Wednesday, September 01, 2004

sambutan hari kebangsaan 2004

Rabu...

i'm back to my bored life.kenapa.coz kengkawan aku semua dah balik.awal tul diorg nie semua balik. ialah takut tersangkut ngan jem. anyway kita dah pun menyambut hari kemerdekaan kita yg ke 47. alhamdulillah, kita dapat menyambut kemerdekaan ngan suasana yg aman dan sentosa. bercerita tentang kemerdekaan negara...aku teringat iklan2 yg dikeluarkan pada hari merdekaan nie. yg buat aku terfikir bila menonton iklan tenaga nasional & astro dan tak lupa petronas.

kita hidup dalam suasana yg aman, walaupun dalam kelompok bangsa yg pelbagai, tiada berlaku rusuhan, tiada berlaku peperangan, tiada berlaku perebutan dan sebagai nya. kalu kita tgk US, walaupun sebuah negara yg besar, kuat serta mempunyai teknologi yg tinggi. tapi still berlaku pelbagai masalah sosial yg teruk. negara yg sentiasa berada dalam ketakutan. sungguh berbeza dengan negara kita. kita tak takut kalu nak kemana2 pun kalu didalam malaysia nie. tapi dalam kesenangan yg diberikan kekadang buat kita lupa. negara kita penah dijajah. habis sumber kekayaan negara kita di angkut keluar untuk kesenangan penjajah kita. kita penah dikongkong oleh penjajah. betul penjajah memberikan kita pendidikan. membina jalan raya, membina landasan keretapi satu masa dulu. tapi cuba kita renungkan kembali, setakat mana taraf pembelajaran yg disediakan oleh penjajah. hanya setakat persediaan untuk menjadikan anak melayu kita berkerja sebagai kerani2 adalah. membina jalan raya atau landasan, itu hanay untuk kesenangan mereka mengangkut sumber kita ke negara kita. tapi lihat selepas negara kita merdeka. walaupun agak lambat. tapi lihat la kemajuan yg kita kecapi. kita boleh berbangga dengan kemajuan yg ada. tapi kita jgn lupa. banyak negara2 besar yg masih lagi mempunyai sifat untuk menjajah. menjajah dengan mengunakan slogan memerangi keganasan kata nya. mencabuli kedaulatan sesebuah negara ngan mengatakan mereka membantu memerangi keganasan negara tersebut dibawah panji2 kemanusiaan. ini yg patut kita takutkan. tah la. betul kata ex Pm kita "Melayu Mudah Lupa"

kenapa aku katakan begini hari nie. aku tgkkan aje gelagat anak2 muda kita meraikan malam merdeka kat tempat aku. tak rasa hormat langsung. sedih aku tgk. ml tuh ader yg bergaduh sesama sendiri. berlumba. kalu kat kat highway ke...kat jalan2 lain takpe la...nie kat depan dataran, tempat sambutan dijalankan. patut ke. dalam berita pasangan kekasih yg menyambut hari merdeka ditahan sekumpulan lelaki. di bogelkan dan dipaksa melakukan hubungan seks, dah la dipaksa kemudian perempuan tuh lak dirogol. patut ke.tah la....cedey siot.ape nak jadik ngan bangsa kita nie.

"Melayu Mudah Lupa"


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...

*nanti nak ke kl nak cari paper spray la....kat mana ader jual ek?

No comments: