Saturday, November 04, 2006

Penat Mengemas Bang.....



Wow penat betul badan aku ari nie, penat mengemas (kekadang penat pasal puas tido sepanjang petang pun ye). Aku bangun pagi tadi pun bukan la awal sangat (fakta : adalah tidak membawa masalah kalu anda bangun lambat pada hari minggu. Sekali sekala anda memerlukan rehat yang lebih setelah penat berkerja sepanjang minggu. Di ceduk dari majalah Maskulin, tak ingat bulan bila). hehehehe


1st thing in the morning aku tgk bila aku…mak ai, mcm tongkang pecah. Tapi cam malas la pulak nak kemas bilik. Aku bangun aku bawak segala pakaian kotor pegi basuh. Dlm pada masa. Aku masak la breakfast, juz a quick n’ simple breakfast aje. Lagipun yg nak makan aku sorang aje. Housemate aku tido lagi. Sampah aku dah buang, pinggan aku dah basuh, peti ais aku dah kemas. Ape aku nak buat lagi ek. Ah petang tido la….


Kali aku bangun dah lewat petang da. Tue pun pasal member aku anta msg kat aku. Alamak. Kalu dah petang nie lagi la malas dh. Bilik still bersepah lagi. Dan dah mlm la baru nak kemas bilik. Hehehehe. Aku mmg cukup malas nak kemas bilik. Nie nak citer sikit nie….

Satu Ketika dulu....


Sekarang.....

Satu ketika dulu, aku cukup minat baca majalah gempak…. Org kata la mmg rajin gak la aku dok beli majalah nie. aku minat baca pun pasal ialah banyak info ttg anime, kartun, pasal movie plus gamming. Tapi la nie aku mcm dah kurang minat dah nak baca majalah nie. aku dah jumpa satu majalah baru (kira merangkap hobi baru la). tadaaaa…..we present to u the one and only “Majalah Maskulin”. And info about world of guy. Frankly speaking guy, u should buy this mag…. Mmg banyak info berguna yg leh kita timba dlm zine nie. tak yah la aku citer banyak (kekadang leh jadi promote gak). Korang beli aje dan baca. Mmg berbaloi….

Friday, November 03, 2006

Housemate Yg memeningkan kapla.....

Bosan betul kalu guna internet kat opis nie. asyik tak leh nak masuk aje lately. Tak ape pasal agak nya. Dah terpaksa nak menulis kat umah. Mulanya ingat malas la nak menulis pape ari nie. tapi memandangkan, dah mula start bosan. So better aku tulis something la. coz kejap lagi leh la aku gie cc uploadkan.

Ape citer menarik nak citer ari nie. mmmmm…. Mlm tadi merupaka mlm terakhir salah sorang dari housemate aku (merangkap officemate). Why last nite was his last nite kat umah nie? pasal dia kene keluar dari umah nie, tue pun selepas kitaorg yg lain nie sepakat mintak dia keluar. Serius aku ckp, aku bukan nak sangat la dia keluar (yeke?). tapi disebabkan aku dah tahan ngan kerenah dia (bukan aku aje, budak umah nie pun dah tak tahan dah). So he has to go la. tapi aku tak sampai hati nak ckp, so aku just suruh budak umah aku yg lain ckp. Ape yg aku buat, masa diorg ckp tue. aku pegi la hang out la kat umah member aku.

Ape yg dia buat kat umah nie. tahyah la aku citerkan. But if he still kat dlm umah nie. lambat laun aku plus budak umah aku yg lain bakal mendapat satu masalah besar la dlm hidup.for the minor thing tue, aku malas nak panjang2 kan la. dia keluar dari umah nie pun dah cukup baik dah bagi aku. By the same time, sorang lagi budak umah aku dah surat transfer ke cawangan la pulak. Alamak, dah tinggal aku berdua aje lepas nie. terpaksa la nampaknya cari sorang lagi housemate baru.kene tapis betul la lepas nie. tak mau pisang berbuah 2 kali.

Thursday, November 02, 2006

Kaki ku sakit....hati tak sakit


Sakit siot kaki aku pagi nie. rasa nak cabut simpan dalam laci aje rasa. nie semua bahana main futsal la malam tadi. excited sangat. sampai lupa dunia. boleh ter twist lak kaki mlm tadi. dia punya sakit menangkap sampai ke pagi nie tue. tapi mlm tadi2 dalam sakit2 tue sempat gak la aku menyinggah kat cc jap. check kan email plus update antivirus aku. and i got an interesting email dari somebody from aku nyer high school group.

dia citer la dia nak kumpulkan info plus wat reunion tul bebudak high school. and his effort is good, but reaction people about his proposal tue yg aku worried sikit. frankly speaking takut semangat tue hanya la juz like hangat2 tahi ayam. bukan nak merendah2 kan usaha murni beliu. tapi aku dah ader pengalaman dlm menghandle benda2 nie. contoh dah ader, dulu segamat ader website sendiri. Segamat.net. tgk ape jadi, terbengkalai. yg semangat aje berapa ketul sangat. puas dah hebahkan sana2 sini, promotekan bendalah nie. alih web nie tutup camtue aje.

sama gak ngan situasi nak mengumpul kan kawan. salah satu perkara yg paling susah kita nak wat ialah mengumpulkn org, betul tak. masing2 punya commitment, tanggungjawab dan kekadang leh ckp gak malas. so ape the result is hanya org2 yg sama aje kekadang yg muncul. dan begitu la seterusnya dan seterusnya.memula aku malas la nak broad up (betul ke aku eja) dlm group tue. by hook or by crook, somebody kene ckp gak benda nie. sapa tak sayang kat sekolah lama. kat situ la kita mula mengenal erti kehidupan, erti berdikari dan erti bersahabat. walaupun aku tak lama kat sekolah tue coz aku sambung blaja kat sekolah berasrama. tapi High School is still my beloved school of rock.

*P/s: pasal kaki aku sakit la aku lambat datang keje ari nie (alasan!!!!)

Wednesday, November 01, 2006

Selamat Naik Keje

dah berapa hari aku asyik tangguh2 nak menulis, bila ader idea nak menulis. sibuk lak ngan urusan keje. bila tak sbuk ngan keje pulak timbul rasa malas. hahaha... macam2, manusia kan suka cari alasan. kalu tak, takkan dinamakan manusia. anyway cut the crap....

dah 3 hari aku naik keje, setelah sakan beraya dikampung dan soalan common yg di tanya bila naik keje, cam ner beraya kat kampung? jawapan dia ialah biasa aje. tue la jawapan yg aku berikan setiap tahun.hahaha...selagi aku single dalam erti kata lain belum khawin, aku rasa cam tue gak jawapan yg aku bagi pada tahun depan atau tahun berikut nya. seperti tahun sebelum nya. kalu berkumpul kat kampung tue. kalu tak penuh semeja, mmg tak sah. dan ader aje topic2 yg nak dicerita. dari yg serius hingga kan yg merepek kerepek. tapi kita takkan duduk sentiasa duduk ditakuk yg sama kan. so tue yg berlaku pada tahun nie. berapa ketul sangat la yg timbul masa berkumpul masa mlm raya. kenapa? pasal kebanyakan member semua dah berumah tangga, dah ader tanggungjawab. tapi borak tetap hangat cam tahun2 sudah gak la.

tahun nie gambar raya pun tak ambik, baik ngan family atau ngan member. nak kata tak sempat, banyak tul masa. kalu tak masakan aku masih leh pegi main badminton (satu benda yg tak penah aku buat pada hari raya), tgk2 kereta kat kedai, strolling kat bandar tgk amoi2. alah2 senang citer tahun nie malas la. hahahaha

Ape yg menarik raya tahun nie. hahahaha..... memana aku pegi, tak kira bila jumpa member ke, emak member ke.mak sedara ke, pakcik makcik cleaner ke. semua dok akan tanyer soalan bonus kat aku, kalu tak soalan : dah kawin ke? atau bila nak kawin? dan jawapan cam biasa la. lum lagi. sampai kekadang tue aku rasa cam nak record aje jawapan selamba aku nie. ialah penat siot asyik nak merepeat. ape boleh buat. lum ader yg terlekat lagi. alah mak bapak aku tak kisah lagi. so happy2 dulu while u still can la. tapi kekadang tue bila pikir2 balik cam haru gak la. ialah member aku banyak dah kawin dan ader gak yg bakal menyusul dalam bulan 12 nie. ader tue sampai dah anak 2. alahai. pulak tue budak umah aku kat jb. sorang dah kawin anak dah satu plus sorang lagi lak bakal bertunang. tidakkkkkkkkkk!!!!!! kisah la. janji rock. alah kalu ader jodoh nanti kawin la aku. tarak hal la. susah2 sgt nanti. pandai la aku suruh mak aku cari kan.

Bulan November huh !!


Oh bulan November!...
ko nie banyak betul menguji kesabaran aku….
ko juga banyak menyerikan aku…..

Oh bulan November!...
Ko nie betul la buat aku kopak….
Ko jugak buat kan hidup aku gempak!

Oh bulan November!....
Kejap betul ek masa nie berlalu…
Kalu aku boleh putarkan waktu…
Dah tentu aku ubah ape yg berlaku sepanjang ko ader kat sisi ku….
Tapi ape kan daya…
Aku nie hanya la seorang manusia yg biasa…

Ha…ha… banyak tul cite, kalu nak di citerkan ttg ape yg berlaku kat aku sepanjang bulan November nie. tapi kira balance la. ader yg molek, cantik, menarik dan best tapi ader gak yg kelat, maung, sedih, sakit hati geram ngan &*(^&&*%%$#%$#%(

Nak citer yg mana dulu. ek. Yg best ke yg tak best……mmmm 4 sure la yg bestkan hahahahaha…..walaupun bulan November nie bukan birthday aku even ulang tahun weeding aku (eh..aku lum kawin la!!! huh). Tapi aku dah pun menghadiahkan tuk diri aku sendiri sesuatu yg aku dah lama dok idam selama nie. selama nie aku dok pendam aje perasaan dan hati aku nie. dah puas dah aku luahkan. Sampai naik meluat kengkawan aku dengar. Akhirnya…. Impian aku menjadi kenyataan. Akhirnya aku dah ader PS 2 (yahoo!!!). dan sejak ader PS 2 nie. aku dah mula lekat kat umah aje (kengkawan dah bagi amaran kat aku, adalah dengan memperolehi PS 2 nie, anda akan jadi seorg yg anti social la lepas nie. so kalu rasa nak jadi anti social. Beli la PS2). Betul ke….

Ha’ah kut. Sekarang nie asyik nak balik awal aje, sampai member aku dok gelakkan aku, ialah aku nie bukan nyer ader bini kat umah. Tapi madang asyik nak balik awal. Tak kira waktu tue ujan lebat ke atau panas terik ke. futsal pun dah sebulan aku tak main. Nak kuar pun tunggu org push2 baru la aku kuar (itupun kekadang bagi alasan kt member yg ajak aku kuar). Punyer nyer pasal PS2 nie la. dek kerana PS2 nie gak la aku asyik browse kat net game yg latest2, strategies dan hehehe cheat la….plus mula berjinak mencari magazine specific for PS2. agak susah gak nak cari Mag Ps2 nie. kalu ader pun mahal nak mampus, ialah imported zine la katakan.


Itu citer pasal happy story merangkap hobby baru merangkap awek baru aku. Nie la pasal camner bulan aku spend duit cam ayak aje. Tah kenapa motor tua aku nie wat hal lak bulan nie.lampu asyik terbakar aje, padahal baru aje ganti. Dah anta jumpa doctor pun sama aje. Bukan takat lampu aje wat hal. Pick up pun tarak. Bila naik bukit aje, org berlari lagi laju dari aku yg bawak moto nie. last2 panas ati nyer pasal. Sekali lagi aku bawak jumpa doctor. Dan akhirnya melayang beratus duit aku. Tapi takpe la walaupun sakit hati aku. Banyak jasa beb moto nie kat aku. Dan alhamdulillah motor aku dah pun sihat malah leh senyum bangga la aku. Setakat Mike Doohan yg potong…aku leh kejar balik dan tinggalkan bertiang la…..

Tapi yg betul wat aku sedih, syahdu, pilu ngan meraung….warrrrghh!!!. HP kesayangan aku wat hal. Nie semua bahana aku liat sangat nak beli baju hujan la nie. ha’ah padan ngan muka sendiri. Sapa suruh tak beli baju hujan. Semuanya bermula masa aku merempuh hujan masa balik keje. Memula tue takde la ujan, dah pertengahan jalan baru la hujan turun ngan lebat secara mendadak. Padahal dah dekat ngan umah. Memula tue aku balik ok aje hp tue. tapi bila tiba mlm, aku nak anta sms…hp nie mula wat hal. Key pad 7,8.9 ngan back space hang. So kene tahan wad la HP aku dekat seminggu gak la aku takde hp. Ingat bila dah ambik balik HP tue dah ok la akhirnya. Elok aje aku kuar dari kedai HP, HP aku nie wat hal lagi….huhuhuhu sedih wooo. Aku patah balik kedai dah tutup. Last2 soknya aku pegi kedai tue balik….aku trade in HP tue. tukar ngan HP lain. Sayang la HP tue... banyak best woooo….dia la member aku masa kalu aku sunyi. Dia la penghibur dia la penawar, akhirnya aku terpaksa lepaskan dia. ialah takde rezeki nak hidup lama ngan dia. Good bye My W800i….uhuk….uhuk…

Aper lagi yg berlaku ek sepanjang bulan November nie:

1.I’ve learned a lesson. Dan aku dah pun beli baju hujan. Padan muka aku sekali lagi.
2.Aku jumpa A.Rahim (ala composer lagu tue…). dia daftar perniagaan dia kat kaunter aku.
3.Aku dah pun beli baju tok aku pakai kat majlis weeding Azli, punyer la payah, berjaya gajuak akhirnya. Ialah nak ikut sangat tema la katakan.
4.tamat nyer bulan personal evaluation tuk aku ngan semua staff yg keje di bawah Suruhanjaya tempat aku keje. Dan alhamdulillah, aku dengar aku dpt baik.. huhuhu… makan besar aku tahun depan.
5.Akhirnya claim Ot tertunggak gak aku dah pun masuk. Senyum melerett aku bulan nie.
6.Still single and solo….hahahaha