Monday, June 28, 2004

Lelaki Tidak Menangis

'Lelaki tak menangis', betul ke? Kalu org lelaki ader masalah, diorg nie carik sapa? Wanita biasa akan menangis dan berbincang dengan kawan karib, adakah semua ini realiti? Bagaimana pula dengan lelaki? Adakah kaum lelaki berkomunikasi seperti kaum wanita? Ataupun melepaskan perasaan geram dan frus dengan cara fizikal atau bersenam? Tak kira kita perempuan atau lelaki, pastinya bagus kalau boleh bawa berbincang dan meluahkan perasaan dengan hati yang terbuka. lelaki ini lebih susah untuk meluahkan perasaan mereka.....Ini mungkin kerana stereotype masyarakat kita yang menganggap LELAKI ini mestilah macho sentiasa...namum bagi aku menganggap jika LELAKI meluahkan perasaan bukanlah tidak macho, namun mungkin kerana LELAKI ini tidak sanggup menyimpan masalah di dalam hati mereka dan berlagak macho... Namun begitu masyarkat janganlah mengganggap LELAKI yang menangis dan suka meluahkan perasaan dan masalah mereka adalah LELAKI lembut.

*org lelaki pun ader perasaan sedih jugak macam org pompuan..

No comments: