Tuesday, September 25, 2007

Nyum...Nyum....


Salam ramadhan...

minggu lepas kengakwan forum aku datang ke JB. diorg nie datang coz diorg nak pegi ke singapura. Sanggup tue buat passport semata-mata termakan hasutan Si Meow (juga one of tutorian from JB) untuk berbuka puasa kat JB. yang datang pun tak ramai juz 2 org ajer, Najmi dengan Eastone. mlm pertama diorg kat sini diorg nie semua lepak kat umah aku. itupun pasal Si Meow nie terlalu penat nak balik umah. mau tak penat. dia culik aku ngan Ebet, follow dia dari pukul 11.00 mlm hingga sampai ke sahur. balik-balik umah pun bukan nyer terus tido. tapi layan borak2 dulu dan dalam pukul 7.00 pagi baru aku masuk tido.

So sepanjang sabtu tue diorg puas pegi melancong la. aku bantai tido ajer kat umah dengan ebet. then jumpa diorg balik pun dah tengah mlm. coz diorang dah malam baru kuar dari Singapore. Puas diorg nie dok pancing, tabur parakuat dan meracun aku suruh buat passport. tak termakan la aku ngan racun korang tue. aku nie bukan tak mau buat pasport. Rm 300 tue. bukan murah. setakat pakai 2 ke 3 kali. rasa cam tak berbaloi la pulak nak buat. lain la aku nie banyak duit. mmg tak kisah la nak buat.

next day which is on sunday. kitorg berbuka la kat luar. dan mmg luar pun kitorg pegi makan, luar daerah. kitaorg berbuka kat Hassan Ong Kat Kota Tinggi. sebelum tue kitaorg belanja dulu kat Pasar Ramadhan kat JB in kes kalu tak sempat berbuka kat sana.






Special Dishes nie. Udang Goreng Nestum

aksi membelasah udang tak ingat dunia


sampai2 pun ngam2 dah nak buka dan meja pun dah fully book. so terpaksa la lepak kat mana2 dulu sementara nak tunggu pelanggan lain abis makan. berbuka kat depan 7 eleven kitorg aritu. but itu semua tak menjadi hal. yang penting kitaorg happy. seriusly speaking mmg best betul masakan diorg. dengan udang goreng nestum dia, Daging Rusa Sizzling dia ngan Siakap Sweet Sour dia and etc (tak boleh citer lelebih bulan posa nie, buat kecur ayak liyuk ajer)....huhuhuh....mmg marvelous plus mmg best. Rasa2 mcm boleh pegi lagi la gamat nyer. tapi bukan dalam masa terdekat nie la. mlm tue dekat2 pukul 9.00 gak la kitaorg gerak balik ke johor. kene cepat sikit mlm tue coz budak tue nak balik KL tiket kul 11.00.

pape pun i really enjoy mlm tue. beside having a wonderful dishes, yang paling best sekali dapat berbuka bersama ngan kengkawan. tak lama lagi ader geth kat KL. satu2 nyer event yang aku lum miss lagi nie..... syok beb berbuka ramai2 nie.




No comments: