Saturday, December 15, 2007

I AM LEGEND



Wah…cerita ni memang best. Korang takkan rasa rugi la membayar tiket wayang bila menonton citer nie. Jalan cerita yang menarik dengan pelbagai aksi yang best dari Will Smith menyebabkan aku teruja untuk mengetahui babak-babak yang akan berlaku seterusnya. Will Smith Berjaya membawa watak nie dengan baik dalam filem nie.




Citer nie mengisahkan Robert Neville (lakonan Will Smith) seorang saintis yang cuba untuk menyembuhkan penyakit yang melanda dunia. Penyakit yang disangka dapat menyembuhkan kanser telah menyebabkan manusia menjadi zombie dan hanya segelintir sahaja manusia yang masih lagi hidup, itupun menjadi mangsa zombie-zombie ini kerana zombie2 ini hanya dapat hidup dengan memakan manusia.


Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang cerita ni. Dan setiap perkara yang berlaku tu memang best. Tak bosan korang menengoknye. Antara part yang menarik bila Neville memburu rusa dengan Kereta Ford Mustang. Selama nie kita tengok orang memburu guna kuda atau berlari. Kali nie guna Ford Mustang tue. huhuhu Dan yang bestnye, ada diselitkan jugak part-part lawak yang dibuat oleh Will Smith sendiri. Terutama masa dia tengok cerita Shrek. Ha3. walaupun Will Smith tak pun membuat mimic muka just a simple act. Memang kelakar, satu panggung ketawa. Dan ada jugak part sedih plak. Bila anjing yang selama ini menemaninya mati bila anjingnya itu cuba untuk menyelamatkan darinya. Plus kalu korang tak pernah tgk Will Smith Menitiskan airmata, dalam filem nie la korang boleh tengok Will Smith Menitiskan airmata semasa hendak berpisah dengan keluarganya.


Dah habis tengok, baru la aku tahu kenapa cerita ni dinamakan sebagai I Am Legend. Nanti korang tengok, korang akan tahu. Memang tak rugi korang keluarkan sedikit duit dan masa untuk tengok cerita ni.


Cite ni memang best dan memang wajib ditonton. Kalau korang dalam dilema dan tak tahu nak tengok cite ape. Aku cadangkan korang tengok cerita ni. Pakej lengkap Castway + Resident Evil.2 thumb up for this movie. kamera-man die tak reti nak shoot gambar. Banyak gambar yang bergoyang-goyang sebab kamera-man tu nak follow Will Smith bergerak. Dush!. Cam Amazing Race la plak. Plus Filem2 lakonan Will Smith mmg best and this Film is among them.

No comments: