Friday, June 04, 2004

Peserta SSL jadi ‘pekerja sangkut’

SAYA bersetuju dengan ‘Penganggur Muda’ yang
mengatakan 50 peratus siswazah menganggur mendapat
pekerjaan selepas mengikuti Skim Sangkutan dan Latihan
(SSL) hanya helah bagi menyedapkan hati masyarakat.

Sebagai peserta SSL, saya dapati skim ini tidak banyak
memberikan pengalaman yang setimpal dengan kelulusan
graduan.

Kebanyakan graduan diberi tugas menjadi kerani,
pembantu pejabat, malah ada rakan diminta membaiki rak
fail yang rosak.

Walaupun mereka tidak pernah merungut, persoalannya
adakah kerja itu memberi pengalaman berguna untuk
mencari pekerjaan, sedangkan semuanya mampu dilakukan
petugas berkelulusan sekolah rendah atau tidak
memiliki ijazah/diploma.

Ketika mengikuti skim ini juga, saya dapat melihat
budaya kerja kakitangan kerajaan yang mengambil
kesempatan dengan kehadiran ‘pekerja sangkut’ untuk
berehat panjang.

Segala tugas diserahkan kepada peserta SSL, sementara
mereka membentuk beberapa kumpulan kecil untuk
bergosip atau mengumpat rakan setugas.

Apabila ketua pejabat datang memantau, mereka
pura-pura sibuk melakukan kerja. Mungkin budaya kerja
sebegini menyebabkan jabatan kerajaan tidak cekap
berbanding swasta.

Berkenaan iklan jawatan kosong dalam akhbar, saya
dapati kebanyakan jawatan kosong itu sudah diisi
sebelum iklan disiarkan.

Iklan dibuat hanya untuk memenuhi syarat. Hakikat
sebenarnya, calon sudah ada.

Kita tidak boleh menyalahkan mereka apabila mengambil
anak datuk, pengarah atau ketua jabatan untuk mengisi
kekosongan tanpa ditemu duga kerana sudah pasti ada
faedahnya kepada pihak tertentu pada kemudian hari.

Perkara ini sudah lama berlaku. Saya berharap pendapat
ini tidak disalah anggap oleh mana-mana pihak.
Bersama-samalah kita memperbetulkan segala kesilapan.


Gadis SSL

05400 Alor Star, Kedah.

*teringat citer nie, teringat cerita lama masa aku jadik salah seorg ahli ssl nie, cuma nasib aku tak semalang minah nie la.tapi sekarang aku rasa sungguh bernasib malang.sedih.

1 comment:

ayac said...


Kalitesini ön plana çıkarmış bir 4k porno izleme sitesidir.