Friday, December 31, 2004

Puisi

Sungguh menyakitkan bila mencintai sesesorang..
dan bila cinta itu tidak berbalas
Tapi apa yang lebih menyakitkan apabila..
mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari
Kekuatan untuk menyatakan rasa cinta..
kepada orang yang dicintai

Mungkin Allah berkehendakkan kita..
berjumpa dengan beberapa orang yang bukan jodohnya
Supaya apabila kita dipertemukan jodoh yang sebenar..
kita akan menghargai betapa bernilainya
PemberianNya itu.

Apabila tertutupnya pintu kegembiraan..
ada pintu lain yang masih terbuka
Tetapi mengapa kita harus terus menanti..
kepada pintu yang telah tertutup itu?
Sehinggakan kita tidak sedar pintu lain yang terbuka untuk kita.

Memang benar..
kita tidak menyedari apa..
yang kita ada sehingga kita kehilangannya.
Dan memang benar kita tidak tahu apa yang kita hilang..
sehingga ia muncul dan kita menemuinya.
Memberi cinta pada seseorang..
tidak menjaminkan yang kita akan dicintai kembali..

Jangan mengharap cinta akan dibalas..
Tunggu sahaja supaya ia dapat berkembang di dalam hatinya..
tetapi jika sebaliknya
Biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita..

Kita mungkin suka untuk mendengar pada apa yang kita tidak pernah dengar..
dari seseorang yang hendak kita dengar
Tetapi janganlah kita memekak telinga untuk tidak mendengar
pada orang yang menyatakannya dari hatinya.

Jangan ucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba
Jangan berputus asa jika kita rasa masih mampu meneruskannnya
Jangan menyatakan kita tidak mencintai seseorang..
Jika kita tidak mampu melepaskannya.

Cinta hadir
Kepada mereka yang masih mengharap walaupun telah dikecewa
Kepada mereka yang masih mempercayai walaupun telah dikhianati
Kepada mereka yang masih ingin disayangi walaupun telah dilukai
Dan kepada mereka yang mempunyai kekuatan dan keyakinan
untuk membina kepercayaan itu kembali

Ia cuma mengambil masa sedetik untuk terpikat kepada seseorang,
Cuma seminit untuk menyukai sesorang..
sehari untuk menyayangi dan mencintai seseorang
Tetapi seumur hidup untuk melupai seseorang.

Mimpilah apa yang ingin kita mimpi
Pergilah ke mana yang kita hendak pergi
Jadilah apa yang ingin kita kejarkan demi cita-cita
Kerana hidup hanya diberikan Allah sekali dan
peluang juga hanya hadir sekali untuk kita melakukan apa yang diingini

Kegembiraan bagi seseorang tidak semestinya terbaik untuk segalanya
Sebaliknya ia hanyalah segalanya yang hadir mengiringi liku kehidupan

Jangan kita mencarinya..ia boleh menipu
Jangan kita mencari kekayaan dan harta..ia akan pudar
Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum
Kerana ia cuma perlukan sebuah senyuman
untuk menghilangkan awan-awan kesepian yang menutupi cahaya yang gelap
agar dapat sinar mentari mencerahkankan langit yang selama ini mendung dan
mengembalikan keceriaan yang selama ini lesu

Semoga kita dapat menemui seseorang yang mampu membuat kita tersenyum
Dan mampu untuk senyum buat selamanya...

Selamat tahun baru

PEJAM celik, kita semua hampir melengkapi satu lagi blok masa selama 12 bulan, 52 minggu, 365 hari, 8,760 jam, 525,600 minit dan 31,536,000 saat, bagi tahun 2004.

tak sangka kejap aje masa berlalu. banyak perkara yg yg berlaku. tak kira sedih atau gembira.mcm tahun lepas aku pernah tulis ttg kesimpulan hidup aku untuk tahun 2000. dan pada tahun nie evalution yg aku leh buat ialah boleh dikatakan banyak rintangan dan halangan yg menjadi halangan untuk aku berjaya.tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan sokongan tak kira dari keluarga mahupun kengkawan. aku berjaya mengharungi semua nye.

aku juga banyak belaja dari kesilapan yg aku lakukan sepanjang tahun ini. aku juga bersyukur kerana masih lagi bernyawa hingga ke hari ini.

hari ini gak merupakan hari terakhir aku berkerja di company yg aku berkerja sekarang nie. setelah aku berkhidmat selama 1 tahun 1/2 disini. akhir nya aku dapat offer berkerja ditempat lain. dan kali ini aku akan hidup berdikari tanpa keluarga disisi. sakit demam aku, panas hujan akan aku tempuhi sendirian. harap semoga aku boleh mengharungi nya dengan lebih baik. lebih baik dari tahun ini. insyallah.

Thursday, December 30, 2004

Result PMR

balik dari keje semlm aku dok lepak ngan mak kat anjung umah. ini la rutin aku kalu balik keje. kalu tak lepak kat anjung umah. lepak minum petang kat dapur. balik ari nie mak nak happy aje. aku tanyer la mak kenapa.mak suruh aku teka keputusan PMR adik aku Amir.aku cuma mampu mengangkat bahu tanda tak tahu. mak ckp Amir dapat 7A 1B. terperanjat gak aku. tapi aku tak show la kat mak. boleh dikatakan sepupu2 aku yg lain pun cemerlang cam adik aku. cam anak pok teh aku dapat 9A, anak Paman Koi dapat 8A ngan anak cik Esah dapat 9A. kengkawan adik2 aku pun lebih kurang aje ngan adik aku. tue yg aku ckp kat mak. Soalan kali nie senang kut. ha....ha.....tapi mak kata adik aku ckp soalan susah. ialah adik aku maybe dia malas sikit tapi mak ader anto tuisyen plus masuk kelas tambahan lagi. tue yg mak rasa berbaloi berantar berjemput ngan adik aku nie....

Result PMR

balik dari keje semlm. Aku dok borak ngan mak aku. itu la rutin harian aku. balik lepak kat anjung umah.mak aku tanyer aku. " kau tau adik ko dapat berapa PMR nie". aku jawab yg aku tak tau dan aku tanyer la mak aku kenapa. teruk ke result yg dia dapat. mak aku tetap suruh aku teka. aku cuma mampu angkat bahu aje la. last2 mak aku ckp Amir dapat 7A 1B, terkejut gak la aku tgk adik aku dapat result camtue. aku bukan meragui kemampuan dia. cuma dia nie nampak cam tak belaja.Masa nak exam siap bawak balik PS one. asyik kene marah aje ngan mak. tapi buat bodo aje. but now mak dah tak bising2. siap mak ckp berbaloi anta dia gie tuisyen, anto ke sekolah ngan anto kelas tambahan. akhir dapat keputusan yg elok.

aku nie bakal kopak la. ialah nak kene belanja adik aku nanti. ha....ha....kene la jadik abang yg bertanggung jawab. tapi kene tunggu arrr coz gaji aku tak masuk lagi.

Wednesday, December 29, 2004

Bencana Alam

Bertafakur seminit
JAKARTA: Perlawanan antara Indonesia dan Malaysia akan
diteruskan seperti dirancangkan hari ini, tapi pertemuan dua negara serumpun itu
akan bermula dengan penghormatan terhadap mangsa gempa bumi dan ombak besar yang
melanda kedua-dua negara.



Sembang: Tsunami kejutkan kita
PENGKAJI Amerika dikatakan mengesan gempa
bumi yang mencetuskan tsunami dan cuba sedaya upaya memberi amaran mengenai
pergerakan air raksasa yang meluru ke tujuh negara di Asia, menurut Pusat Amaran
Tsunami Pasific di Honolulu.




Edisi Nasional: Tsunami sukar dilihat
HONG KONG: Ombak besar yang melanda
seluruh Asia semalam, boleh bergerak beratus-ratus kilometer dalam masa sejam
dan kekuatannya semakin bertambah apabila melintasi lautan menyebabkan
kemusnahan lebih besar berbanding ketika permulaannya.



nie adalah diantara tajuk2 berita yg terpampang di dada surat2 kabar di malaysia. bahkan di negara luar juga mengutarakan tajuk yg sama di halaman depan surat kabar mereka. bebaru nie kita dikejutkan dengan perbuatan seorang pemain bola sepak yg membatalkan perkahwinan nya di saat akhir. kecoh tak kira di akhbar atau di TV. tapi karang nie berita tersebut tenggelam kerana ader lagi berita perlu diambil berat, berita yg boleh membukak mata kita. berita yg membuatkan kita insaf. boleh dikatakan hampir semua negeri dilanda gegaran kecuali di johor kalu tak silap aku.bila aku membaca surat kabar dan menonton berita. sedih plus terharu ialah ramai yg meninggal dunia dunia kat malaysia nie ialah org melayu. kebanyakan yg mati ialah mereka2 yg membawa keluarga berkelah ditepi pantai.

tapi nak buat camner ajal dan maut ditangan Allah. itupun ader gak ulama2 yg mengatakan gempa bumi atau ombak besar yg datang merupakan satu bencana yg sengaja Allah turunkan kerana Allah murka ngan perbuatan umat nya. aku tak setuju sama sekali ngan pandangan yg diberikan oleh ulama2 nie. menyalahkan kerajaan malaysia atas ape yg berlaku. kerana menghalalkan pelbagai bentuk hiburan.sebab itu malaysia yg tak pernah dilanda bencana alam seumpama ini terkena tempias becana tersebut. Allah nak menurunkan bencana bukan mengira tempat tue ader umat yg baik atau umat yg jahat. bukan mengira darjat ataupun pangkat. kalu kita tgk. semua tempat tak kira tempat tue ader mesjid ke. ader org islam ke. semua nyer kene.sepatut nya kita ambik iktibar ngan kejadian yg melanda. bukan hanya pandai menunding jari. dari pada ckp apa kata bertindak. adakan sembahyang hajat ke, mensedekahkan yasin kepada yg meninggalkan. berdoa semoga mangsa yg hilang ditemui kembali. itu baru cara yg betul. tapi nama pun manusia.....kalu tak ader sifat negetive bukan manusia nama nya.



Gambar Seorg bapa memikul anak nye yg sudah meninggal dunia.

nie gambar yg diambil di Thailand.



Monday, December 27, 2004

Lagu Samseng.

hahaha...lagu Samseng nih....bila aku dengar lagu nie terasa kelucuan nye....lirik best...meaningfull .kira ader masuk tersirat la.but a little bit dull .ahhahaha...ape lah... tp ok lahkan...janji dpt sampaikan mesej ......asyik lagu mengenai jiwanggg je...cinta...sayang2...alahai.so ader veriety la sikit...takde ke kelainan skit...espacialy to eddie coz dia ader tanyerkan lagu nie.

Artis : AHLI FIQIR
Lagu : Samseng


Samseng, samseng, samseng, samseng
ini bukan zaman samseng
bukan zaman samseng samseng*
tiada tempat untuk samseng
ini bukan cara samseng

Sudah banyak yang ku lihat di depan mata
pecah botol pecah gelas pecah kaca pecah kepala
cara berkuasa siapa gagah siapa perkasa siapa lagi ramai anggota
mana tempat?
bila masa?
kita jumpa
satu lawan satu
engkau dengan aku
buka butang buka baju
gedebak gedebik gedebuk
kita tunggu siapa yang akan jatuh dahulu

Yang menang akan jadi abang besar
tak perlu gusar
kiri kanan sentiasa ada orang jaga
bila berjalan kepak mula dibuka
jaga jaga jangan cuba merenung mata
amaran untuk semua

dunia ini dia yang punya

Dan didepan mu berbaris peluang-peluang
tapi tidak mahu pun engkau rebutkan
Berderet-deret sasaran
namun tidak satu peluru pun engkau lepaskan
kerana engkau hanya asyik berjuang
Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan

Keberanianmu itu adalah
himpunan puluhan anggota bengong
yang sibuk melaungkan suku-suku pantun
serta cogankata kosong

Keberanianmu itu adalah
tubuh-tubuh kaku terdalam* bergelimpangan
di simpang-simpang jalan yang telah engkau tewaskan

Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu
yang berbinkan dan berbintikan
si anu dan si polan
terpampang di muka suratdepan
ruang2 surat* dipasung kaki dan tangan

Keberanianmu itu adalah anak2 bangsaku
dalam satu ikatan berkongsi kandang
bergelar si banduan

Apa yang kan kau dapat
hanya sorakan kuat
naikkan semangat
setelah bertempur hebat
engkaulah tuah engkaulah jebat
tiada siapa yang akan berani dekat
sampai bila kau nak jadi raja membabi buta
bukalah mata satu hari kau pasti akan jatuh takhta
kehabisan bisa baru kau sedar
mana pergi tuah
mana hilang jebat
mana kata semangat
mana kiri kanan gua
mana kata bersatu
mana isi dan kuku
mana sehidup semati
mana pergi
argh!! semua janji

Bukan aku hendak mengata
tapi sudah nyata
semakin bermaharajalela
semakin berleluasa
satu demi satu
bangsa ku menjadi layu
gugur di medang perang
ciptaan saudara saudara ku
bagaimana hendakku jelaskan
pada generasi baru
dunia maju tapi bukan kita nombor satu
dunia serba canggih tapi kita masih menagih
dunia pesat membangun tapi kita masih mengelamun
salah siapa
lain makan nangka
lain kena getah
lain cari cerita
lain jadi mangsa
kerana nila setitik
rosak semua susu sebelanga

Friday, December 24, 2004



Kapal Terbang Kertas

Tolonglah angin
Bawa kapal terbang kertasku
Kepadanya
Supaya ternyata jelas
Isi hati ku
Yang sebenar-benar ikhlas
Dengan cintaku
Hanya dia satu

Maafkan aku
Andainya warkahku
mengganggumu
Di awal pagi ini gadisku

Ku tak berdaya
Menahan
rinduku lebih lama
Ku harap dapatlah sekiranya
Ku kau terima

Tolonglah kawan aku ingin tidur lena
Layan bermimpi bukan jadi orang
gila
Terus meracau dirasuki rindu dia
Ayam berkokok baru nak mengantuk

Maafkan aku
Andainya warkahku mengganggumu
Di awal pagi ini
gadisku

Ku tak berdaya
Menahan rinduku lebih lama
Ku harap
dapatlah oh kiranya
Kau terima

Kau di sisi gantikan bantal gulingku
Kau di sisi temankan ku sepanjnag malam
Kau di sisi bisikan cinta sucimu
Kau di sisi pabila api kamarku padam

Kau kan terima
Yang kau
terima
Ku kau terima




aku tak tau nka buat ape ari nie. kebanyakan masa aku abiskan ngan mengadap internet aje ari nie. ari nie tadi aku online kan YM aku. Pergghh!! ramai nyer yg menyapa aku. terharu lak rasa nyer. ramai yg bertanya kabar kat aku.aku cam biasa la sihat aje. cuma bosan sikit. tarak benda nak dibuatkan.ari nie ader staff baru masuk. member aku gak. yg bakal mengantikan tempat aku kat sini. so ari nie aku ajar la ape2 yg patut kat dia. jap lagi aku nak bawak dia gi tgk asrama....wokeh cun...

Tuesday, December 21, 2004

Tukar Keje

Ari nie aku bersemuka ngan boss aku. Boss aku panggil pun pasal dia nak tanyer ttg kerja baru aku la. tgk gaya cam tak nak lepaskan aku. mcm2 dia tanyer kat aku. ape sebab aku berhenti? takde future ke ngan metrowealth? pasal working enviroment ke? so aku just brief aje kat dia kenapa aku aku quit dari metrowealth. tapi aku tak citerkan la masalah sebenar aku. why i quit this job?. hidup kene menipu. dah aku mmg tak selesa keje kat sini. nak buat camner.

org kata aku nie lembut hati. even boss aku pun kata aku telinga ringan (sebelum nie aku tak tau ape yg dia maksudkan ngan telinga ringan nie). aku tak nafikan ape yg org kata kat aku. coz maybe ape yg diorg katakan tue betul. ialah. belakang aku marah, aku tak setuju camner cara diorg treat aku. but infront sebalik nye yg berlaku. aku just mendiamkan diri. senang ckp buat kerja tanpa banyak ckp. hati tak syok buat keje tue. tapi terpaksa buat. tah la. perangai panas baran aku dah takde. kira tak menyengat cam dulu la. kenapa aku jadik camnie pun aku sendiri tak sure.but still aku stick ngan keputusan aku. aku akan tetap meninggalkan Metrowealth nie.

betul org kata buat ape nak susahkan diri duduk kat bandar besar. nanti nak kene bayar sewa, api & air. makan nak kene bayar. walhal kalu aku dok kat segamat nie. aku dok ngan family, balik mak dah hidangkan makanan. itu org kata, org tak paham aku, aku nak cuba merasai pahit maung hidup berdikari. sampai bila aku nak duduk ngan org tua. sampai bila.......

aku harap dan aku berdoa pada yg esa. semoga keputusan yg aku buat nie merupakan satu keputusan yg betul. yg dapat mengubah masa depanku.

Monday, December 20, 2004

'Travel Seminar 2004'

Metrowealth International Group
'Travel Seminar 2004'


nie antara gambar2 masa kat travel seminar


Nie gambar salah sorang dari penari yg didatangkan khas dari Bali.Menarikan tarian tradisonal Bali.



Nie lak Juni, Dibah ngan Sari plus Dewi ngan Munni.diorg nie office mate aku.



nie lak aku bergambar ngan Sifu.betul kat depan stage



Dari Kiri belakang Aku, Sari & Juni,
Depan Kiri Mai, Dibah, Mail, Sufi, Dewi ngan Munni.

gambar nie diambil masa mlm Travel seminar.



upacara pemotongan kek oleh shareholder2 Metrowealth international Group



Persembahan dari Bebudak kolej aku. tak menang pun. coz ader yg lagi hebat.



Persembahan dari Delegasi Indonesia.



Persembahan Dari Waheeda



nie lak gambar masa nak turun ke parking lot. nak balik segamat.

kalu nak diikutkan banyak lagi gamber2. tapi masih dlm proses. kene tunggu!!!

Selamat Pengantim Baru.

selamat pengantin baru

semlm aku pegi dua jemputan kawin. satu kat keratong n' satu lagi kat kampung aku.pagi tue aku tolak kul 10. ialah nak ke keratong bukan nyer dekat. jauh beb, so tue yang kene bertolak awal.aku pegi ngan kak ida n' member dia masa belaja kat sekolah men dulu.

takde la susah sangat pegi umah member aku nie. coz pegi berkonvoi. and this is my 1st time la masuk keratong. aku pun mana penah masuk. so bila aku tgk kedaan keratong. aku rasa gembira ngan taraf hidup org2 nyer selesa.rumah2 pun cantik.berbalik ngan citer member aku nie. lauk umah member aku nie lain dari yg lain la.tak sama ngan umah org kawin yg aku gie selama nie. ader kerabu umbut, kerabu sayur,daging kicap plus ayam goreng kunyit. tapi sedap la pulak. ialah, lain pada yg lain. lepas makan tue. sempat gak aku naik umah. tunggukan bebudak pompuan nie tgk pengantin. aku just dok luar aje layan tunang dibah. tapi oleh sebab masa tak mengizinkan...coz aku nak gie umah best pren aku nyer adik kawin. kak ida nak keumah kwn dia kawin. so terpaksa balik awal.

sampai aje. aku terus ambik moto coz aku park moto kat umah kak ida. aku gie umah Aki. yg kawin nie budak sekolah aku dulu. pompuan. takde la rapat mana pun. nie kan nak berborak. but aku baik ngan abang dia. coz sesama SSL dulu kat Majlis Daerah. so aku datang nie atas invitation abg dia la. tak pegi karang ape kata member aku nie. aku dah dapat jangka yg mmg jumpa ramai member2 sekolah nie nanti. but majoriti takkan cam sapa aku. coz aku tak sama cam dulu.hi...hi....mostly yg aku jumpa semlm bukan bebudak class aku la. kebanyakan nyer bebudak ex kelas agama ngan khas. but then boleh borak lagi la. semlm pun aku banyak borak ngan nurul aje.yg lain tue beborak sikit2 aje. coz tak kenal sangat. then balik dari umah member aku nie ingat nak kedai spare part.cari barang tuk moto aku.nak ganti ape2 yg patut.but then kedai tutup. lupa la pulak kedai tutup ari ahad. tue yg lepas aki anto aku balik. aku just tido sepanjang petang tue. penat tak ingat.

*actually semlm member Forum aku kawin gak. tapi aku tak dapat datang. so just wish kat dia aje.buat kengkawan aku yg kawin pada hari semlm. aku ucapkan "Selamat Pengantin Baru" semoga berbahagia akhir nye.

Saturday, December 18, 2004

di sebabkan aku tak tau nak buat ape petang nie. so ader baik nyer aku sambung merepek dlm weblog aku nie.hari nie aku keje full day. bosan nyer rasa. kan best kalu dapat dok umah.waktu2 camnie kalu dapat bantal nie best. tapi dah kene keje. so kene terima la. tapi just for this month only la. lepas nie kat tempat keje baru takde la kene keje full day on saturday.

citer pasal nak tukar keje nie. banyak gak la modal nak dikuarkan. sakit jugak la kalu diikutkan. nie antara jumlah yg aku kene...

  1. medical checkup RM 50
  2. Pos moto RM 70
  3. Repair moto RM 70
  4. Sewa Umah ??????
  5. Bil Phone RM 140

banyak tue. parah beb parah.....aku lupa nak tanyer kan pasal sewa umah kat member aku. berapa kene bayar. bil api & air lak camner.....tue nanti aku call la. tapi alhamdulillah. semua nyer berjalan ngan lancar. angkat sumpah pun dah, umah pun dah dapat yang tinggal appointment ngan doc 28hb kul 2.00 ptg, barang2 yg lum di pack ngan moto yg lum di service. dan insyallah kalu tak aral melintang. aku akan ke JB pada 5hb januari depan.

nie lak citer pasal thum drive aku. aku nyer thumb drive dah pun siap. masalah nyer sekarang nie. takde sapa yg nak gi ambik thumb drive aku nie. dan ape yg aku tak syok dengar. warranty thum drive aku tue tak cover earphone sekali. so aku try call topek ngan andy. mintak tolong ambikkan. (even aku rasa malu gak nak mintak tolong)....but then they all tak dapat nak tolong coz. tarak masa. tue yg buat aku blur....aku sendiri nak turun rasa berat la pulak. coz aku masih lagi penat nie.plus tengah sengkek gila nie. so aku ingat aku nak try la kontek kedai tue. aku kata aku nak ambik minggu depan. coz minggu depan topek free. aku rasa tarak masalah kut.argghh!!! tension....tension....


'Travel Seminar 2004'

Metrowealth International Group
'Travel Seminar 2004'


Topic : Metrowealth In The Era Of the K-Economy"
Date : 11 December 2004 - 17 December 2004
Venue : The Palace Golden Horses, (Grands Ballroom),
Kuala Lumpur, Malaysia
Schedule

MIG Travel Seminar
Date : 11-14 December 2004


Metrowealth International Group 10th Anniversary Celebration Night
Date : 15 December 2004
Time : 6.30 pm (Wednesday)
Venue : Palace Of Golden Horses ( Grand Ballroom ), Kuala Lumpur, Malaysia
Remarks : Any enquiries please contact- Tel: +603-80233299 Fax: +603-80233799

Metrowealth Global Leaders Summit 2004
Date : 16 December 2004


aku tak sangka aku merasa gak pegi travel seminar nie. bulan nie kan bulan last aku kat company yg aku keje sekarang nie. so aku assume boss aku takkan list kan nama aku dlm kumpulan yg akan ke travel seminar nie. but still boss aku nak aku datang in fact aku kene datang awal coz aku lupa yg aku nie one of the committe yg handle untuk travel seminar nie.hi...hi....penginapan disediakan. travel seminar nie buat kat Palace of Golden Horses. so aku ngan member aku nie dpt la satu bilik kat Palace hotel nie. aku ditugaskan untuk menjemput tetamu2 yg datang di pintu masuk ballroom. memula tue cuak gak. ialah main entrance tue. kalu english aku ok. aku tak kisah.....nie tak cam hampeh....tapi yg lawak nyer masa mlm tue. fluent pulak aku speaking ngan guest yg datang. ha...ha.....anyway seminar nie berjalan ngan lancar la. maybe aku akan citerkan ngan lebih detail nanti. berserta ngan gambar2 masa kat travel seminar nie nanti. tapi makan masa sikit la. coz tuan punyer camera tgh cuti seminggu.

Tuesday, December 14, 2004

Sedih siot.....
aku mmg tgh sedih sangat nie. tak tau nak kata camner. kepala aku buntu. fikiran aku celaru....hati aku resah....cam2 arrrr. kalu org tgh aku mmg la kuat. muka ganas....tapi perasaan aku sapa tau. aku pun manusia gak....ape kalu aku sedih. org ingat aku nie cam pompuan ke. anyway....aku rasa relationship aku ngan awek aku cam dah nak sampai ke penghujung nyer arrr. nie yg buatkan hati aku sedih sesangat. aku tak tau camner nak menjernihkan suasana. mcm takde kuasa la. aku punj tak tau camner nak ckp or nak ceritakan. aku dah cuba sedaya upaya aku. aku sayang kat dia. mmg tak dinafikan aku ader rasa bosan, takde gembira, cam kosong pun ader or rasa cam dull aje. semenjak dua menjak nie. tapi aku cuba atasi. aku cuba ikut kehendak dia. but keadaan menjadi semakin buruk. semakin tak terkawal. dia kata aku ego.dia kata mendiamkan diri bukan jalan penyelesaian. tapi...hakikatnyer kenapa aku mendiamkan diri. bukan aku taknak speak up. tell her the whole thing. about her attitude yg aku tak berkenan. aku nak jaga perasaan dia. aku taknak dia kecewa or terasa. aku sabarkan aje. even kalu nak bercakap dlm phone or ber sms ke. aku aku cuba gunakan bahasa yg takkan menyentuh perasaan dia. but sebalik nye lak pada dia.

dia asyik ingat aku curang. aku ader pompuan lain dlm hidup aku selain dia. hakikat nyer mana ader. nak telepon org lain pun aku malas. inikan nak jumpa. sapa yg nakkan aku nie. bukan nyer hensem or tampan mana pun. bukan nyer kaya or berpelajaran sangat. ape yg aku ada. ape yag aku warisi or harta ape yg aku ada. takde ape. mmg tak dinafikan aku nie jenis melayan. tapi as a friend. takkan aku couple ngan dia, aku tinggalkan life aku sebelum nie. apa kata member aku, ape kata sedara or sepupu aku.

nak kata aku tak melayan dia ngan baik. aku selalu gak la jumpa dia. aku turun kl. aku call aku sms (walaupun tak sekerap dulu). member aku sendiri kata aku still ader show something or effort. but kenapa dia still tak nampak. ader aje rasa tak puas hati. kalu ikutkan hati nak aje aku turun kl selalu jumpa dia, call dia setiap hari, sms dia setiap masa or bagi present or card selalu. tapi sapa la aku nie. aku bukan kaya pun, banyak mana duit yg aku ada. kalu dia kata aku dah lama tak call or anto sms tak balas....aku rasa sedih gak. bukan taknak call or balas....tapi aku pun ade kehidupan aku sendiri. mlm tadi dia kata kat aku..."apa kata kalu kita end aje"...satu perkataan yg aku sendiri tak sanggup nak sebut. kelu aku dibuatnyer mlm tadi. tak senang tido aku.................

Final Distance
utada hikaru.

Ki ni naru noni kikenai
Oyogitsukarete kimi made mukuchi ni naru
Even though I worry about it, I can't ask
I'm tired of swimming, and
even you have become shy

Aetai noni ienai nami ni osarete
Mata
sukoshi tooku naru
I want to see you, but I never can, waves push us apart
Again, just a little more distance

Tokirenai you ni keep it going
baby
Onaji kimochi janai nara tell me
Muri wa shinai shuugi demo
Sukoshi nara shite mite mo ii yo
We can't dismiss this if we want to
keep it going baby
If you don't feel the same then tell me
Even if you
see only the slightest chance,
Then it's okay to try for the big celebration

I wanna be with you now
Futari de distance shijimete
Ima nara
maniau kara
We can start over
Hitotsu ni wa narenai
Itsu no hi ka
distance mo
Dakishimerareru you ni nareru yo
Yappari I wanna be with you
I want to be with you now
Believe in us together through the distance
Now is the time
We can start over
Because I don't want to be alone
One day, even the distance
Will embrace me, but I'll get used to it
Because after all, I wanna be with you

Hito koto de konna ni mo
kizutsuku kimi wa
Kodoku wo oshiete kureru
Can a single word hurt this
much?
Teach me loneliness and then come back to me

Mamorenai toki
keep on trying, baby
Yakusoku toori janai kedo trust me
Muri wa shinai
shuugi demo
Kimi to nara shite mite mo ii yo
You can't stop the time,
keep on trying baby
I can't promise but, trust me
Even if you see only
the slightest chance,
Then it's okay to try for the big celebration

I wanna be with you now
Futari de distance mitsumete
Ima nara
maniau kara
We can start over
Kotoba de tsutaetai
I wanna be with
you now
Sono uchi ni distance mo
Dakishimerareru you ni nareru yo
We
should stay together
Yappari I wanna be with you
I wanna be with you now
Fix your eyes on us in through the distance
Now is the time
We can
start over
Because I don't want to be alone
Say it in words
One day,
even the distance
Will embrace me, but I'll get used to it
Because after
all, I wanna be with you

I wanna be with you now
Coz I know this
can't be forever
We can start over, just you and me
I wanna be with you
now
Coz I know this can't be forever
We should stay together, just you
and me
I wanna be with you
I wanna be with you now
Coz I know this
can't be forever
We can start over, just you and me
I wanna be with you
now
Coz I know this can't be forever
We should stay together, just you
and me
I wanna be with you

Wednesday, December 08, 2004

Kerja Baru

Kerja Baru...

Alhamdulillah aku dah pun dapat keje lain. aku mulakan tugas aku di Johor Bahru di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.sepatut nyer aku kene lapor diri pada 15hb nie but tak boleh. coz aku kene bagi sebulan notis perletakan jawatan aku kat company yg aku keje sekarang. lagipun dlm bulan nie gak aku kene buat medical checkup, pegi court angkat sumpah (pepaham aje la keje ngan badan kerajaan nie. agak cerewet sikit) but still aku rasa thrill la. ialah dapat gak aku keluar dari segamat nie. bukak sikit kepala aku nie, berdikari. sampai bila aku nak dok ngan org tua aku. aku nie anak sulung, umur pun makin meningkat.

aku dah pun bagi notis berhenti kerja aku....walaupun surat permohonan aku untuk tangguhkan lapor diri aku kat SSM tue masih lum dibalas oleh pihak SSM.....takde perasaan sedih pun aku untuk meninggalkan ofis nie....ialah cuma aku sedih sikit coz dah last minute baru dapat kawan yg okey sikit....anyway aku rasa gembira dapat blah dari metrowealth nie....walaupun hanya sebagai pekerja kontrak kat SSM...

*hp aku rosak...wa...wa....2 hari takde hp nie...gatal kepala aku....bila la nak siap....

Monday, December 06, 2004

Pegi KL

ngatuk nyer mata aku nie...letih ngan rasa nak tercabut lutut pun ada. actually aku gi KL semlm.aku bertolak pagi kul 2.00 pg...sampai kul 6.30 pg. awek aku kompen la tgh tido lagi. so melinau la jap kat dlm KL central then awek aku call tunggu kat CM...tue pun dia naik Bus kul 7.30 pg dari Shah Alam...tue yg aku lepak kat aje kat bawah pokok pinang kat tepi CM tue. tapi syok la tgk kerenah org KL....yg menarik perhatian mata aku ialah ader sorang brother nie....mmg tgk cara dia pakai mcm zaman dulu la....tapi tgk gaya brother nie cam traveller la. siap ader roller blade ngan kayu cam org main ski tue. nak kata mcm org tak betul...waras aku tgk...tah la pelik la aku tgk.yg satu lagi group bebudak punk...sian aku tgk.mcm takde life.duduk aje lepak kat depan CM tue...ngan baju compang camping....cam tak terurus... nampak la aku mamat nie cam ketua la...collect duit then pegi belik makanan then diorg share....well nie la life....

then bila awek aku sampai ambik breakfast jap...then off we go to LOw Yatt...sampai Low Yatt pun Low Yatt tak bukak lagi....tue yg melinau jap kat Low Yatt ngan BB Plaza....then bila banyak kedai dah bukak. tue yg terus aku gi kedai tempat aku beli MP3 Player tue. actully MP3 rosak...3 major damage...MP3 tak leh main...earphone rosak...plus tempat cucuk earphone tue pun rosak...so for those yg nak beli thumb MP3. jgn beli jenis walker or storm....beli yg elok terus like creative ke or kalu yg nak murah beli jenis apacer 256mb MP3 player, ader 2 jenis satu takde LCD screen just boleh main MP3 plus storage, yg satu lagi nie ader LCD screen but just MP3 plus storage but extra mini speaker..mmg cun...yg cam aku nyer nie banyak problem la nie....banyak kedai pun ckp camtue...boleh dikatakan satu hari suntuk aku abiskan masa kat Low Yatt. abis semua kedai aku ngan awek aku survey coz minah nie nak beli LCD monitor plus HD....last2 dapat gak. tue awek aku naik give up. ialah duit dah kuar barang lak takde. slow2 carik akhir nyer dapat gak. tapi yg jadik mangsa aku....coz aku yg kene angkat kotak tue kulu kilir....nasib baik LCD monitor...bukan monitor biasa....hi...hi...yg aku lak meliyau tgk HP...aku mmg nak carik lain la....coz yg aku nyer nie dah semakin nazak....setiap kalu kuar dari poket sure off sendiri....tapi aku tgk harga lebih kurang aje ngan yg kat segamat.ikutkan hati nak aje beli DVD ROM, Earphone plus joystick tuk komputer aku...but tahan la sikit nafsu tue dulu.....

aku gi la Nandos....having a late lunch ngan awek aku...nandos yg kat bawak Sungei Wang tue. lawa la tempat dia. kalu ader camera lah gak la aku ambik gambar....ialah 1st time masuk Restoran lawa cam nie....no...sorry second time (1st is with Nani kalu tak silap aku kat Restoran Madam Kwok kat KLCC). order la set tuk aku ngan awek aku...terat dia la...coz dah lama sangat tak mkn camtue ngan dia. plus la siot tak jumpa...sos dia tak pedas la...banyak sangat veniger....awek aku tak terima la....cam aku...belasah aje....dah biasa. jam dah pukul 3.30 ptg....then off we go to sogo....kali nie tak jalan kaki....semua naik train aje....sampai sogo...time aku lak nak shopping....aku nak beli kemeja ngan tie. nak pakai untuk Annual Dinner office aku kat palace of golden horses on 16 nie....at last....dapat gak kemeja....2 tue.Padini ngan Durban tue sekali sambar.ha...ha....okey la...plus tie....bila lagi nak bergaya....Frankly speaking....kalu bawak duit RM 1000 pun tak cukup...ialah banyak tul barang yg murah2 kat KL nie....contoh paling senang la baju kemeja....kalu kat segamat kemeja RM60-70 just brand bonia...john master...GMV...but in KL...G2000, padini, arrow....semua nyer murah2....tue yg aku suka shopping kat KL....kalu kemeja....aku nie choose sikit....aku tak suka kain lembut....aku suka yg cottan. kat segamat mana ader jual. so alang2 turun kl tue sambar la...:P

kul 6.00 ptg aku anto awek aku ke Bus Stand klang....dia naik bus aje...aku off ke KLCC....coz tiket bus balik aku kul 8.30. aku gi sana pun coz nak pekene roti boy (mana leh tak gie KL tak pekene roti boy) plus aku nak carik anime GITS.....akhirnyer dapat gak gak...then aku ke Kota raya....ujan lebat la pulak mlm td....basah kuyuk aku mlm tadi.ingat nak tgk2 aje....but sambar gak satu movie jepang....citer best lak tue....dlm ujan2 tue gak la aku redah ke PUdu....sampai tue tukar baju then tunggu bus sampai. bus lak lambat sampai coz highway JEM....dlm kul 9.00 baru bus sampai....aku reach segamat dlm kul 12.00 mlm. tapi mmg flat tak ingat la....sampaikan member aku suruh ambik dia kat train station kul 3.oo pg pun aku tak sedar....12 miscall aku dpat masa aku bangun tido. perghh!!! rasa bersalah siot kat member aku...nasib baik dia paham aku penat....dia pun tak kisah coz dia balik naik teksi sapu.

Thursday, December 02, 2004

Hari Aids Sedunia..

Hari Aids Sedunia..









Lupa lak nak citer....semlm satu dunia menyambut Hari Aids Sedunia.so bersempena dengan hari Aids Sedunia nie....marilah kita sama menyumbang tidak kira dari apa sahaja bentuk sumbangan yg kita boleh berikan kepada Hari Aids Sedunia ini. so sebagai sumbangan aku aku untuk semua dan untuk diri aku...aku sharekan citer2 mengenai Aids kepada pembaca blog semua....but ape yg paling penting....jgn lah kita melarikan diri atau menjauhkan diribila dengar sesorng kawan or keluarga kita menghidap penyakit ini, kerana meraka nie juga manusia biasa, punya perasaan. bukak sedikit minda kita....jgn biarkan diri kita diselubungi dengan pemikiran yg sempit.

*Apa Itu Aids Or HIV

HIV and AIDS

HIV is one of the biggest social, economic and health challenges in the world. It is a global emergency claiming over 8,000 lives every day. In fact 5 people die of AIDS every minute.

HIV stands for Human Immunodeficiency Virus. This is the virus known to cause AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome). If someone is HIV-positive, it means they have been infected with the virus.

A person infected with HIV does not have AIDS until the virus seriously damages their immune system, making them vulnerable to a range of infections, some of which can lead to death.

HIV is transmitted through body fluids in particular blood, semen, vaginal secretions and breast milk, in fact there are only four ways you can become HIV positive.

In 2003, almost 5 million people acquired HIV, which means there are now almost 38 million people living with HIV and AIDS. Despite best efforts from governments, non-profit organisations and healthcare practitioners around the world, HIV and AIDS is still having huge global impact.

In the UK, there are fewer people are dying of AIDS but incidences of HIV in the UK than ever before. With testing and proper treatment, through anti-HIV drugs, many people in the UK are now able to halt or delay the damage caused by HIV.





*Kisah2 benar penghidap2 Aids dan keluarga ...








Alvaro Bernal
Writer/Student

Why is HIV and AIDS an issue for you?

"Let me put it this way. If you see a hungry bear creeping up on your family, friends, and just people in general, you're not going to let it get too near before you alert someone. AIDS and HIV are like this, they creep up on people and if I don't alert people what its intentions are I am letting it hurt my family and friends

What are you, personally, going to do the next 12 months to make a difference?

"This battle will be a long one, and I will do whatever I have to do for longer than 12 months if I have to. I will inform, support and do just about anything possible."








Erika Ernest

Why is HIV and AIDS an issue for you?

"Our family lost a beautiful, loving person to AIDS and was quiet about the disease until near his death. A silent world about this epidemic will never lead to a cure.

What are you, personally, going to do the next 12 months to make a difference?

"The most important education lies with children and young adults. In America we are faced with cutbacks in almost all social programs right now, so our government has virtually abandoned education and preaches abstinence. This is very dangerous to our society. My goal is to bring education to kids. Also, I am a big fan of an organization called Grassroots Soccer in Africa."




Carolyn M Longoria

Why is HIV and AIDS an issue for you?

"I had a cousin who died of AIDS in the early 90's and he was gay and he was the most kindest person you would have ever met. However he was not to careful about safe sex and that is why I am saying that it is a BIG ISSUE for me because I have children of my own. I really miss my cousin very much but I know he is with the Angels.

What are you, personally, going to do the next 12 months to make a difference?

"Continue to pray every chance I get that the Lord above will watch over all his children."



Duncan Brett
Analyst


Why is HIV and AIDS an issue for you?

"HIV and AIDS is an issue for me but especially on World AIDS Day and the 25th Feb. The latter is because my Father's brother died of an AIDS related illness on this date in 1995. He was a man whom I became very close to during the latter stages of his illness. It distresses me to this day to have seen what he went through and the knowledge that this syndrome is on the rise worldwide.

What are you, personally, going to do the next 12 months to make a difference?

"A lot less thinking I hope and a lot more action. I am happily married now so personally I feel safe but it would be ignorant to think this issue does not affect me."

Safer Sex

The best way to stop HIV being passed on is to use condoms during vaginal or anal sex, if there is any possibility that either partner could have the virus. It can take only a single episode of unprotected sex (i.e. not using a condom) with an infected partner for HIV to be passed on. Condoms are the only form of contraception that will protect you from HIV.

However, HIV is not always passed on the first time, so it's never too late to start practising safer sex.

For more information on safer sex visit the websites listed below


Playing Safely
http://www.playingsafely.co.uk
This is an independent government funded web site providing information about sexually transmitted infections (including HIV).

The National African HIV Prevention Programme (NAHIP)
http://www.nahip.org.uk
The National African HIV Prevention Programme (NAHIP) is the national programme of HIV prevention initiatives targeting Africans in England. It aims to work with community-based organisations to implement national projects.

Metromate
http://www.metromate.org.uk
London's sexual health directory for gay men

Brook
http://www.brook.org.uk
Brook provides free and confidential sexual health advice to young people under the age of 25

Duit.....Duit......

Duit.....Duit......

disebabkan aku ader banyak masa lapang kat opis ari nie. so aku pun tergerak la nak menulis kat weblog aku kembali.....2 ke 3 bulan nie banyak betul duit aku keluar. sampai duit saving aku pun aku keluarkan gak....

1.hanset aku rosak ari tue
2.Beli Kot..Seluar...kemeja
3.Bayar Bil telefon....(Makin Naik Bulan lepas, Bulan nie pun naik gak!!)
4.Bil internet (bulan lepas tak bayar lagi...)

bulan nie aje...

1.nak ambik seluar.
2.cari tie
3.sediakan expanses ke annual dinner...
4.Nak service Moto

sakit gak tue bulan nie.tapi nak buat camner.ini pun kira okey lagi la. kalu tidak. bulan nie aku dah nekad nak beli HP baru aje. nasib baik HP aku dah okey sikit. tak kene caj masa antar service. kalu rosak teruk. mau bulan nie HP baru aku pakai. walau ape2 pun...kene ader buat saving bulan nie.....

Azam Tahun Nie...

Azam Tahun Nie....

lepak betul keje ari nie. ialah kebanyak staff banyak yg ambik AL. so tak banyak benda la nak dibuat. tapi aku dok menyibukkan siri gak la ngan baut ape2 yg patut. just a rutin check. but bosan la. bebalik buat benda yg sama. anyway this month merupakan penamat bagi tahun 2004 nie. so azam aku thn nie still tak fullied lagi....hope luck aku cerah tahun depan. cuma satu aje azam aku yg dapat aku laksanakan. "Berhenti Merokok". alhamdulillah akhir nyer aku berjaya dlm melaksana kan azam aku ni. tapi takde la susah mana pun. tak terasa or tergerak pun hati bila dah berhenti merokok nie untuk kembali merokok. cuma a little bit bosan la. tapi takpe la. kan "Merokok tue membahayakan kesihatan".....ha....ha....

Wednesday, December 01, 2004

Shooting Company Profile

Shooting Company Profile

semlm kat kolej aku ader shooting untuk company profile. Org2 MMP (Metrowealth Movie Production) yang datang untuk buat buat shooting tue. kira semlm mmg berlakon ngan berposing tak ingat la baik yg staff, lecturer or student.sama lah ngan aku....hi...hi...sepanjang pagi tue banyak la tempat yg diorg nie shoot. shoot suasana mengajar, suasana staff berkerja, lecturer room, meeting dan sebagai nyer. buat semua nya tue sekadar lakonan. real life takde la seperfect tue pun. tujuan buat company profle nie pun coz nak show kat delegasi2 luar yg akan datang ke annual dinner company aku nanti. check out foto2 masa shooting semlm.



Pengambaran Dlm Makmal Komputer...



Suasana dlm kelas English



Masa Menonton Cinta Kolestrol



Masa Menonton Cinta Kolestrol



Masa Menonton Cinta Kolestrol



Gambar Bersama Staff, Student & Lecturer



Gambar Bersama Staff, Student & Lecturer



Staff Lelaki Kolej aku...admin dan lecturer. principal yg kat sebelah tepi aku.



Member kamcing kat Kolej.....



Staff Pompuan Kat Kolej.