Monday, August 16, 2004

Akdemi fantasia vs olimpik vs F1

Akdemi Fantasia vs Olimpik vs F1

Meriah tul bulan nie…ialah demam akedemi fantasia pun telah berakhir dimana Zahid telah dinobatkan sebagai juara akdemi fantasia….walaupun aku tak la sangat mengikuti perkembangan akdemi fantasia nie…tapi bahang deman tuh dapat gak la aku rasakan….lawak gak dek kerana akdemi fantasia….member abah aku datamg pada malam tuh…abah aku kata “sorry Kub…ari nie berjuta org dok ghumah semata2 nak tgk akdemi fantasia"….ha…ha…balik member abah aku mlm tuh…..

Kalu nak diikutkan pada mlm tuh….aku lagi suka tgk bob menyanyi…suara dia sedap la…tapi pasal dia tak enshem kut..sebab tuh la dia kalah agak nyer…aku tgk akdemi fantasia nie lebih mementingkan popularity dari telent….tah la…bukan trend kita sebagai org melayu kut…



Sekarang nie lak kita disajikan ngan sukan olimpik….meriah betul masa pembukaan sukan tuh….ialah sukan bertaraf dunia la katakan….kontijen terbesar adalah dari china….dan kita menghantar kontijen yg termuda…dan boleh dikatakan terkecil…emas pertama telah diperolehi oleh Negara china….so mmg meraih la …..



*antara yg menarik dalam sukan olimpik 2004 nie…

Renang - Malaysia gagal ke akhir

ATHENS - Perenang harapan negara, Lim Keng Liat gagal melayakkan diri ke peringkat akhir acara 100 meter kuak lentang selepas menduduki tempat terakhir dalam separuh akhir pertama acara itu di Pusat Akuatik Olimpik di sini, semalam.

Tiga lagi atlet negara kecundang

ATHENS - Tiga lagi atlet negara menamatkan cabaran lebih awal dalam acara masing-masing pada Sukan Olimpik yang masuk hari ketiga di sini, semalam.

Cedera, belum bersedia punca gagal

ATHENS - Kecederaan menjadi halangan buat atlet angkat berat negara, Mohd. Faisal Baharom yang gagal untuk meneruskan aksi pada Sukan Olimpik yang berlangsung di sini, semalam.

Kevin sekadar tempat ke-23

ATHENS - Pelayar negara, Kevin Lim hanya menduduki tempat ke-23 kedudukan keseluruhan selepas perlumbaan pertama dan kedua acara dinghy perahu layar Sukan Olimpik 2004 yang berlangsung di Pusat Pelayaran Olimpik di sini, semalam.

Mendayung catat rekod dunia

ATHENS - Tiga masa terbaik dunia dicatat di hari kedua acara mendayung Sukan Olimpik Athens semalam, masing-masing oleh pasukan dari Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Ukraine rangkul emas pistol

ATHENS - Juara dunia, Olena Kostevychwon dari Ukraine memenangi pingat emas dalam 10 meter pistol angin wanita selepas menewaskan cabaran Jasna Sekaric dari Serbia dan Montenegro pada peringkat penentuan.

Pittman hampir pasti pertahan kejuaraan

ATHENS - Penyandang juara dunia 400 meter berpagar dari Australia, Jana Pittman memberitahu kemungkinan untuk dia bersaing di Olimpik Athens adalah 90 peratus apabila kesan pembedahan menunjukkan tanda akan sembuh dengan cepat.

Alipov bidik emas Rusia

ATHENS - Rusia berjaya merangkul pingat emas dalam acara menembak lelaki semalam, menerusi Alexei Alipov.

China kuasai acara terjun

ATHENS - Bintang terjun China, Tian Liang dan Guo Jingjing memberikan tamparan kepada para pengkritik mereka dengan merangkul pingat emas pertama daripada dua yang ditawarkan di Sukan Olimpik Athens semalam.

Rusia kuasai hari kedua gimnastik

ATHENS - Persembahan sumbang daripada Svetlana Khorkina masih gagal untuk menyekat penguasaan Rusia dalam kelayakan gimnastik wanita di Olimpik, semalam.



*senarai kedudukan pingat


**mlm tadi,walaupun aku kecewa ngan Button yg mana hanya dapat menduduki tangga ke 5…aku rasa seronok lak bila barachello lak dapat no 2….no2 pun no2 la…tue pun dah cukup menyumbang mata tuk team aku…..bagus..teruskan usaha anda…

No comments: