Tuesday, March 21, 2006

Dah bersedia ke?



Ari nie aku spendkan waktu petang aku ngan lepak ngan Sepupu aku. Bukan ape asyik tido aje petang. So why not aku dok lepak ngan sepupu aku. sekurang2 nya aku leh borak2 ngan dia.

Aku kenal dia dah lama, coz we grow up together. So camner cara dan perangai dia semua dalam poket aku. Cousin aku nie masa sekolah dulu leh dikatakan ramai gak org minat. Ialah ader rupa dan life dia leh dikatakn mewah arrr, coz ape yang dia nak semua leh dapat arrr. Pakai barang2 yang branded, nak motor dapat, kalu musim cuti sekolah dapat jenjlan tempat yang best. Aku dulu pun malu gak kalu kuar ngan dia. lepak kat tempat2 yang best, masa tue aku mana ader duit sangat dan cousin aku nie la yang tolong payung kan tuk aku. Ialah kalu sekali dua okey arr, tapi kalu selalu kan malu wooo!

Tapi tue citer dulu la, citer sepupu aku dan aku satu masa dulu. Right now aku tak la sesusah dulu, kira mampu la nak menyediakan ape yang aku rak mapu nak dapat dulu coz aku pun dah keje dan sepupu aku nie lak dah pun berkhawin dan alhamdulillah dah pun ader seorg anak lelaki. Aku ingatkan sepupu aku nie lepas kawin dah la tak mcm dulu. lepak sana sini ngan kengkawan, main motor senang citer buat perangai masa bujang dulu la.kira senang sikit la pasal dah kawin. Tapi ape yang berlaku sebaliknya pulak, makin dah kawin makin tunggang langgang lak aku tgk life dia. Masalah lain yang timbul, sepatutnya selepas berkhawin susah senang suami, isteri mestila ader di sisi suami. Tapi lain lak ape yang berlaku ngan sepupu aku nie. Isteri boleh balik ke rumah keluarga tak duduk bersama suami, plus some other mis understanding between them.

Yang si isteri kata, si suami takde tanggung jawab, mengongkong and ego. Yang sepupu aku lak blame isteri tak nie itu…bla…bla…dan bla….senang citer domestic dispute yang senagkatan ngan dia. in other word there is no understanding between them. Padahal baru khwin tue, dah timbul bebenda. Benda nie la yang aku cukup tak minat nak dengar dan tue yang sepupu aku suruh aku khawin cepat.

Tapi tue citer sepupu aku ngan life dia yang tak menentu. But not juz about my cousin life aje yang aku observe but also pada kawan2 aku yang lain. Tak kira la yang sebaya or seangkatan dengan dia. Coz most of my friend banyak dah kawin and masing2 ader cerita mereka sediri. Ader tue bahagia, ader tue susah tapi bahagia but some are like my cousin life. Cuma setakat nie lum la kengkawan aku buat hal sampai timbul isu cerai.

Some people say that soal kawin nie bukan pasal cepat atau lambat, tapi dah bersedia atau pun tidak? Maksud bersedia tue pun bukan dari segi umur or badan yang sihat atau pendapatan yang cukup. Ape yang penting adelah kematangan diri, dalam erti kata lain seseorang yang dah berkhawin tue dah mula berfikir dengan baik, kawal perasan, punya sikap bertolak ansur dan bertanggung jawab.

Itu sebabnya aku observe cara hidup org, bukan untuk saja2 tapi sebagai iktibar dalam hidup aku. Dan aku sendiri pun sedar yg aku makin lama bukan semakin muda. Tetapi makin lama semakin berusia. Kalu aku tak perlengkapkan diri aku. Camner aku nak membimbing isteri atau anak aku satu hari nanti. Tapi kalu nak difikirkan sangat soal metarial, pasal keje or ape2 aje la yang menjejaskan keputusan aku ttg nak kawin atau tidak nie pun takkan habis2. Kalu asyikkan semua nie alamat tak khawin aku sampai bebila.

Tapi aku harap semoga perjalanan hidup aku teratur la. Sapa tak nak hidup bahagiakan, bodoh la org tue kalu sentiasa nak hidup terumbang ambing dan mmg la lumrah dalam kehidupan tak semestinya kehidupan kita tidak diuji oleh Tuhan. Tetap ader ujian yang diturunkan kepada kita sebagai satu cabaran dlm kehidupa. Harapan aku aku dapat harungi dengan baik satu masa nanti. Insyallah.

No comments: