Wednesday, December 12, 2007

Gokusen





Jika korang cari satu drama yang bisa buat korang ketawa tak ingatnyer dan drama yang menceritakkan tentang nilai sebuah persahabatan. Maka Gokusen adalah jdorama yang aku rekomen untuk korang tgk.

Drama nie mengisahkan seorang guru muda yang berwawsan tinggi yang masuk ke Sekolah Shirokin Gakuen. Tapi yang guru tak tahu ialah dia akan mengajar sebuah kelas yang mempunyai anak murid paling nakal sekali kat sekolah tu. Pelajarnyer yang mempunyai kaler rambut yang pelbagai warna, pakai baju selekeh kesekolah dan paling teruk sekali tak hormat langsung kat dia. Pelbagai cara yang digunakan oleh pelajar kat kelas nie untuk membuatkan cikgu nie berhenti mengajar kat sekolah nie. Tetapi guru ini tetap kuat semangat dan tetap cuba nak mendisplinkan anak murid dia nie.

Tetapi ape yang anak murid dia atau seluruh sekolah tak tahu ialah Yamaguchi Kumiko merupakan waris generasi ke-4 Ooedo Group, iaitu kongsi gelap Yakuza paling terkemuka. Walaupun keluarga dia mahukan dia mewarisi pertubuhan ini, tetapi kelurganya terpaksa menerima hakikat yang dia lebih suka menjadi seorang guru daripada mengetuai pertubuhan tersebut.

Akhirnya, anak murid dia dapat menerima kehadiran dia kerana semangat dia yang kuat untuk memahami hati anak murid dia dan mengelarkan dia “Yankumi”.

Aku dah lama tak beli jdorama nie. Seriusly asyik dok tergelak aje bila tgk citer nie. Hehehe…nanti nak beli sambungan dia la.

No comments: