Tuesday, December 19, 2006

"Banjir Luar Biasa"




itu la headline kat surat khabar metro hari nie. as for me frankly speaking nie 1st time aku tgk banjir yg seteruk nie. mmg menguji iman betul la semlm. aku boleh ckp pasal aku pun mengalaminya sendiri. even though tak la teruk sgt camner yg org lain alami pasal aku naik moto aje.

semlm aku kuar dari ofis agak lambat dari biasa. pasal member aku leh kene tahan lak ngan boss besar la pulak. ngan aku2 sekali la terjebak balik lambat. dah la kat luar hujan opis semlm hujan lebat. dekat kul 6.30 ptg gak la baru kitaorg dapat kuar dan kalu ikut dari planning, ingat nak "The Zone". tapi memandangkan hujan mmg tak ingatnyer lebat. so terpaksa la postpone, takkan nak pegi shopping mall ngan baju hujan plus ngan basah lecun kan.

Si Amran nie ajak aku gi umah pakcik dia ambik moto kat Taman Daya. dekat la sangat umah pakcik dia tue. tapi aku layankan aje semlm ngan dia. so off we go meredah ujan yg mmg terlalu lebat sampaikan jalan pun tak berapa nampak dan aku still cam biasa la mengambil langkah berhati-hati ialah takut kejadian lama berulang kembali.

mmg jem teruk betul semlm kat jalan yg aku lalu semlm iaitu highway tebrau. aku ingat kan maybe disebabkan ujan nie, so kenderaan bergerak perlahan la or di sebbkan ader kemalangan ke. ghuper nyer jalan kat Pasar Borong Pandan naik air. jalan dari 2 lane jadi 1 ialah pasal sebelah jalan dah dinaiki air. dan tak kurang ajar lakkan org yg bawak kete semlm kan. main suka hati diorg aje masuk lane memana tak menghiraukan org yg datang dari belakang nie. kalu kemalangan karang sapa yg susah aku atau org yg senasib ngan aku gak la nanti (kami penunggang motosikal). ialah walaupun diorg2 nie semua stuck lama kat atas jalan compare ngan kitaorg pembawa motosikal nie. tapi diorng2 nie ader bumbung yg melindungi mereka dari hujan nie. abis kitaorg nie. berbumbungkan langit. so jgn citer la betapa kuyuknyer kitaorg nie. kira fair n' squre arrr. so kesimpulannya pada yg bawak kete. berhemah la sikit tatkala membawa kete ye. org lain pun nak balik cepat gak.

berbalik pada citer banjir nie. aku kesian gak la tgk org yg stuck kat highway nie. dan pada aku yg paling teruk kat highway Pasir Gudang. leh nampak la banyak kete yg tersadai kat tepi2 jalan pasal rosak. dan moto2 lak tak banyak la yg sangkut masa redah air banjir yang melimpang kat sampai ke jalan besar. dan yg paling kesian. ader tue aku tgk ramai yg terpaksa berjalan kaki ialah pasal bas yg diorg naik tak lepas.

dan yg paling2 kesian sekali member aku mlm tadi. dah nak sampai umah dah. halang ter akhir yg kitaorg terpaksa tempuh ialah limpahan air yg agak deras gak la tapi masih leh lalu la. aku lepas tapi member aku lak tak lepas. dah moto dia sangkut tak leh start. so terpaksa la aku tunda moto dia sampai umah aku. tak ringan lak moto dia. rasa nak putus urat kentut aku mlm tadi. but we manage tuk sampai umah. tapi sampai pun dah lewat mlm. dekat pukul 11.00 mlm gak baru sampai. aku sempat tgk berita mlm tadi. johor la yg paling teruk. dan yg kawasan yg paling teruk dilanda banjir ialah kampung aku "Segamat".Pergghh!!!!

No comments: