Saturday, September 08, 2007

Perlawanan Pembukaan


The Blues Vs. The Pumas

Pembukaan piala dunia nie bermula dengan perlawanan diantara The Blues dengan The Pumas, dimana satu keputusan yang cukup mengejutkan The Blues tewas di tangan The Pumas 12-17 di depan penyokong dan padang sendiri. Tetapi semua itu sepeti dapat dijangka dimana ketika acara pembukaan game ini dapat dilihat pasukan Argentina menyanyi dengan penuh semangat dan semangat untuk berkorban kepada negara dan juga untuk menewaskan France yang ditujukan ini lah yang membuat pasukan Argentina bermain dengan penuh semangat dalam menenantang France.

Jika di lihat Agentina mendominasikan perlawanan ini pada separuh masa pertama. Taktik menendang bola tinggi yang ditunjukan oleh Argentina itu lah yang aku rasa yang memberikan advantage dalam menentang France. Ini kerana pemain back mereka mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan ketinggian pemain untuk mecabar pihak lawan.

Namun pada separuh masa kedua France dapat mengimbagi perlawanan. Mungkin disebabkan faktor bermain dibawah tekanan untuk memenangi perlawanan di hadapan penyokong sendiri yang menyebakan pada separuh masa pertama France masih lagi tak boleh nak mengejar gaya permainan pasukan Argentina.

Keputusan dah pun ditentukan setelah wisel tamat. The blues kalah ditangan The Pumas. Satu perlawanan pembukaan yang cukup menarik yang ditunjukan oleh Argentina. Namun Argentina tidak boleh berdabik dada. Ini kerana ia perlu mamastikan kemenangan kita bertemu Ireland 30 Sept ini. Begitu juga France terpaksa berusaha keras untuk mendapat kemenangan bila bertemu Ireland pada 21 Sept ini.

No comments: