaku kenaikan harga2 barang yang dikenekan oleh pembekal2 atau pengilang keatas mereka. Bila diorg terima bekalan dari org tengah atau secara terus dah mahal. So by hook or by crook, diorg terpaksa gak menaikkan harga barang. Betul tak. Tapi tue pada peniaga yang betul la. but for yg sengaja letak harga yang tinggi or sorok barang tue. Ah! Pegi jahanam sama ko.

Apapun….bagi aku walaupun kenaikan yang diterima tak seperti yang di gembar-gemburkan. But still naik jugak la kan. Ader rasa selesa sikit la, daripada tak naik terus…ye tak…

P/S…baru merancang nak angkat VIVA la Vanza….tapi kenaikan tak seperti dijangka…huhuhuhu….alamat terkaburla.

Wednesday, June 13, 2007

uNeXPEcTED cALL



WEI nuar, aku nie “TooT”…..wei ko tak plan ke nak pindah seremban? Dekat sikit
ngan family ko kan. Aku nak kawin, sisah ar dok jauh. Aku tanyer aje. Ko jangan
kecoh2 lak….


Tgh sedap2 aku shopping… dapat lak msg dari minah nie. terus potong la nak bershopping. Dalam berjuta rakyat Malaysia yang ader kat dunia nie. kenapa dia tanyer aku. Ek dulu bukan ke dia nie paling anti kat aku. Ape yg aku buat serba tak kene aje kat mata dia….

Tapi tue la manusia… mudah lupa ape yg dia pernah buat ape yang di pernah citer ape yang dia pernah heboh. Dan aku sebagai manusia pun bebuat la bodoh dan bebuat dah lupa. Walaupun hati nie penah sakit. Hahaha….bukan dia bayar gaji aku pun selama nie. jadi nie nak kata2 aku pun tarak hal la brader….

Tapi menarik gak permintaan dia tue. Hehehe…ialah aku bukan kisah sangat family dekat ke jauh. Tapi ialah working environment baru, dekat ngan KL and cost of living yang agak murah sikit berbanding ngan Jay Bee nie. but bila pikir balik…. dah la pindah secara suka rela…tak dapat claim, nak pindah2 nie bukan murah siot kos dia. kalu aku ader toto ngan almari plastic tak kisah la nak pindah2 nie. nie mau kene pakai lori kalu nak pindah nanti. Kalu minah nie nak support aku tak kisah. Lagi yang aku pikir. Nak kene cari umah lagi, member baru lagi…working environment keje kat seremban tue tah camner lak…..ish!! cam cancel la pulak….hahah. takpe la Cik TooT….i’ll passed…..

Monday, June 11, 2007

Ocean 13 & Kematian...

Semalam aku pegi menonton Ocean 13. citer dia ok la and not bad la and a bit ngantuk la.. So tak mau la citer lelebih..... pasal bebudak nie kata citer nie best tapi pada aku ok je. So tak mau la komen lelebih. maybe tak sesuai ngan jiwa aku kut.

Mak call aku. mak aku bagi tau ader sorang member sekampung aku meninggal. muda lagi tue, juz setahun aje atas aku dah arwah. arwah meninggal pasal sakit perut. maybe ader ketumbuhan kut. tak lak aku tanyer lebih lanjut. kepada Arwah Hassan....semoga Allah mencucuri rahmat pada mu. Al - Fatihah....

Sunday, June 10, 2007

Melaka, Match Maker, ikan Bakar, Cahaya Mata dan dot....dot....

kan aku dah ckp bila weekend aje. for sure aku tak lekat kat umah. Sabtu lepas Mata ajak aku pegi Melaka. Reason "uknown". pasal dah kene culik terpaksa la ikutkan aje. takkan aku nak terjun dari kereta lak kan nanti. hahaha...so cam aku ckp kat Mata... "Masa Depan aku la nie kat tangan ko la Mata"....:P

anyway tahu gak aku ghuper nyer mamat nie bawak aku, ajie ngan wan pegi umah Akak kepada makcik dia. tue dah satu hal, pulak tue Akak Makcik dia nie buat Family day merangkap Birthday party dah satu hal lagi. and the worst part (betul atau pun tak). ader match making la pulak.... warghh!! kenapa la aku boleh terjebak nie......

dah la pegi Family day org....org tue la aku tak kenal..... tang match making tue yang aku tak leh nak handle. Makcik dia nak cari kan jodoh tuk anak2 dia. huyooo!!! kalu aku tau. dah lama aku balik kampung ke....pegi melancong ke.....ambik MC ke.

tak senang duduk masing2. dah la kene paksa karaoke....sing to stranger lak tue....oh no!no!no!....what the Y(^*&^^%$%R*^^&$%#$%$#*&%. cam kene prank pun ader, wakanebeb pun ader. mmg siot la ko Mata. Rasa cam nak nak tukar No. phone, Tutup Acc Ittutor, ngan buang no phone ko aje.ish...ish...ish... ialah kalu setakat karaoke kat redbox or kat karaoke jamban tue aku tak kissah lagi. pasal ngan kengkawan. but to some yang tak kenal. ngan family2 org tue...aku bukan nyer Anuar Zain.....wakanebeb!!!!

dalam kul 11.00 lebih baru majlis tue selesai. bila dapat masuk dlm kete tue. tah payah ckp la...berapa banyak hamun la mamat tue terima. mlm tue gak gerak balik JB. tapi sempat gak la aku singgah Segamat jumpa Mak Abah aku. lama tue tak jumpa....hehehe pasal lama tak balik. Sory ek Mak...kejut Mak malam2.....

Opsss!! terlupa lak. Member aku Amir Dian ngan Shikin baru aje menimamg cahaya mata....baby gurl...Alhamdulillah...tahniah wat Amir ngan Shikin. ader masa nanti nak gie tgk la.....