Saturday, September 04, 2004

Sebuah Kisah Cinta

the art of one.....

my dreams are made of you
of you and only for you
my love pulls me under
but you chose to tear me asunder
my dark side gone since you came
and you melted my ugliness away
do love me before the last petal falls?

you brought light into my darkest hour
the entire world turned sweet and never sour
thy face glitters like a diamond chandelier
making me see clearer
that you brought meaning to my life
and threw my sadness away
do love me before the last petal falls?

like an angel floating above
you descended making me fall in love
two strangers met like heaven has magically paired
the same moon and dreams we shared
but your love was never meant to be
for who could ever love me
the last petal shall fall before you even know me

happily ever after was the ending of the tale
have you ever read the tale
a tale i've always wanted, a tale i'll never have
cause a broken heart is all I possess
and dost i've hurt you, please forgive me
as that's not the way I want it to be
before the last petal falls, do love me?

however cold the wind and the rain
i'll always be there to ease up your pain
however cruel the mirrors of sin
do remember that true beauty is found deep within
i tremble at the thought of losing you
beauty please stay with me
and love me before the last petal falls...

*nak baca satu citer tak?

ia sekadar luahan hati.

aku amat mencintai A,sehingga aku sendiri tidak percaya betapa aku mencintai dia.Kerna dia ,aku sanggup memutuskan hubungan di antara aku dan B.

B, lelaki yang begitu menyayangiku. Aku menerima dia...sebenarnya bukanlah atas dasar cinta. Mungkin dimasa itu,cinta bukanlah satu kepentingan bagiku. Aku membina keyakinan, jika dia benar-benar sayang padaku, cinta itu akan sendiri hadir dalam hatiku.Ya,sememangnya aku mengharapkan begitu. Apalagi,aku sudah betah menolak cinta-cinta yang lain, jadi seharusnya aku memberi peluang pada diriku untuk dicintai dan menyintai.

Bermula detik itu,aku mencuba sedaya mungkin untuk jatuh cinta pada B.Aku akui,dalam perhubungan ini,B lebih banyak mencorakkan warna2x ceria.Dari dia, aku merasai apa itu pengalaman berkasih. Caranya mencintaiku,mempamerkan sejuta keikhlasan. Aku senang begitu, namun dalam kesenangan itu, aku tetap merasa kekurangannya. Cinta yang aku nantikan hadir dalam hatiku,tetap kaku tak terisi.

Sememangnya,cuaca tidak kan selalunya cerah. Mungkin sudah resam dalam sesebuah perhubungan, pasti ada badai yang menimpa. B mula mempamerkan sikapnya yang tidak kusukai. Namun aku tetap berkrompomi. Bagi ku,tiada siapa yang sempurna dalam hidup ini. Setelah lamanya bersama, ku sedar cinta sememangnya tidak pernah wujud untuk dia. Yang mengikat aku selama ini, hanyalah sayang dan juga kesungguhannya menyayangiku.

Mungkin tidak wujudnya cinta, B dapat merasakan kakunya perhubungan kami walaupun kegembiraan itu tetap ada. Mungkin B mengharapkan lebih dari itu. B mengharapkan kehangatan hubungan kami yang selama ini dirasanya dingin. Sesungguhnya aku mencuba sedaya mungkin untuk mencintai dia tapi kenapa ia begitu sukar untuk hadir?

walaupun hari demi hari timbul perselisihan dan permasalahan, aku tetap berpegang dan meneruskan hubungan ini apalagi B sudah mula memperkenalkan aku pada keluarganya. Dan diatas sebab itu juga, dan juga untuk menunjukkan kesungguhan ku,aku mula memperkenalkan B pada keluargaku. Penerimaan kedua-dua sebelah keluarga cukup baik,lebih-lebih sebelah keluarga B. Aku senang begitu dan itu yang lebih menguatkan azamku untuk bersamanya.

Sehingga cepat benar masa berlalu, perhubungan kami sudah pun terjalin selama 2 tahun. Tapi di dalam tempoh 2 tahun itu, hati ini tetap kosong dengan cinta.Sering aku tertanya pada diri-sendiri,sampai bila harus ku tunggu untuk cinta itu hadir agar perhubungan ini dapat kurasakan lebih indah dan bermakna?Sesungguhnya aku amat menyayangi B tetapi dapat kurasakan...antara sayang dan cinta,ia adalah suatu perasaan yang amat berbeza.Walaupun hakikatnya aku tidak tahu bagaimana rasanya cinta itu,tapi aku dapat merasakan ketiadaannya dalam hatiku. Walaupun sepanjang perhubungan kami, ada insan lain yang menghulurkan salam perkenalan, tidak pernah aku endahkan kerna setiaku pada B.

Pada suatu hari, aku ke P menemaniku adikku. Di P terdapat kawanku, C yang belajar di sana. Di sana,kami menumpang dirumahnya untuk bermalam. Pada malam itu, C membawa aku dan adikku berjumpa dengan kawan-kawannya di rumah mereka.

Ketika aku,adik ku dan C mahu pulang, ketika diluar rumah, tiba-tiba muncul A dengan kawan-kawannya.Dan disitulah bermula detik pertemuan antara aku dan A. Pada pertemuan yang sesingkat itu, aku dan A lansung tidak bertegur sapa,cuma senyuman sahaja yang kuberikan saat C memperkenalkan aku pada A. Perasaan ku? Hakikatnya,tiada perasaan yang luar biasa wujud ketika pertemuan itu. Tiada suka, tiada gementar, tiada apa-apa. Ku lihat A juga begitu, sikapnya yang bersahaja,membuatkan dia seolah-olah berpersaaan sama denganku.Sememangnya aku senang begitu.

ketika di dalam kereta, dia sempat berjenaka pada C dan ku melihat dia ketawa. Tak dapat kunafikan, aku senang dengan ketawanya itu. Ya,cuma suka melihat dan ia sendiri tidak bermakna apa-apa.

Tidak sampai 10 minit, tiba-tiba aku mendapat satu sms dan tidak ku tahu siapa pula pengirimnya.Bila ku baca dan bertanya pada C nombor yang tertera pada telefon bimbitku,barulah ku tahu pengirimnya adalah A. Aku sendiri hairan,bagaimana dia boleh memperolehi nombor telefon bimbitku sepantas itu. Tapi kemudian, baru kuteringat, aku ada memberi
nombor telefon ku kepada kawan-kawan perempuan C.Ku jangka, tentu mereka yang memberikan kepada A. Setiap ayat sms A lebih menumpukan pada adik ku,lantas aku menyangkakan yang sms itu
sebenarnya ditujukan kepada adikku, bukannya kepadaku. Maka setiap sms yang diberikan pada A di malam itu, adikku yang membalasnya. Aku sendiri tidak ambil kisah dan membiarkan mereka berdua ber 'sms' menerusi telefon ku.

Pada malam itu juga, Bila C menceritakan tentang kawan-kawannya, aku pun mengetahui serba sedikit tentang A dari C. Sebenarnya dia sudah pun mempunyai teman wanita dan sayangnya teman wanitanya itu tinggal
berjauhan dengan A di selatan. Hampir 3 tahun mereka bercinta dan juga A berasal tidak jauh dengan tempat tinggalku dan juga C yang sememangnya tinggal disatu daerah denganku. Tetapi cerita C yang paling menarik bagi ku tentang A ialah 2 cerita ini. 1:- A amat mencintai teman wanitanya dan selalu menceritakan tentang teman wanitanya itu kepada C dan kawan-kawannya yang lain. Anggapanku, tentunya teman wanita A seorang yang terlalu hebat apatah lagi teman wanitanya itu lebih tua dari A dan aku percaya A memang benar-benar mencintai perempuan itu bila dia sendiri tidak berselindung memperkatakan tentang statusnya. Dan cerita ke-2:- A adalah seseorang yang suka berkawan,tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tak dapat kusangkalkan bila melihat sikap A yang peramah dan juga bila melihat situasi sms dia dan adikku.Tapi tak dapat aku elakkan dari berprasangkaan buruk terhadap A. Bagiku lelaki yang terlalu peramah harus berwaspada.

Hari-hari terus berlalu dan kesibukkan pengajian ku dan juga perhubungan aku dengan B, membuatkan aku sendiri pun sudah lupa tentang A. Dia pun tidak lagi menghantar sms kepada adikku sejak malam itu. Sehinggalah 2 minggu selepas itu, aku mendapat panggilan telefon dan tidak kukenali siapa pemanggilnya. Rupanya-rupanya A yang menelefonku menggunakan nombor telefon rumahnya. Aku agak terkejut dan dan agak kaget bila kebetulan pula adikku tiada dirumah, apatah lagi aku tiada minat untuk meneruskan perbualan. Kalau tidak tentu
dengan segera aku menyuruh adikku untuk menyambung perbualan ini. Segera aku mengatakan hal yang sebenar tentang sms itu. Hakikatnya A seperti tidak kisah dan dia tetap meneruskan perbualannya dengan ku dan untuk mengelakkan dari dikatakan bersikap sombong apatah lagi dia merupakan kawan C, aku meneruskan perbualan itu juga.

Sememangnya tidak bosan berbual dgn A,cara berceritanya bersahaja dan sesungguhnya dia banyak membuat ku ketawa sepanjang perbualan itu. Buat kali pertama aku dapat merasakan keserasian antara kami dan sejak detik itu juga aku merasakan begitu senang berbualnya.Tidak
pula aku berasa bersalah bila memikirkan hakikat bahawa antara kami, sudah pun berpunya dan bila mengenangkan betapa dalamnya cinta A terhadap teman wanitanya, aku sendiri tidak memikirkan sesuatu yang luar biasa akan terjadi antara kami.

sejak perbualan itu, A mula menghantar sms kepada ku dan setiap hujung minggu bila A balik ke rumahnya di S, pasti dia akan menelefonku. Aku tak dapat menipu diri-sendiri, aku senang dengan setiap panggilannya. Dia banyak membuat ku ketawa dan dia juga seorang suka ketawa. Setiap kali bila tamatnya perbualan kami, aku akan tersenyum sendirian. Aku tak pasti kenapa aku tersenyum, tapi apa yang aku tahu hati ku akan berbunga penuh keriangan. Seperti ada sesuatu, tapi aku sendiri tidak tahu.Masihku ingat katanya pada ku dimalam itu "saya suka mendengar awak ketawa". Mungkin ia satu ayat yang biasa pada orang lain,tapi ayat itu bagiku kedengaran begitu mesra.

Tapi sepanjang tempoh itu, antara kami tiada pernah ada pertemuan.
Samaada aku atau A sendiri,tidak pernah mengajak untuk bersua-muka. Aku masih menghormati perhubungan aku dengan B. Mungkin juga kerana faham akan situasi, yang masing-masing sudah dimiliki. A pun tahu yang aku sudah mempunyai kekasih hati. Mungkin itu yang membuatkan dia juga selesa denganku seperti aku turut selesa dengan kehadirannya

Pada B, aku tidak pernah memberitahu tentang perihal A. Aku amat arif dengan B, dia terlalu bersifat cemburu. Walau aku hanya sekadar berkawan, pasti B akan memikirkan yang bukan-bukan.
Pernah aku memberitahunya, kawan baikku (lelaki yang kukenali sebelum kehadiran B) datang berjumpa ku dirumah setelah bertahun lama kami tidak bersua. Lantaran dari itu, setiap kali perselisihan faham, B akan mengungkit tentang kawan baikku dan mengatakan aku yang
bukan-bukan. Adilkah begitu? Dia cuma kawan baikku dan tak pernah ku anggap lebih dari itu. Lagipun aku terlebih dahulu mengenali kawan baikku dari dia.Berhak kah dia mempersoalkan tentang kawan ku itu?

Apalagi sejak kebelakangan ini, ada sahaja perselisihan faham berlaku. Namun aku tetap sayangkan perhubungan ini. B pun marahnya bukannya lama. Dia pandai mengembalikan kehangatan hubungan kami. Antara sikap B yang ku suka, dia pandai memujukku dan cara pujukkannya begitu menyentuh hati keperempuanan ku.

Setelah 2 bulan aku mengenali A, barulah pertama kali aku bersua-muka dengan nya buat kali kedua. Itupun tidak dirancang bilamana aku keluar dgn C dan juga adikku dan dalam perjalanan pulang, A menelifon C. Lantas A mengajak kami semua singgah di S untuk minum bersama kerna
kami sememangnya akan melalui daerah tempat tinggalnya untuk pulang kerumah. Aku agak berdebar sebenarnya bila memikirkan yang aku akan bersua dengannya. Sebolehnya aku tidak mahu lagi ada pertemuan kedua
kerna dapat kurasakan dari pertemuan kedua ini yang akan memulakan segala-galanya.Memulakan sesuatu yang aku sendiri akan takuti.

Ketika bertemu dia,senyumanlah yang menjadi permulaannya antara kami. Melihat wajahnya , hatiku digamit kesenangan. Aku tak tahu kenapa, ketika pada pertemuan itu, mulutku seperti terkunci.Dia juga begitu,tak banyak berbual denganku.Tidak seperti melalui telefon, ada sahaja yang hendak dicakapkan. Tumpuannya lebih diberikan kepada adikku dan C. Mungkin dia juga merasakan apa yang aku rasa!Tapi kenapa ia perlu begitu? Di akhir pertemuan barulah kemesraan itu wujud antara kami. Dia banyak bertanya itu dan ini. Tak dapat kami hindarkan dari mata ini saling bertentangan dan saat itu, jantungku berdegup
begitu kencang. Ku rasa begitu berdebar2x dari terus melihat anak matanya. Boleh dikatakan ketika itu aku menjadi tidak keruan kerana dia.

Sepanjang perjalanan pulang, yang kuingatkan hanyalah dia. Ketika menghantar kami ke kereta, dia sempat berkata padaku ketika dia mendekatiku " gembira dapat jumpa awak malam nie. Awak kelihatan cantik." Aku hanya tersenyum dan kata-kata itu begitu kurasai jauh
kedasar hati.Dapat kurasakan sesuatu di dalam hatiku ini terhadap dia, sesuatu yang tidak pernah kurasai terhadap B. Adakah ini cinta?

Seketika sampai dirumah, A menelefonku. Dia mengulangi kata-katanya tadi kembali. Aku hanya sekadar mengucapkan terima kasih dan menyatakan aku turut gembira dapat bertemunya. Masing-masing terdiam seketika. Lekas aku menamatkan perbualan itu,dengan
memberi alasan sebaiknya.

Saat ku meletakkan gagang telefon, jantungku masih berdegup kencang. Inikah cinta? Walaupun sesingkat cuma perkenalan antara aku dan A, tapi perasaan ini terhadap A melebihi perasaan ku terhadap B. Mungkin perasaan inilah yang aku mahukan selama ini terhadap B. Tapi walaupun ia telah hadir,sayangnya ia hadir bukan kerana B. Salahkah aku berperasaan begini sedangkan aku tidak pernah meminta-minta kehadirannya terhadap A. Ia berlaku begitu pantas dan ia hadir dalam aku sendiri tidak sedar. Sesungguhnya, aku hanya mahu perasaan ini wujud terhadap B dan aku begitu mengharapkan perasaan itu sepenuh mati.

Semahu-mahunya aku tidak mahu perasaan ini terhadap A. Terlalu banyak implikasinya dan terlalu banyak pula kemungkinannya.

No comments: