Thursday, July 26, 2007

Wei Mangkuk…Sepupu sendiri pun tak kenal ke?


Tgh sedap2 aku layan lagu sambil tunggu waktu balik. Aku dapat call dari sepupu aku. Aku ingat kan sapa. Tak pernah umur call aku tetiba dia call. tue yang aku tak cam sapa. Tak pepasal aku dapat Mangkuk dari dia. Hahaha.

Sepupu aku nie turun pasal member dia dapat transfer ke Johor. Aku ingatkan ape hal dia call. ghupernyer pasal dia sesat jalan. Cari kawasan tak jumpa. Tue yang aku cepat2 punch card kuar dari opis. Tapi jumpa gak dia tempat tue.hahaha lawak2

So mlm tadi takde la aku boring sangat. Coz ader la geng aku nak borak ialah pasal sepanjang minggu nie aku dok sorang kat umah, bebudak umah aku outstation. Borak nyer borak sepupu aku nie ghuper nyer kipas susah mati Transfomer. Perghh!! Lagi advance siot. Boleh dikatakan the whole transformer nyer citer dia ader…. Dari yang klasik hingga yang terkini. Siap perabis duit beli action figure tue. Memula aku tak caya gak mamat nie leh minat bebenda cam nie. tapi bila dia tunjuk action2 figure dia, baru aku caya. Siap ader display Cabinet lagi. Huhuhu….respect plus suspect aku. Bukan sikit siot modal dia abis tuk beli action figure tue. Makan ratus2 gak. Pasal aku tau to have that kind of figure. U have to spent a lot of money. And I mean a lot. tuk beli figura mcm tue mmg tak mampu la aku. tapi kalu setakat beli anime boleh tahan lagi arr . Nanti aku leh mintak tolong dia carikan citer2 Transfomer nie nanti.hehehe.

Mlm tue gak aku bawak dia pusing Bandar Johor. Sajer la bawak dia jenjalan. Ialah org baru sekali dua sampai JB nie. lagi pun aku pun dah lama tak pusing2 bandar JB. Memula bawak ikut jalan laut lalu Danga Bay then Pantai Lido. Then aku masuk Bandar dan balik ikut Hi Way. Sempat la bawak dia singgah pekene ABC ngan Kacang POL Larkin Bomba. Lama siot tak pekene Kacang Pol.

Mamat nie pun balik segamat pagi td. Dia kata mungkin dia akan datang lagi JB nie. huhuhu…leh pesan suruh cari citer2 Transfomer nanti…..

No comments: