Friday, March 04, 2005

Kawan Sekampung Meninggal

Al Fatihah ........

semlm sepupu aku anta msg kat aku. aku terkejut bila aku baca msg yg sepupu aku sampaikan. Member sekampung aku meninggal dlm kemalangan jalan raya.budak lagi member aku nie. baru aje lagi keje sebagai jurujual kereta. tak sangka lak cepat betul dia meninggalkan dunia nie. rasa cam tak caya pun ader....Alfatihah buat arwah..semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah.


Jurujual kenderaan terbunuh nahas


MUAR: Seorang jurujual kenderaan terbunuh, manakala bapa saudaranya cedera parah apabila kereta yang dipandunya bergesel dengan sebuah motosikal sebelum merempuh tiang elektrik, di Batu 10, Jalan Bukit Pasir-Pagoh, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi, mangsa, Mohd Redzuan Raop, 20, dari Segamat, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala.

Bapa saudara mangsa, Zainal Abas, 53, pula patah tangan kanan dan kini mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini manakala penunggang motosikal itu hanya mengalami kecederaan ringan dan turut mendapat rawatan di hospital yang sama.

Mayat mangsa dihantar ke hospital berkenaan untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya.


Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar dengan lapan anggota dihantar ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Asisten Superintendan Abd Rahman Sidek Ahmad, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan memandu laju kereta Proton Iswara dan gagal mengawal kenderaannya apabila menuruni kawasan berbukit di jalan berkenaan.

Katanya, ketika menuruni bukit itu, kenderaan itu dikatakan bergesel dengan motosikal di depannya sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh tiang elektrik.

"Kereta mangsa terbabas kira-kira 80 meter sebelum melanggar tiang elektrik. Bagaimanapun, nasib penunggang motosikal agak baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

No comments: