Saturday, December 22, 2007

Joy....

“Jahat la ko nie…aku x abes sengih nie… cam klako la… buang duit ko je…anyway, Tq so much yek…” pesanan ringkas yang aku terima dari seorang rakan aku….

Hahaha…. Tergelak besar aku bila aku terima SMS dari dia. Anyway aku dah berjaya membuat seseorang tersenyum minggu nie. Aku dah ckp kat dia aku nak kasi dia ceria sikit plus kasi senyum dia lasting sikit. Dan aku telah pun menunaikan janji aku. Ape yang telah aku wat…. Hahaha biarlah ia menjadi rahsia antara aku dengan dia, kalu aku citer kat sini nanti bikin satu kontrovesi nanti

Anyway aku rasa cukup gembira bila aku dapat membuat sesorang itu gembira. At least walaupun kita sendiri pun tak gembira tapi bila kita sendiri dapat mengembirakan seseorang. Kita akan sendiri akan merasa gembira.

aku pun bukan sentiasa ceria atau gembira 24/7. Mungkin dari segi zahir org tengok aku nie happy aje. But deep inside hanya aku dan tuhan aje yang tahu. Sebagai contoh kawan aku nie merasakan dirinya bagaikan tidak dihargai. Aku paham situasi yang dialaminya, so ape yang aku boleh buat, aku cuba membuat sesuatu agar dia rasa bahawa masih ader yang menghargainya. Alhamdulillah….. success!!!

Aku bukan mengharapkan sebarang balasan dan bukan mengharapkan diri ini dihargai dikala aku cuba membantu seseoarang. Cukup la aku melihat sebuah senyuman terpancar dari mereka yang pernah aku tolong. Itu sudah cukup bagi aku. Prinsip aku Cuma satu, jika kita membuat seseoarng itu gembira atau bahagia, mungkin satu hari nanti bila kita ditimpa kesusahan. Ader orang yang menghulurkan tangan membantu kita….just my to cent.

No comments: