Friday, July 20, 2007

Tertekan...


Bulan nie ramai betul aku tgk org tertekan. tak kira bila aku singgah baca kat blog2 org ataupun org yang disekeliling aku dan tak ketinggalan aku pun sama tertekan. aku tak suka bila aku rasa tertekan, coz bila aku rasa tertekan. moral aku jadi down, senyuman aku pun semakin tawar dan mood aku pun akan hilang. Rasa tertekan nie hanya berlaku bila aku berada dekat tempat kerja dan sekarang nie aku rasa cukup malas nak pergi kerja dan kalau boleh bila dah habis kerja, punch dan terus blah. dah takde toleh2 atau patah balik dah dan aku tak nak ambik tahu pun pasal opis.

aku tak tau ape nak jadi ngan enviroment kat opis nie. banyak sangat pressure banyak sangat kerenah dan banyak sangat office politics berlaku dan menjadi-jadi kebelakangan nie. sampai aku rasa muak, menyampah ngan geram. dan kalu boleh rasa nak blah aje dari sini. aku bukan jenis yang suka memberontak, dan aku lebih suka berdiam diri dan ikut sahaja bila disuruh. aku tahu la aku nie just org bawahan. tapi aku pun ader perasaan dan aku pun geti penat. aku bukan robot yang boleh buat kerja tak berhenti2 24/7. manusia pun ader limit gak.... tapi ader org tak paham. ader org tak sedar. ape yang penting bagi dia ialah arahan tetap arahan. kalu arahan tue dah keluar, kena patuh. kalu tak terima la akibatnya.

aku tak kisah kalu pada waktu kerja, nak suruh aku pegi mana2. sampai ke kelantan pun aku tak kisah. tapi jangan la kacau life aku pada hari minggu. hari minggu la aku nak berehat atau aku nak balik kampung. kalu sekali sekala panggil aku tuk bertugas tue adat la. tapi kalau dah dlm sebulan boleh dikatakan kerap suruh aku keje pada hari minggu. sapa tak marah sapa tak bengang. pulak tue lagi 45 minit nak balik, baru nak bagi surat arahan untuk keluar bertugas. huhuhu...melampau siot. Aku jumpa bebaik citer masalah aku pun, dihalaunyer aku kuar dari bilik. mentang2 aku kuli....cam nie dibuat nyer aku.

tue dah satu hal la. yang paling tak tahan sekarang nie opis nie dah makin panas. panas pasal ader dikalang staff yang jadi balaci, tukang pengadu dan tukang blower...kipas2 nie dah tak main dah...kecik sangat...sekarang nie kita pakai blower terus. ader ajer citer sampai ke atas. ader aje yang tak kene kat kitaorg kat bawah nie. Bos takde kat opis nie, pegi kursus ke atau outstation ke. tapi semua citer boleh sampai kat dia. sampai kan org boleh kata, dinding kat opis nie boleh berkata dan ader mata. kerja pun tak bebas, tak best cam dulu lagi dah. dah tak boleh buat ape lagi dah.... ape yang boleh kitaorg buat sekarang nie ialah buat tak tahu aje. buat bodoh aje dan yekan ape yang bos cakap.

as for me. aku pun dah malas nak pikir pape. biar lah dia nak tergolek ke, nak terjatuh ke. it's none of my business.

No comments: