Wednesday, March 15, 2006

Paint Ball Fight





Teringat ari tue awek aku nie pegi satu tournament Paint ball kat Bukit Jalil. Di pegi pun pasal kawan sekolah dia yang ajak. Coz kawan dia nie masuk bertanding la dalam tournament nie. Awek aku kata menyesal dia datang and dia kata sukan nie bukan jenis sukan untuk dia la. Cian kat awek aku. Aku pun tak salahkan dia coz mmg dia tak tau langsung about this sport. So right now I will explain what is paint ball, the equipment and type of war strategy being used in paint ball fight. This is 4 babe.

Sebenarnya sukan paint ball nie dah lama ada kat Malaysia. Serius beb. Cuma kita tak panggil Paint ball tapi kita panggil “Main Perang2”. For those yg mmg dok kat kampung takkan tak penah dok main game nie. Bohong la kalu tak main langsung. Dulu kita wat senapang pakai papan. Then peluru dia pakai Terung buah. Ha…ha…. Seronok beb bila teringat kenangan masa zaman kekanak nie. Sampai kene kejar ngan mak pasal asyik dok main perang2 aje. Tapi tue la permainan kita dulu tak secanggih sekarang. Tapi kita kreatifkan. Aku rasa mat saleh dok cedok idea kita org melayu. Sebab tue dia dok cipta Paint ball nie. Ha…ha…..

Secara asalnya paintball nie bermula di Amerika pada awal tahun 1980an sebagai satu “survival game” apabila George Butler menemui Paintball Gun dalam satu catalog. Paintball gun nie asalnya digunakan dalam aktiviti pembalakan untuk menanda pokok yang ingin ditebang. Kali pertama paintball gun disalahgunakan ialah pada jun 1981 dalam satu permainan merampas bendera yang disertai 12 org. ape yang menarik tentang permainan pertama ini, pemenangnya, Ritchie White tak melepaskan satu das tembakan pun.

Permainan nie mula bertapak di Malaysia lebih kurang dah 8 tahun dah. Antara pusat paintball terawal terletak di Bukit Tinggi, dan la nie aku citer sikit cara permainan yg biasa dimainkan.

Capture The Flag

Permainan yang paling asas @ peringkat rendah. Pemain2 akan dibahagikan kepada 2 pasukan. Setiap pasukan tak boleh memasuki kawasan lawan. Terdapat 2 sasaran (botol) pada kawasan lawan yang perlu ditembak sebelum ahli pasukan boleh mengambil 2 bendera yang berada disisi padang & membawanya balik ke pengkalan tanpa tertembak. Pasukan yang berjaya melakukanya dulu, adalah pemenang.

Annihilation

Berbeza dengan capture the flag, pemain boleh menceroboh kawasan lawan sebab bendera yg perlu diambil berada di pebgkalan lawan. Untuk mengambil bendara itu, biasaya pemain perlu menghapuskan semua ahli pasukan lawan. Pemain yang tertembak akan terkeluar & tak boleh masuk padang semula sebelum permainan tamat.



Capture the fort.

Dalam permainannie, pasukan A akan bertahan dalam satu kubu, manakala pasukan B akan menyerang & menghapuskan mereka. Pasukan menyerang mampunyai nyawa tanpa had, manakala pasukan yg bertahan akan terkeluar setelah ditembak. Kemudian, kedua2 pasukan akan bertukar posisi. Masa perlawanan akan dikira, siapa yang dapat menghapuskan lawan yg berkubu dengan pantas akan dikira sebagai pemenang.

Turkey shot

Permainan nie nadalah yang paling menarik sekali, 4 pasukan akan bertempur dalam gelanggang War Zone, setiap satunya dengan warna Pallet (cat) yang berbeza. Siapa yang tertembak akan keluar dari permainan. Pasukan mana yang banyak melakukan tembekan tepat akan menang. Pasukan juga boleh mendapat mata dengan menahan pasukan lawan.

4 those yang baru nak mencebur dalam bidang tembak menembak nie. Korang harus tahu cara atau step dia:

1.tembak 2 sasaran dikawasan lawan dan dapatkan 2 bendera & bawa ke pengkalan.
untuk mencapai objektif ini, korang perlu merancang strategy & berjuang.senang citer bermain dalam satu pasukan la.

2kalau tak nak mata tersembul keluar, jangan sekali2 buka topeng ketika dalam permainan.
kecergasan adalah sangat penting. Sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, asma atau yang seangkatan dengannya tak dibenarkan main la.


3.komunikasi juga sangat penting ketika bermain. Tiada komunikasi akan menganggu kelancaran & keseronokan permainan.


4.sentiasa bermain dangan jujur. Kalu dah kene tembak tue angkat tangan & keluar dari gelanggang.


5.korang gak mesti sentiasa bergerak unutk mengelirukan lawan & untuk mendapatkan posisi tembakan yang lebih sesuai.


6.jangan bermain hanya untuk menang aje. Ini akan mengurangkan keseronokan & boleh mendatangkan tekanan & kehampaan. Bermainlah untuk menikmati keseronokan permainan ini.

7.Dari segi pemakaian lak, pakaian yang sesuai ialah kemeja-T gelap lengan panjang, seluar panjang yang korang tak kisah kalu koyak & kasut sukan yang sesuai. Dan peralatan basic yg diperlukan ialah

Topeng.





Peralatan yg paling penting sekali dalam Paintball Fight nie. Ia digunakan untuk melindungi korang dari kecederaan. Kalu rasa tak nak jaga muka, jangan la pakai topeng nie. Opsss!! Silap2 tak dapat nak main nanti.

Marker



Terdapat 2 jenis marker @ paintball gun, Tippman Pro Carbine dan Tippman A-2, kedua2 nya semi automatic & digerakan oleh CO2 serta boleh melepaskan lebih 5 pellet persaat.

Hopper




Bekas tuk menyimpan & memasukan pellet kedalam marker. Ia boleh menanpung 200 biji pellet.

Vest




Nie adalah untuk melindungi badan daripada pellet.

Pellet



Pellet ini adalah peluru dlm paintball. Ia adalah campuran cat & minyak sayuranya tak berbahaya kalu tertelan & ia halal. Kalu terkene baju, jangan la korang risau, ia boleh dibersikan dengan mudah. Kadar kelajuan pellet adalah 328kmh @ 200-300 kaki persaat.

Tue la serba sedikit ttg permainan paintball nie. Syok woo kalu dapat main. Mmg leh wat gian arrr. Tapi kalu tak silap aku mahal sikit la cost nak main game nie. Tapi kalu dah minat tak kisah arrr kalu bazir duit sikit tuel tak. For my gurl harap dapat membantu…nyeh…nyeh….

No comments: