Sunday, February 19, 2006

“Kopi”




aku tak sure la selama nie aku ader citer tak yg aku nie addict kat kopi (tue member aku ckp kat aku la. But aku suka gelar diri aku nie coffee lover). Aku suka air kopi. Aku suka kopi o tak kira la kopi o panas or kopi o ais. Kalu aku sarapan pagi ke, minum petang ke or kuar minum ngan kengkawan. 4 sure kopi la yg aku order. Aku tak tau sejak bila aku start minum kopi nie. Semua nie secara kebetulan dan dari kebetulan dah jadi cam minuman rutin aku. But still aku minum air lain kalu gi umah member or sedara, takkan aku nak order air kopi lak.buat malu kompeni aje.ha…ha….

aku tau kopi nie ader baik buruk dia. But mostly org banyak citer pasal keburukan dia aje la. Coz kopi nie banyak kaffein. So tak elok la minum kopi nie selalu, dan kalu kita selalu minum kopi, boleh gak menyebabkan kita ketagih. Kalu rokok ader nikotin, kopi lak ader kaffein kan. Bebenda yg tak elok untuk kesihatan kita. Tapi selagi kita mengamalkan cara hidup yg sihat. Insyallah takde pape. So la nie ape yg aku leh buat, aku kurangkan la pengambilan kopi nie.

Tapi walaupun aku suka kopi, aku juz suka minum kopi aje. Maknanya minuman berkopi. Kalu macam aiskrim, kek or gula berperisa kopi, ha yg nie aku tak suka. Tah la, kureng masuk sikit. Tapi still aku bedal gak la kalu org bagi. Kalu beli sendiri tak arr. Dan disebabkan kopi gak la aku rasa kalu tgh mlm pun aku pekene kopi pun mlm aku leh tido cam biasa. Tak mcm org lain la. Kalu minum kopi tak leh tido. Cuma satu kopi aje aku kalah dan bukan aku sorang aje yg terkene. Kopi yg aku maksudkan ialah “kopi tongkat ali Power root”. Cukup la sekali tue aku ngan member aku sarip lepak kat kedai minum nie. Masa tue tengah mlm dah. Weekend takde benda nak buat. So pekene la kopi tongkat ali nie. Ambik ko sampai besok aku ngan dia tak leh nak tido. Lepas tue aku ngan dia dah tobat tak minum kopi tue kalu kuar mlm.

Kalu dulu aku ingat la asal usul kopi nie. Tapi la nie dah lupa la. Kalu tak silap aku, kopi nie asalnyer datangnye dari arab, minum diraja atau golongan bangsawan. Org biasa2 nie tak leh minum kopi. Kalu tak for sure kene pancung. Kira lebih kurang cam sejarah “Teh” gak la. Tapi org dulu degil, dok curi2 ambik biji kopi nie dari lading kopi raja. Dapat dek omputih, diorg bawak la balik biji2 kopi nie. Tanam kat jajahan diorg. So disebabkan tue la kita dapat rasa kopi nie.

Pada korang yg tak tau cam ner kopi nie dihasilkan. So aku citer la sikit, kopi nie dating dari buah kopi yg bentuk nyer cam buah ceri. Kalu yg belum masak, warnanye adalah hijau dan kalu dah masak jadi warna merah.mmg cam buah ceri arr.buah dia keras dan takde isi. La nie kalu tak silap aku Brazil adalah pengeluar kopi yg terbesar kut. Bila time musim menuai nie. Diorg akan tuai la buah2 kopi nie. Kemudian lepas dituai, dibersihkan dan dibuang kulit nye. Hanya biji2 sahaja yg diambil. Kemudian dipanggang, cara dipanggang tue aku tak tau la.cam tue la lebih kurang proses2 penyediaan kopi nie.

Kopi nie pun ader banyak jenis nyer. Cam Cappucino,mocha,Arabic coffee, expresso dan mcm2 lagi la. Kalu expresso nie mmg kaw tak ingat nyer.mmg pekat. Sedap beb. Pada aku la. Kalu org yg baru minum, mau lantun kepala. Coz mmg keras sikit kopi nie. Kalu cam cappuccino la dia berbuih. Ader foam, ala cam teh tarik la. Cam mocha lak. Dia ader bubuh perisa “coklat”. Kalu tanyer aku mana satu favourite aku antara bebanyak kopi nie. Semuanye aku minat. Janji kopi. But yg biasa aku minum ialah “kopi cap keretapi”. Kopi biasa aje, juz instant coffee. Bukan susah nak buat. Celup aje uncang kopi nie dlm gelas. Gula pun tak yg bubuh coz dah siap sedia dlm uncang tue. Aku dah cuba cam2 brand dah, dari kopi cap kapal api ke or cap Aik Chong ke…tak leh lawan ngan Kopi nie, pekat pun pekat. Sedap pun sedap. Lain org lain citarasa dia kan.

Coffee bean la favourite spot aku. Bukan untuk melepak tapi tuk pekene kopi la. Nak2 pekene “Ice blanded Ultime Mocha”. Terangakat beb. Tapi kat Bandar kecik cam segamat nie mana ader Coffee Bean outlet. So spot yg paling best pekene kopi nie kat mana lagi kalu tak kat “Kopi Pencen” kat tepi pasar. Pekene kopi ice plus roti baker or kukus la kalu kat sini. Mmg famous kedai kopi nie dari dulu lagi. Dari zaman atuk blah mak abah aku sampai ke aku nie. Kedai kopi nie tak jual benda la. Juz minum ngan roti baker n telur rebus. Tapi cukup untuk buat org ramai dtg kekedai nie. Tak kira daripada pelbagai golongan org dok lepak minum kedai nie. But mostly cina la yg paling ramai, coz kedai kopi nie owner dia cine….

Kesimpulannya kopi nie dah sebati ngan hidup aku dan pada aku kopi nie gak la yg merapatkan aku ngan kawan2 aku. Coz kalu kitaorg cuti, sesekali balik kampong, tak sah tak pekene kopi kat kedai kopi pencen nie. Korang lak camner. Ape minum kegemaran korang. Ops!! Sebelum aku terlupa. Kalu ko nak tau lebih lanjut pasal kopi nie korang leh tgk kat astro channel 11. tak ingat la ape tajuk rancangan nie. Kalu tak silap aku “coffee lover”. Adios…

No comments: