Sunday, December 02, 2007

Tanah Kita.


"Nie la estet kecil kita, kat estet nie la nanti abah nak tanam Kelapa Sawit." tue la kata2 abah kat aku masa kitaorg pergi melawat estet kecil abah nie. Aku kagum ngan semangat abah, semangat abah tuk mempertahan hak tanah nie. setelah bertahun abah duk turun naik pejabat sini, pejabat sana, jumpa org sini jumpa org sana. akhirnya abah dapat hak tanah nie.

mungkin sekarang nie hanya nampak semak samun dan nampak terbiar. Tapi abah dah bertekad tak nak biarkan sahaja tanah nie terbiar. walaupun ader yang sanggup nak beli tanah abah dengan harga yang mahal. Namun abah tak berganjak dari rancangan dia tue membangunkan tanah nie. "Nie Rezeki anak-anak abah nanti, dan nie la yang abah boleh tinggalkan untuk anak2 abah dan cucu2 abah nanti".

sekali lagi aku kagum ngan semangat abah. aku harap semoga abah akan berjaya dan aku sentiasa menyongkong abah hingga ke akhirnya.



No comments: