Wednesday, August 15, 2007

Nahas Bas Ekspress 20 maut...




baru aje kita dikejutkan dengan nahas udara helikopter nuri, hari nie kita dipaparkan lagi dengan satu kisah kemalangan. dimana kali ini bukan nahas udara tetapi kemalangan yang sering kali berlaku iaitu kemalangan di jalanraya. dan ianya dikatakan kemalangan terburuk yang berlaku untuk tahun ini. dimana 19 orang mangsa semua mati ditempat kejadian termasuk pemandu basnya. kemalangan ini berlaku selepas selepas pemnadunya gagal mengawal kenderaan dan bas tersebut terhumban kedalam parit sedalam 5 meter.

Bas yang digunakan telah pun mencecah usia 20 tahun dan telah gagal dalam pemeriksaan Puspakom sebanyak 4 kali. but still bas tue masih lagi dugunakan dijalanraya. camner hal nie boleh berlaku? nak salahkan siapa la agaknya?

Bas ekspress merupakan pengangkutan utama aku kalu aku nak balik kekampung atau kemana- mana distinasi yang aku ingini since aku belum lagi memiliki sebuah kereta. and frankly speaking, aku cukup takut sebenarnya nak naik bas. setiap kali kalu naik bas tue aku lebih suka tido dari berjaga. lagi aku berjaga lagi resah jadiknya. so lebih baik tido.

aku sebenarnya cukup tak berpuas hati ngan mutu perkhidmatan bas ekspress yang sedia ada kat Malaysia nie. kebanyakan bas-bas yang digunakan telah uzur dan cukup mengerun kan bila nak naik. dan bukan nak kata ape la, kalu setakat Syarikat-syarikat perkhidmatan bas yang biasa-biasa nie dah mmg tak heran la kalu diorang masih mengunakan bas-bas yang dah uzur nie. tapi syarikat perkhidmatan bas yang dah ader nama dan yang mmg terkenal pun masih beroperasi mengunakan bas2 yang dah uzur nie. cukup menyedihkan. kebiasaanya la yang menjadi mangsa ialah penumpang-penumpang yang mengunakan pekhidmatan bas jarak dekat la. kalu destinasi tue jauh cam ke KL or ke pantai timur or utara. pandai lak diorg nie pakai bas yang lawa2. tapi yang short distance kasi belasah pakai bas buruk dah la, janji sampai. so kitaorg2 nie terpaksa la naik. coz nak wat camner, nak tak nak terpaksa la terima. kalu tak naik karang. tak balik la pulak kita.

sepatutnya benda-benda nie semua kene ader pemantauan. jangan dibiarkan ia berlarutan, coz benda-benda nie semua melibatkan nyawa manusia. jangan bila benda dah berlaku baru nak ambik tindakan. dah tak ader guna dah. nasi dah jadi bubur.

No comments: