Monday, September 17, 2007

Sambut Puasa

aku baru ajer balik dari bercuti. dah menjadi satu acara tahunan bagi aku untuk menyambut puasa pertama dikampung. itupun nyaris2 aku tak dapat cuti pasal aku permohonan cuti aku tak di "approve" kan lagi oleh boss aku. nak mintak cuti pun macam nak mohon visa ke Amerika pulak rasanya. susah betul.

sepanjang cuti aku habiskan masa ngan tido, main game, tido dan tengok Tv. aktiviti yang dah lama aku tak buat. cuma pada hari pertama puasa tue aku temankan abah ke melaka. sampai demam aku dibuatnya. tapi takpe la, teman kan abah. takkan nak kata tak boleh kan.

anyway tahun nie aku tgk suasana menyambut puasa agak berlainan sikit la berbanding tahun-tahun yang sudah. kalu dulu aku ngan kengkawan seopis berebut2 mohon untuk cuti. tapi kali nie, aku tgk mcm aku sorang aje yang mohon. kengkawan sekampung pun tak ghamai yang balik. plus kalu dulu setiap kali balik ke kampung for sure setiap petang nak pegi pasar ramadhan. but tahun nie nak pegi pun malas. rasa mcm tak meriah la macam dulu.

cuma yang best bila dapat jumpa kengkawan lama masa sekolah dulu. bila selisih kat bandar, jumpa lepas terawih atau isi minyak kereta. for sure mesti terserempak ngan member lama. masa tue la macam2 soalan keluar. rasa seronok lak kalu sekali sekala dapat balik kampung nie.

apa2 pun yang paling best sekali kalu balik kampung nie dah tentu la bila dapat makan masakan dari mak. nie la yang buat aku tertunggu-tunggu setiap kali balik ke kampung. lagi banyak la mak aku masak bila semua adik beradik aku balik.

walaupun penat ialah pasal balik kampung pada bulan puasa nie. tapi berbaloi...makan sedap dan tido pun lena. kalau boleh nak duduk aje kat kampung nie. tapi nak buat camner, lambat lagi aku pencen. hahahaha

No comments: