Wednesday, March 08, 2006

SYHHH…. Lelaki bergosip?



Ape korang ingat pompuan aje yg tau bergosip ini. mmg bunyi nyer agak janggal sikit sebab biasanya bab bergosip nie sering dikaitkan ngan orang perempuan. Tak payah la nak menidakkan statement nie, perempuan dan mmg senonim ngan perkataan ini. kat mana dan tak kira masa kalu ader aje masa terluang sikit mula la bergosip ini. Baik dirumah “kat mana lagi kalu kat tepi tingkap or tepi pagar (kalu tak mana datang ungakapan “ahli mesyuarat tingkap”)”, dipejabat especially dlm pantry la, takpun kat telefon. Asal ada topic ‘best tentu sahaja akan menjadi modal untuk mereka berbual panjang. Betul tak?

Tapi itu perempuan!, tapi kali nie aku nak citer pasal org lelaki, betul ke org lelaki nie pandai bergosip? Ape topic yg menjadi pilihan mereka? Itu la antara soalan yg kekadang dok bermain dek kepala org pompuan. Pasal soalan nie la antara soalan peberet org pompuan bila diorg Tanya org lelaki, baik kat pakwe ke, kawan seopis ke, kawan sekelas atau sebagainya lah. Org lelaki nie sebenarnya punya sikat yang tak suka kongsi cerita ngan org lain, tapi ader tapi tue sesekali diorg nie akan bersuara dan bergosip jagak beb. Especially bila dah dok berkumpul ramai2. paling happening kalu balik kampung kumpa kengkawan lama. Havoc tak ingat beb. Kalu tak caya. Tanya la org lelaki yg korang kenal but yg pasti kekadang pasti ader topic yg kitaorg citer mesti tak lekang ngan topic yg berbaur unsur kuning sikit nie…hi…hi….biasa la nama pun lelaki….

Bila jumpa “geng” satu “kepala” nie makin banyak la benda yg kitaorg leh gosipkan (ceritakan lagi sedap sikit bunyinya :P).dari perkara kecik hingga ke soal politik. Kira mcm2 topic la leh timbul masa tue. Sebab tue kadang-kadang (kadang2 tau) kitaorg berkongsi citer ttg berapa kali tukar “girlfriends”, kenapa tukar-tukar “girlfriends”. Mcm mana nak “usha” awek baru dan sebagainya. Kakadang itu citer pasal gaduh ngan awek pun ader dan mcm2 lagi lah. Tue kalu pasal girlfriend, dan topic yg tak penah tak kuar kalu lelaki dok borak sesame ialah pasal pompuan. Habis la semua kitaorg dok citer. Ha…ha….sebab itulah kalu berkumpul bersama, apa sahaja yang berkaitan ttg pompuan cukup mudah untuk dijadikan topic perbualan. Daripada soal paras rupa hinggalah la ke bentuk badan. Hi..hi…biasa la tue. ape pun semua nie dilakukan hanya untuk suka-suka bila dah berjumpa. Kitaorg takkan menjadikanya sebagai satu perkara yg serius. Pendek kata semua “habis” disitu aje. Tue baru appetizer dalam perbualan la kalu berjumpa.

Kalu main course lak.Kekadang tue unsur politik pun masuk juga beb dlm topic perbualan. Ha…ha.. jangan ingat kitaorg yg muda2 nie tak dok layan citer2 politik yg org ingat hanya org tua aje dok layan. Menteri ini tak betul, kerajaan nie betul dan macam-macam lagi lah. Semua nie jadi bahan pujian atau kutukan. Bagi mat motor or senang citer kalu mat rempit lak opss tak lupa mat “motor trader” tak kira la “kapcai” or “skuter” or “kete” atau pape jenis kenderaan yg menjadi topic perbualan akan dibualkan juga kalu berjumpa nie. Biasa nyer kalu sekarang nie kalu kitaorg jumpa banyak citer pasal kete la. motor2 nie dah kurang sikit arrr. Org kata dah bukan masa lagi.

Tapi tak sah kalu tak citer pasal sukan. Mana leh dilupakan sukan nie. Sebut sahaja apa jenis sukan, pastikan jadi topic perdebatan. Bola sepak, ragbi, “extreme games” dan macam2 lagi lah. Kekadang topic nie ikut musim gak la. ikut kejohanan sukan tersebut berlangsung. Pasukan mana yg bergelar juara, siapa leh perform best dan sapa yg tak. Yang penting masing2 pasti dok cuba pertahankan kelebihan pasukan masing2. nak2 kalu mlm sebelum jumpa ader game. Salah sorang yg sokong pasukan yg kalah ader. Maut la kene kutuk. Ha…ha….bikin havoc beb….

Kesimpulanya, lelaki bergosip tak sama cam pompuan la. senang citer. Totally different beb. Dan kebiasaan lelaki takkan bergosip bila ader aje masa terluang. Masa paling sesuai untuk lelaki bergosip ialah bila kuar sesame beramai2 dan kebiasaanya pada waktu mlm or on weekend. Senang citer bila kumpul bersama la.

No comments: